Nara termenung melihat Yoona sedang nyenyak melelapkan mata diruang tamu bersama komputer riba yang masih terang menyala. Tak sangka sungguh sebegitu kentalnya semangat Yoona untuk mencari pekerja baru buat bosnya. Alahai, sampai macam ni teruknya Yoona bekerja semata mata untuk mencari pengganti dia buat bekerja di pejabat itu.
"Bos ! Saya dah jumpa pengganti bos !" Nara terkejut beruk mendengar suara Yoona yang kedengaran sungguh bersemangat itu. Mana datang bosnya? Mengigau rupanya. Dia baru nak mengejutkan Yoona daripada tidur terbongkang di ruang tamu itu. Nara menahan gelak.
"Saya dah jumpa ! Betul !!" Yoona menekan perkataan betul itu.
"Eh bos, jangan pandang saya tak ada mata tau? Saya berjaya cari pekerja yang tak capang macam telinga saya. Kali ni telinga dia kecik je macam telinga alien !" Yoona membebel lagi.
Nara sudah keras perut menahan tawa. Dia tergolek golek di lantai menahan rasa lucu yang menebak di dada. Teruk betul penangan bos Yoona sampai Yoona igaukan dia. Sampai masuk mimpi ! Perut dipegang kuat. Rasa nak pecah perut menahan gelak dengan telatah Yoona itu.
"Apa ni bos? Betullah" Kali ini suara Yoona meninggi sehingga melenting suaranya. Tentu dia bermimpi yang dia sedang bergaduh dengan bosnya. Nara tersenyum senyum. Idea nakal muncul. Dia mengeluarkan telefonnya untuk merakam igauan kawannya itu. Besok pagi, siaplah kau Yoona. Nara menahan tawanya daripada terhambur.
"Memang kau ni bos paling hantu yang pernah aku jumpa !" Yoona menjerkah lagi. Wajah Nara sudah memerah sakan. Yoona membahasakan dirinya sebagai aku dengan bos dalam mimpinya itu. Maknanya, dia betul betul marah ! Siapalah bos Yoona ni sebenarnya? Teringin juga Nara tengok mukanya.
'Sampai trauma kawan aku sorang ni. Aduhai. Kesian' Dia melihat tangan Yoona mengagau ngagau ke awangan. Alahai, Kelakar sungguh Yoona. Yoona manusia paling comel yang dia pernah jumpa. Telatahya, sentiasa mencuit hati.
"Yoona bangun. Tidur dalam bilik" Akhirnya Nara berkeputusan untuk mengejutkan Yoona daripada tidurnya. Tidak sampai hati mahu melihat muka mencuka kawannya yang sedang mengigau itu. Dia sudah mengah menahan rasa lucu. Yoona tersentak hebat apabila badannya digoyang goyangkan.
"Aku ingatkan aku tertidur kat office tadi. Nasib baik kau kejut aku" Dia berkata tidak lama kemudian. Dia mengurut urut dadanya kelegaan dengan tangan kanan sambil tangan kirinya mengenyeh mata. Nara tergelak. Takut bos dia kejutlah tu ! Sekali kena petir, terus segar mata. Yoona berpisat pisat bangkit dari tidurnya.
"Kau ni, tak teragak agak langsung nak mengigau. Teruk betul Mujurlah yang lain dah tidur, Yoona oii. Kalau diorang tengok keadaan kau tadi, jadi hot issue kau" Nara mengutuk selamba. Yoona berkerut kerut.
"Masa bila aku mengigau? Aku ada mengigau ke babe?" Yoona menyoal Nara dengan nada panik. Nara tergelak juga akhirnya.
"Dah dah. Sekarang kau pergi tidur. Besok kau sambung buat iklan ni. Besok, baru aku jawab sama ada kau mengigau atau tak bersama dengan bukti yang sahih" Nara berkata selamba. Dia pergi melangkah ke dalam bilik tidurnya meninggalkan Yoona yang terpinga pinga sendirian di ruang tamu. Yoona mencebikkan bibir dan mengangkat bahunya. Bukti?
Dia menutup komputer ribanya yang terpasang tadi dan menyimpannya ke dalam beg. Kemudian, dia bangkit dan masuk kedalam bilik untuk tidur. Penat setelah berperang dengan bosnya dalam mimpi. Disebabkan bos dialah, dia perlu bersengkang mata sehingga pukul dua pagi menyiapkan iklan jawatan kosong tu.
Keesokan harinya, setelah pulang dari tempat kerja, Yoona terus meneruskan tugasnya dalam membuat iklan. Nara setia berada disampingnya. Menegur apa yang patut.
"Weh takkanlah kau nak buat macam tu? Tak sesuailah ! Nanti tak ada pulak orang nak bekerja kat company tu nanti" tegur Nara apabila Yoona menaip suatu ayat yang tidak berapa sesuai buat mempromosikan jawatan kosong itu.
YOU ARE READING
Mr. Devil I Love You
Fiksi PenggemarBEKERJA sebumbung dengan Zhang Yi Xing, memang perkara yang tak pernah terlintas di fikiran Kim Nara. tambahan pula setelah mendengar segala kutukan Yoona terhadap lelaki yang bernama Yi Xing itu. setiap hari ada sahaja aduan yang diterima Nara sehi...