"Nara, kau doakan aku supaya aku dapat berhenti kerja ye?" Nara mencelikkan matanya yang berat sebaik sahaja terdengar satu suara mendayu menyapa telinganya. Berkerut kerut keningnya cuba menahan silau cahaya yang menerjah masuk ke bilik sebaik sahaja kawannya membuka tingkap biliknya.
Dia mengeluh. Muka ni lah yang selalu buat dia terjaga dari tidur. Yoona, kawan karibnya sedang merayu padanya. Yoona datang menghampirinya dan melutut disisi katil dengan muka kesian. cuba meraih simpati daripada Nara. Nara menggeliat malas. Semenjak menjadi penganggur terhormat sejak dari minggu lepas, dia semakin malas nak bangun pagi. Menggeliat sana sini dan tidur semula. Itulah kaedah dia untuk menaikkan berat badan.
"Nara, doakanlah aku !" Yoona mendesak sambil menggoyang goyangkan badan Nara yang berpaling darinya.
"Orang lain nak aku doakan diorang kerja dengan elok, kau pulak nak aku doakan supaya dapat berhenti kerja. Apa kena kau ni?" Nara membebel geram. Geram kerana tidurnya terganggu. Dia menggaru belakang telinganya yang gatal. Matanya macam kena kepit. Rapat. Terkatup dek kerana rasa mengantuk yang tak dapat dibendung.
"Alah. Aku dah tak larat kerja situ lagi. Bos aku tu, macam lah kau tak tahu perangai dia? Dia tu perangai macam orang sakit mental" kutuk Yoona geram.
"Itulah lain kali pilih bos elok elok dulu. Tak lah menyesal kemudian hari" Nara membebel lagi. Matanya masih terpejam. Dia tidak mahu membuka mata langsung. Yoona marah. Macam ni ke perangai kawan yang diagung agungkan?
"Bukan aku yang pilih, dah bos itu yang aku dapat, tak sangka aku kena marah sampai macam ni sekali. Enam bulan aku tahan, Jantung ni dah nak cabut dah setiap hari kena tengking. Entah entah kedudukan jantung aku ni dan beralih ke perut sebab hari hari kena tengking tanpa perasaan" Yoona membebel lagi. kali ini dia bangun dan berpeluk tubuh dengan muka tidak puas hati.
"Kau yang gedik nak gatal dengan dia dulu !"
BOOM !! Macam terkena tembakan padu apabila Nara menyindir dia begitu. Yoona mengemam bibirnya geram. Berani Nara kutuk aku? Menggatal. Mungkin dulu ya tapi sekarang tidak lagi.
"Cuci mata. Biasalah kalau menghadap orang handsome. Sekarang tak lagi. Muka handsome pun, kalau perangainya zero tetap tak guna ! Aku pun dah bertunang dah sekarang. Dah tak ada maknanya nak menggedik bagai lagi" Yoona memberi alasan sambil berjalan ke arah tingkap. Cuba mengawal nada suaranya agar tidak melangkaui batas.
Dia memalingkan mukanya ke atas katil. Nara terbongkang ! Tidak langsung mendengar alasannya tadi. Nara dipandang dengan pandangan kecik besar kecik besar je dari atas sampai bawah.
'Baik punya alasan aku bagi, kau boleh buat derk !' Hati Yoona bagai disimbah api.
"Nara !!!" jeritnya geram sehingga nyaring suaranya menyapa telinga Nara. Nara yang sedang enak tidur apa lagi, terbuntang matanya dan dia turun dari katil apabila mendengar pekikan Yoona. Apa lagi? Buka langkah wushu lah dia di tepi katil.
"Kenapa... kenapa... kenapa?" Siapa yang kacau kau? Meh sini aku wushu dia !" Hah Nara mula melatah. Yoona tergelak melihat Nara membuka langkah wushu. Nara ni, latahnya boleh tahan teruk jugak. Bukan Yoona sengaja nak jerit tadi. Dia rasa geram dengan Nara. Tak sangka pulak Nara akan melatah.
"Hush kau ni. Teruklah Yoona. Janganlah terperanjatkan aku. Aku tak boleh. Aku nak berhenti melatah, bukan nak tambahkan lagi" Nara membebel geram. Yoona mengangkat kedua tangannya. Menyerah kalah.
"Mianhae aku tak sengaja nak buat kau melatah. Kau doakan je lah aku. Aku minta tu ke dari kau. Doakan aku biar bos aku tu tak maki aku bila aku minta berhenti ni. Doakan aku berhenti tanpa dia mengaum" Yoona mendesak. Nara mengeluh. Dia mengangguk kemudiannya dan kembali merebahkan diri ke atas katil. Penat berwushu. Kata kata rayuan Yoona tidak diendahkan.
YOU ARE READING
Mr. Devil I Love You
FanficBEKERJA sebumbung dengan Zhang Yi Xing, memang perkara yang tak pernah terlintas di fikiran Kim Nara. tambahan pula setelah mendengar segala kutukan Yoona terhadap lelaki yang bernama Yi Xing itu. setiap hari ada sahaja aduan yang diterima Nara sehi...