Chapter 2

354 12 0
                                    

"Masukkk !!" pekik Yi Xing dari dalam setelah mendengar pintu bilik pejabatnya diketuk. Suaranya lantang, kuat dan jelas. Orang pekak pun boleh mendengar dengan elok.

"Bos, saya nak serahkan dokumen ni. Tuan Lee punya dokumen dan saya diarahkan untuk serahkan dokumen ni pada bos" Yoona menghulurkan fail bewarna hitam yang dipeluknya kepada Yi Xing.

Yi Xing mengangguk anggukkan kepalanya lantas menyambung kerjanya yang terbengkalai tadi. Menyemak semula dokumen apa yang patut. Melihat senarai akaun yang dikredit dan didebit oleh syarikatnya.

"Letak kat situ" Dia berkata selamba tanpa memandang muka Yoona. Belakang pen digigit gigit. Kemudian, dia menurunkan beberapa catatan di buku peribadinya.

"Baik, err... bos... saya..." Yoona sudah tergagap gagap hendak memberitahu tentang perletakan jawatannya. Nak beritahu ke taknak? Kalau beritahu nanti, macam mana dengan dia? Kalau beritahu nanti, soalannya tetap sama. Macam mana dengan dia? Selamatkah dia dari amarah Yi Xing?

Nafas dihela beberapa kali. Dihembus perlahan lahan mencari ketenangan. Takut dengan bosnya yang macam perempuan mengandung je emosinya. Emo sahaja. Setiap hari emosi bosnya macam perempuan mengandung. Perempuan mengandung tujuh bulan pun boleh terberanak terus bila terdengar tengkingannya.

Dasar hantu raya, hantu setan ! Bos gila ! Dendamnya masih berbaki rupa rupanya sebaik teringat betapa sering dikutuk dan ditengking sepanjang dia bekerja disitu.

"Saya apa?" soal Yi Xing dingin. Dengusan mula kedengaran. Kasar dan menakutkan. Seperti seladang sahaja bunyinya. Yoona mengetap bibir. Bukan petanda baik.

Kepala Yi Xing masih menunduk menghadap kerjanya. Dia sedikit pun tidak mengangkat kepalanya. Malas hendak menatap muka Yoona. Bukan ada faedah pun pada pendapatnya. Telinga capang, pendek, body pun tak lawa ! Potongan badan pun hancus. Hidung kembang. Harapkan kulit je putih gebu. Selamba hatinya mengutuk Yoona.

"Saya... saya..." Tergagap gagap lagi. Yi Xing sudah naik angin. Tahap marahnya memuncak. Dia paling pantang kalau ada pekerjanya yang melengah lengahkan masanya. Tergagap gagap seperti ada melakukan kesalahan. Ini Zhang Yi Xing ! Siapa mahu melengahkan kerja aku memang akan dipetir dengan kuasa paling tinggi. Sehingga hangit 100%. Dia berdiri dan menepuk meja dengan kuat.

"Saya apa !!!" Dush ! Macam ditumbuk Yoona rasa. Terperanjat ditengking sebegitu kuat.

Terhinggut bahu Yoona menahan tengkingan yang dahsyat itu. Boleh terbang rambutnya akibat dipetir dihadapan muka ini. Kalau ada penyakit jantung, memang tunggu keranda teruslah jawabnya.

Tentu sahaja pekerja diluar mula berkumpul dan bersoksek soksek bagai mengenai Yoona. Memang mereka akan mengadakan mensyuarat kilat seperti itu jika terdengar Yi Xing mengamuk. Adalah benda yang nak digosipkan.

"Saya nak letak jawatan !!" Yoona mengaku akhirnya. Kepalanya tertunduk tunduk ketakutan. Sekejap sekejap matanya memandang ke arah bosnya yang begitu tajam merenung dia. Mata cantik bosnya merenung dia tanpa berkelip. Mukanya bengis.

Yi Xing merengus kuat. Anak mata kelabunya merenung tepat kedalam anak mata hitam Yoona sehingga gadis itu kaku ditempat dia berdiri. Muka Yoona pucat. Ketara sekali. Tentu Yoona takut akan amukannya.

"Ini ke muka orang yang boleh bekerja bawah tekanan melampau? Ini ke orang yang berkata dia yakin bahawa dia akan bertahan dengan sebarang tekanan?  Awak memang bekerja untuk berhenti ye Yoona?" Yi Xing menyoal. Yoona menelan air liur.

"Maaf bos, saya akan berkahwin tak lama lagi. Dalam masa beberapa bulan dari sekarang. Tunang saya suruh saya berhenti kerja. Kami perlu buat persediaan untuk hari perkahwinan kami nanti" Yoona cuba memberi alasan yang munasabah.

Mr. Devil I Love YouWhere stories live. Discover now