Chapter 6

281 10 0
                                    

"Nara, omma rindukan anak omma ni. Sihat ke?" suara lembut di hujung talian menggetarkan naluri Nara. Dia terlalu rindukan ommanya. Baru baru ni dia ada telefon ommanya nak bertanya kabar tapi ommanya tak mengangkat sebarang panggilan. Jadi dia menelefon appanya pula. Appa pula tak banyak bercakap. Tapi appa kata keadaan semua baik baik sahaja. Jadi Nara mula rasa lega.

"Nara sihat omma. Omma pulak macam mana?" Nara menyoal ommanya dalam sendu. Bukan dia tak boleh balik ke kampung yang terletak di Seoul itu juga, tapi dia segan sendiri. Dia tak ada wang atau cenderahati untuk dihadiahkan kepada omma dan appanya nanti.  Dia sudah tidak bekerja lagi sekarang.

"Omma macam ni ajelah Nara, Nara dah dapat kerja ke?" Ommanya menyoal lagi.

"Belum lagi omma. Nanti Nara usahakan ye omma? omma meniaga tak sekarang?" Soalan Nara kali ini dibalas dengan keluhan.

"Itulah. Omma tak meniaga ni. Dah seminggu lebih" Ommanya bersuara lagi. Tentu omma sudah kehabisan duit. Macam mana ni? Aku belum dapat kerja lagi.

"La kenapa omma tak bagitahu awal awal? Apa yang menyebabkan omma tak meniaga lama macam tu?" Nara menyoal lagi. Prihatin sekali. Ommanya mengeluh. Aik, soalan dia langsung ommanya tak menjawab. Dia dapat menghidu sesuatu.

"Omma sakit lagi?" Nara menyoal. Lama ommanya mendiamkan diri. Nara tahu akan jawapannya. Ommanya sakit dan langsung tak bagitahu dia.

"Tak" Ommanya menjawab sepatah.

"Omma jangan tipu" Nara menegaskan suaranya. Keluhan omma di hujung talian membuktikannya. Nara menangis.

"Babe, aku rasa aku nak terimalah tawaran bekerja kat tempat bos kau tu" Nara akhirnya memberi kata putus pada kawannya. Matanya sembab kerana terlalu banyak menangis malam tadi. Yoona tersenyum lebar. Kata kata Nara itu umpama bulan jatuh keriba. duit jatuh kedalam kocek !

"Kau tak menyesal ni?" soal Yoona yang dah tersengih sampai ke telinga itu.

Nara mengangguk perlahan. Separuh jiwa menyuruh bekerja. Separuh lagi melarang keras. Gila lah ! Kau dah lah melatah, berani ke kena tengking hari hari? Silap hari bulan kau yang tengking bos kau balik. Hatinya memberi amaran. Nara menelan air liur. Alamak. Dia perlukan kerja, tapi keadaan dia juga tak berapa elok. Dia melatah agak teruk.

"Sure ?" Yoona menyoal Nara sambil menjongket jongketkan keningnya. Nara menggeleng gelengkan kepalanya laju tanda tidak pasti dengan keputusan yang dibuat.

"Aku tak sure. Langsung tak sure. Aku cakap betul aje. Aku terdesak sangat nak bekerja kat situ. Kalau tak sebab terdesak, memang haram aku nak jejak kaki kat situ !" Nara bersuara bengang. Dia memicit micit dahi yang terasa pening tiba tiba. Tak tahu nak buat keputusan yang bagaimana.

"Alahai, pehal tetiba emo ni kawan?" Yoona menyoal.

"Aku geram, omma aku masuk hospital baru ni dia tak bagitahu aku. Takut aku risaulah, apalah. Kalau aku tanya pasal dia punya business dia boleh jawab, omma dah lama tak meniaga. Geram aku. Habis kalau aku tak kerja and bagi duit kat omma aku, apa omma aku nak makan? Langsung tak cerita kat aku. Sedih weh. Macam aku ni bukan anak dia" Nara berkata geram.

Airmata mula berlinang. Rasa macam dirinya tak penting bagi ommanya. Mana boleh ommanya merahsiakan perkara sepenting itu. Dia berhak tahu ! Yoona menenangkan kawan karibnya.

"Wei janganlah cakap macam tu. Omma tu risau kalau kau tau, kau abaikan makan minum. Aku tahu sangatlah omma kau. Dia macam omma aku dah. Tak payah sedih dah okay?" Dia memujuk Nara.

"Aku sedih lah. Sebab dia selalu sangat biar aku jadi orang yang terakhir tahu pasal sakit dia.  Aku ni bukan anak dia ke? Kenapa dia layan aku macam ni?" Yoona menahan senyum. Comel betul Nara ni.

Mr. Devil I Love YouWhere stories live. Discover now