Haiqal segera melangkah ke dapur, diekori oleh Danial, Hannah dan Yazdan. Adam juga berlari ke dapur bila Abang Adan meninggalkan dia. Hanya Yazid sahaja yang masih tekun mengunyah bahulu di ruang depan."Apa jadi, Nisa?" Haiqal bertanya, dihampiri si isteri yang sedang menangis di sisi singki. Oh, dia tengah nak potong jambu batu tadi. Haiqal menjenguk ke dalam singki. Ternganga terus dia. Ini..
Haiqal pandang Nisa yang masih menangis diam, yang mata basah itu terkebil-kebil memandangnya. "Nisa kata Nisa beli jambu batu? Ni apa benda?" Haiqal bertanya, sambil dia mencapai tisu dan perlahan-lahan, dikesat pipi basah Nisa.
Danial terus menjenguk singki bila ayah menanyakan itu pada mama. Hannah turut menjengket menjenguk singki. Yazdan dan Adam sudah sama-sama menjenguk ke luar pintu dapur. Memandang kucing belaan mereka di dalam sangkar besar di luar.
"Ni bukan jambu batu, mama!" Danial terus menyela. Nisa memandang anaknya dengan mata yang tajam, dan muka sebek. "Mama tahulah!" Haiqal terus ketawa. Ditarik si isteri ke dalam pelukan. Hannah ketawa terus, "Mama tak kenal jambu batu ke?"
Nisa hanya diam di dada Haiqal dan menangis lagi, "Nisa nampak, dia macam jambu batu... Sebab... ada jumpa yang buruk, Nisa ambil yang cantik tu... tak.. teringat pula nak tengok nama diaaa... masa lepas potong kulit tadi.. tsk tsk..."
Tangisan Nisa makin kuat, "Baru Nisa tengok tag harga. Sebab dia lembik, bukan macam jambu batu... Nisa barulah tengok tag harga. Dia... dia tulis... tu jambu sayur, abang!" Nisa kembali menangis. "Baby nak jambu batu, abang." Bernada esakannya. Sungguh sesal bunyi tangisannya.
Haiqal pandang Hannah dan Danial. Danial gelengkan kepala, "Apalah mama tu, papa. Dia yang salah beli. Beli pun tak tengok. Ajak lah Haisa. Haisa kenal jambu batu. Ni? Mulalah, adik lapar dalam perut." Haiqal makin ketawa. Nisa makin menangis. Hannah masih ketawa sambil dia mengunyah biskut coklat.
Danial masih mengintai ke dalam singki. Ada jambu sayur itu yang sudah dipotong. Danial pun mencapai, dan dikunyah. Terus dia ludahkan balik, siap dengan bunyi 'tuih, tuih' lagi. Danial pandang mama, "Mama dah tua dah tau. Jambu batu pun salah beli? Rasa dia wek gila, mama!"
Hannah makin ketawa. Malas sudah mahu kisah. Dia turut berlari keluar. Mahu melayan kucing yang makin bising dan riuh mengiau dari dalam sangkar. Mesti Adan dengan Adam duk usik anak-anak Rosnah tu. Darus mesti diam je tengok anak-anaknya dimainkan. Dasar perut gendut.
Haiqal memujuk Nisa. Turut ditegur Danial dari terus berkelakuan over. Danial along, kan. Act your age lah. Danial terus diam bila ditegur begitu. Danial pandang papa yang masih pujuk mama. Mama hanya sebek-sebek saja. Danial tau, mama nak sangat jambu batu tu. Kesian jugak kat mama. Tapi... haii... boleh pulak dia salah beli. Macam-macam mama Haisa ni.
"Dah, jangan nangis. Ni belum anak-anak salam tangan minta maaf. Kang Nisa banjir lagi," Haiqal menegur. Tangannya masih bergerak mengesat pipi lembap Nisa. "Kat kampung abang mesti ada jambu batu tu. Nanti kita cari. Nisa makan terus. Abang potong. Okay?"
Nisa pandang Haiqal. Dipegang kedua tangan suaminya ketat, begitu berharap, "Betul? Baby dalam ni nak harini tau. Air liur Nisa makin meleleh dah ni." Haiqal ketawa dan menganggukkan kepalanya, "Iya, ada. Rasanya jiran abang ada. Tak pun makcik abang ada. Dah, jangan risau eh?"
Nisa mula senyum sikit, "Terima kasih, abang." Haiqal ketawa. "Sama-sama kasih, sayang. Dah, jom. Nak jumpa ayah, ibu semua. Anak nak salam-salam mintak maaf lagi. Nak keluar rumah ni, ambil masa juga. Budak-budak ni semua. Nisa okay dah?" Nisa angguk-anggukkan kepala berkali-kali. "Dah lah, jom! Kita pergi rumah ibu. Abang. Tolong buang jambu sayur tu. Nisa nak siap."
YOU ARE READING
Raya Special
Short StoryNisaHaiqal from Siapa Sangka? ➀✔ ZillAaliya from Your Boss Your Husband ➁✔ EshanRania from Esperance ➂✔ As the cover instate, Suasana Raya for all those threes. Happy Eid-ul Fitr as the title state, The final cover for all those stories. Ⓒ APERSON30...