Timeline: Aaliya at 26, Zill at 37"Hari raya keempat! Buat cukur jambul kembar tiga orang tu! Yay! Triple Aaaa's!"
Aaliya senyum saja mendengar teriakan anak-anaknya. Triple dimaksudkan pada si triplet, adik-adik kembar mereka. Cukur jambul Cassiel, Aldric dan Makayla, semuanya dilakukan mewah di KL sana. Untuk triplet ini saja, baru ingin merasa kenduri kampung cukur jambul di Kampung Tanjong Keramat.
Aaliya pandang si Cassiel dan si Aldric; The Zills yang sudah berusia 5 tahun. Sibuk ke sana ke mari, konon mahu membantu kakitangan catering sediakan hidangan bufet semua.
Dengan hadirnya penduduk kampung yang turut menghulurkan bantuan. Rewang, buat dodol, bubur lambuk dan rendang daging semuanya. Dalam kesibukan itulah, anak-anaknya berdua itu duk sibuk ke sana ke mari. Konon mahu membantu, padahal? Sibuk nak eeeii, kemudian lari, kemudian kembali datang mahu tengok.
Aaliya senyum memandang suasana rumah yang meriah begini. Macam-macam haruman juadah ada. Bau bubur lambuk, rendang daging lembu dan rendang kambing itu yang paling membuat ramai orang meleleh air liur.
Aaliya melangkah masuk ke dalam ruang villa. Dipandang Makayla yang cuma diam dan duduk di sisi adik-adiknya yang bertiga, yang masih nyenyak tidur. Aaliya senyum memandang Makayla yang hanya diam mengunyah biskut sambil terbaring menonton TV. Mesti dia dah penat bermain di luar.
Aaliya senyum pada makcik-makcik kampung yang turut memenuhi ruang dalam ini. Membantu menyediakan ruang pelamin untuk ketiga-tiba babies yang sudah berusia satu tahun yang akan dicukur jambul esok.
Sambutan dan khabaran mengenai dia yang sudah menjadi isteri pada seorang jutawan yang bukan calang-calang orang, masih hangat diperkatakan. Makcik-makcik kampung ini semuanya sungguh-sungguh mengucapkan tahniah padanya. Tidak kurang juga, yang meminta maaf di atas lancang kata berkaitan keadaan paksu yang banyak menyusahkan hidup mereka, juga hidupnya dahulu.
Aaliya melangkah ke dapur. Dilihat ramai makcik-makcik yang duduk di sana dan di sini. Memotong bawang, memotong lengkuas, memotong halia, memotong semua-semua tu sambil biasalah... membawang. Bila dilihat Aaliya yang melangkah masuk, ada segolongan yang terus mendiamkan diri. Ada segolongan yang mesra mempelawa. Aaliya menghampiri segolongan yang mesra itu.
"Budak bertiga tu dah tidur?" Mak Milah; mak pada kawannya si Liza, menegur dahulu. Aaliya cuma senyum sambil menganggukkan kepala. Tangannya mula mencapai bawang besar, mahu dipotong sambil berbual-bual.
"Awak penat, Liya sebab susukan bertiga tu, pergilah rehat. Nanti lembik je badan. Tak sedap nanti," Kak Mah menambah bila dilihat Aaliya diam saja, tidak ceria.
Aaliya terus ketawa mendengarkan itu, "Mana ada lembik lah, Kak Mah. Susu babies banyak-banyak, kan nanti berat saya turun, hehe. Cuma tu je, tak tahu nak cakap apa," Aaliya sengih di hujung ayat. Mereka yang lain yang mendengar, terus ketawa.
"Amboi, tak tahu nak cakap apa. Fikir diri tu dah tak serumpun ke dengan orang kampung ni? Mentang-mentanglah jadi bini jutawan. Duduk dekat syurga tinggi dunia macam tu. Mulalah tu, slow-slow nak lupa diri."
Aaliya cuma diam dan selamba mengupas bawang. Mak Milah mahu menyela membalas, Aaliya cuma isyaratkan 'tidak' dengan gelengan kepala. Kak Mah pun turut diam sajalah.
"Dah tahu dapat kahwin dengan jutawan mat saleh tu, cuba-cubalah buat bantuan sara hidup ke, kan? Untuk orang warga kampung sini. Dah tahu dapat tuah macam tu, lagi nak lupa kita. Kita ni dulu yang duk tolong dia, masa paksu dia tu menghisap sana sini."
"Ho, yelah tu. Entah-entah bukan lama dia dengan jutawan tu. Lelaki, hidung belang kan dulu, banyak duit pula tu. Entah-entah banyak je pasang lain. Bawah hidung sendiri, buta mata."
YOU ARE READING
Raya Special
Short StoryNisaHaiqal from Siapa Sangka? ➀✔ ZillAaliya from Your Boss Your Husband ➁✔ EshanRania from Esperance ➂✔ As the cover instate, Suasana Raya for all those threes. Happy Eid-ul Fitr as the title state, The final cover for all those stories. Ⓒ APERSON30...