"Abang."
"Hm."
Rania pandang Eshan, yang sedang khusyuk menatap skrin phone. Taktau buat apa. Rania pandang ke kanan. Pada kerabat-kerabat Zill yang bermacam-macam ragamnya.
Anak-anak kecil berteriak bising. Budak-budak berlari ke sana sini. Abang-abang Zills yang berjalan mundar-mandir, dah macam menanti kelahiran anak mereka, bukan adik mereka. Kakak-kakak Zills yang sama-sama duduk diam memicit tangan, saling gelisah sendiri.
Keluarga Haisa tiada. Kerana mereka tidak mahu menambah "pressure" or "excited" yang melanda di hospital ini, di ambang menanti kelahiran waris baru itu. Dia dan suaminya ada ni pun, di atas permintaan Abang Cassiel. Entah untuk apa.
Abang Cassiel beria mahu shuben dia ada. Dan shuben pula beria mahu dia ada. So, di sinilah dia. Hanya diam, sunyi dengan suami di sisi. Dengan Zill Family yang saling riuh berdebar di sana. Kami tidak join pun keriuhan di sana. Entah kenapa.
Rania pandang suaminya lagi. Tangan kanan mengusap perut buncitnya, tangan kiri mula cuit-cuit lengan baju Melayu Eshan. Tadi kemas saja bersampin, ini sudah serabai dengan sampin itu sendiri menjadi bahan tidak diperlukan saja di sisi suaminya.
Rania pandang rupa Eshan yang masih tidak memandang walaupun dia sudah mencuit berkali-kali. Rania mula bengang. Tangan kirinya terus naik dan terus ditarik rambut Eshan, hingga terdongak kepala suaminya ini. Eshan terperanjat. Terlepas phone dari pegangan, menggelongsor jatuh di antara mereka yang sedang duduk.
Eshan pandang Rania dengan kening berkerut, sambil tangannya menggosok-gosok kepala cuba dilegakan rasa perit, "Kenapa, Rania? Tarik rambut abang. Sakit tau?"
Rania diam dan muncung sedikit. Kedua tangannya naik dan terus digosok kepala suaminya. Makin menyerabutkan rambut Eshan yang sudah sedia serabut itu. "Maaf sebab buat abang sakit."
Eshan sembunyi senyum menang. Tau pun. Kembali mahu dicapai phone, mahu kembali tenggelam dalam games. Rania yang melihat, pantas merampas saja phone itu sebelum sempat dipegang Eshan.
"Dengar Rania nak tanya. Kenapa kita tak join dorang kat sana?"
Rania bertanya laju dan senafas. Begitu mahu Eshan mendengar pertanyaannya. Eshan pandang saja Rania ini yang mengajukan soalan yang begitu. Kepalanya bergerak sikit, memandang pada kerabat keluarga itu di sana.
One word. Kecoh.
Hingga nurse sendiri tidak mampu untuk memberi amaran diam! pada mereka. Ini... hospital kecil di Dara. Nurses sendiri umpama kena sampuk, tidak tahu untuk menguruskan manual bekerja bila sudah ternampak akan semua kebanggaan Zills di hadapan mata.
Zill Family. Dah macam princes UK je pangkatnya. Ish ish.
Ini Malaysia. Dengan segerombolan kacukan yang terang gene mat saleh semua tu. Menyebabkan semua nurses hanya diam dan sengih-sengih dari jauh. Tidak kisah akan Zill Family itu yang agak berkelakuan "tidak sopan". Mereka sendiri tidak menegur. Sebab mereka sendiri cair menikmati ukiran handsome like Adonis semua tu.
Cassiel dan Aldric yang sama-sama berjalan mundar-mandir. Dan terlepas tingkah mereka bila mahu mengintai ke dalam ruang labor yang semestinya tidak boleh diintai.
Makayla yang selamba saja diam bermain phone sambil menjaga Ardhani yang diam tidur di ribanya. Tidak dihiraukan langsung akan sekitar suasana yang diriuhkan oleh adik-beradik. Makayla langsung tidak menyumbang apa-apa. Pujukan mahupun pemberontakan.
YOU ARE READING
Raya Special
Short StoryNisaHaiqal from Siapa Sangka? ➀✔ ZillAaliya from Your Boss Your Husband ➁✔ EshanRania from Esperance ➂✔ As the cover instate, Suasana Raya for all those threes. Happy Eid-ul Fitr as the title state, The final cover for all those stories. Ⓒ APERSON30...