Sudah siap urusan marhaban dan bacaan Yasin. Majlis cukur jambul sekali gus majlis doa selamat.Aaliya dan Zill sama-sama melayan tetamu. Dan setia melayan hadirin yang mahu ajak selfie, mahu muatkan ke dalam socmed, mahu memaparkan keadaan tiap seorang waris Zill Family. Hm... layankan sajalah.
Nama dan darjat diri tetap dijaga. Dan pergaulan tetap tidak meletakkan bongkak sebagai cermin diri personaliti.
"Sorry, Zill. Baru sampai," Sham tiba, dengan Sheila di belakangnya yang sedang mendukung Izz. Zill cuma ketawa ceria mendengarkan kata-kata Sham dan menggelengkan kepala tanda 'itu bukan masalah besar'.
Sheila segera ke depan. Matanya liar ke sana sini. Selari suaranya terus keluar, "Mana Aaliya?" Zill menjeling, malas mahu menjawab soalan perempuan ini. Yang merangkap PA, juga kawan padanya. Zill tahu sangat dah. Shima nak ajak Aaliya tu bergosip. Sham ketawa dengan reaksi yang ditunjukkan Zill.
Sheila kacip gigi, ei! geram! Tak nak gitau, biar aku sendiri cari si budak comel tu. Dan terus langkahnya selamba diatur ke dalam. Orang masih ramai walaupun waktu sudah masuk waktu asar. Sheila berjalan, mencari si Aaliya. Dengan Izz yang diam dan baik saja di kelekannya.
Sheila senyum, bila dilihat Aldric dan Makayla yang sedang bermain kejar-kejar di area bunga di sana. Sheila laju melangkah ke arah budak berdua itu. Bila memandang Auntie Sheila menghampiri, Makayla terkedek-kedek berlari dahulu. "Tiela! (Auntie Sheila!)" Sheila ketawa saja bila dirinya dipanggil begitu oleh si Makayla, budak berumur tiga tahun ini.
Sheila senyum, bila Aldric mencium tangannya. Sheila terus ketawa bila Aldric turut menggesa Makayla untuk membuat perkara yang sama. Bila sudah cium tangan Auntie Sheila, Aldric dan Makayla sama-sama berdiri tegak. Bermakna sedia menerima arahan, ataupun sedia menerima soalan.
"Mana mommy?" Sheila bertanya terus. Mata Aldric teruja memandang Izz di dukungan Auntie Sheila. Sama besar dengan tiga orang adik dia punya. "Mommy tengah bagi adik-adik susu," Aldric menjawab petah.
Sheila angguk faham. Dia segera mahu melangkah, tapi Aldric memanggil dulu, "Auntie, nak cium Izz. Then, bagi dia main dengan kami." Sheila ketawa. Diturutkan saja kehendak Aldric, diletakkan si Izz di kerusi yang berada di area bunga kertas berdekatan.
Sheila mencari Aaliya di dalam villa. Dibuka pintu bilik utama bila sudah ditunjukkan oleh Kak Mah. Buka-buka je, kelihatan Aaliya yang terus kelam kabut cuba menutup dada. Sheila ketawa. Dia selamba saja masuk dan terus duduk di sisi Aaliya di birai katil.
"Kenapa terkejut sangat? Kan akak ni. Bukan abang." Sheila bertanya biasa. Aaliya cuma diam, sambil dia mencium tangan Kak Sheila. Aaliya pandang Sheila. Sengihannya terhasil, "Ada love bite. Takut akak nampak." Terus ketawa Sheila pecah.
Sheila makin dekat, "Akak ada nak story." Aaliya senyum saja mendengarkan itu. Kak Sheila memang kuat bergosip. Dan kerana Kak Sheila jugaklah, dia tahu aktiviti suaminya dalam bidang perniagaan yang memang meluas macam tu.
Dunia perniagaan, bukan hanya wang sahaja. Tapi juga informants dan mata-mata gelap. Apa yang suaminya tahu, dia juga tahu. Kerana Kak Sheila lah. Yang terlebih baik hati dan tidak penat untuk menyampaikan semua.
Aaliya pun ada PA sendiri, okay. Mesti dibagitahu semua. Jika ada yang tak dibagitahu, di atas alasan 'tak mahu Mrs. Zill diserang kerisauan' kononnya, em... Kak Sheila lah yang jadi informernya.
Tambahan lagi, suaminya bukan dari calang-calang individu dan bukan juga dari calang-calang keluarga. Berasal dari UK. Sudah menaikkan nama Malaysia hingga lebih setaraf dengan negara Asia yang lain, juga negara Barat. Jadi, perhatian yang diberi memang tidak boleh dipandang biasa-biasa saja.
YOU ARE READING
Raya Special
Truyện NgắnNisaHaiqal from Siapa Sangka? ➀✔ ZillAaliya from Your Boss Your Husband ➁✔ EshanRania from Esperance ➂✔ As the cover instate, Suasana Raya for all those threes. Happy Eid-ul Fitr as the title state, The final cover for all those stories. Ⓒ APERSON30...