"Main mercun!"Kanak-kanak bersorak. Para ibu bapa, juga para pakcik makcik mula mengeluh.
"Siapa nak tengok budak-budak tu main mercun? Pergi tengok weh!"
Semuanya saling menuding jari. Suruh itu, suruh yang itu. Tapi tiada sepasang buntut pun yang bangun dari duduk dan baringnya.
"Mak apak Eshal mana?"
"Dating kat dapur, Zid."
"Dasar merpati gatal. Anak dia duk menjerit-jerit tu, dah kenapa."
Kepala Cassiel mengintai keluar. Dan kembali tersandar lega, "Dia dengan anak aku. Excited tengok mercun roket Redza main."
Kepala Danial terus tegak. Segera dia berlari keluar.
"Sedar pun anak dia tu nakal tahap benda."
"Weh..." Jari telunjuk Aldric bergerak malas. Menguis pada sesiapa yang berdekatan. Matanya pejam. Akibat lelah memandang laptop. Kerja lah. Daddy bagi kerja susah lah.
"Pe ni.. main kuis-kuis."
Aldric tercelik mata. Dia kuis kat sini. Dah kenapa Adam di sana yang membalas. Aldric pandang kanan. Dia kuis Julian kot. Steady je Julian godek phone, tak jawab pun aku si abang dia duk bertanya tadi. Tapi, dia kuis Julian, bukan Adam. Dah kenapa Adam yang bunyi?
"Sape kuis kau, Dam? Aku kuis Julian."
Adam terus duduk tegak. Dipandang depan terus, pada kedua kakinya yang terkulai terbaring terbuka. Terus jeritannya keluar. "Anak sape ni?!" Terkejut jiwa lelaki aku. Dah pergi pakai topeng Red Skull macam tu dah kenapa budak kecik ni?!
Si bayi itu hanya terkekek ketawa. Ditanggalkan topeng dari muka. Mata Adam mengecil. Cuba mengenal pasti, gerangan anak siapakah ini. Dah baby banyak sangat dalam rumah ni. Sampai jadi kes mereka-mereka semua ni salah bayi untuk disusukan.
Adam diam lama, cuba analisis. Muka bayi pula dah sepesen. Comel, montel, putih, lebar sengih macam tu. Anak siapa ni, ya? Seorang Adam Haisa masih tidak berjaya untuk mengenal pasti.
"Anak siapa ni?" Adam bertanya.
Dary segera mendukung si bayi di kakinya. Dary tu isteri dia. Pergi dukung bayi tu dah kenapa? "Anak siapa tu, sayang?" Adam terus bertanya. Dary tunjuk gigi, bengang. "Anak kitalah!"
Semua lelaki terus mentertawakan si Adam.
⟤ ⧉ ⟥
"Makan! Makan! Makan!"
Hannah orang kanan mama. Jadi pelaung pengumuman makan malam. Si Yazid, mahu tidak mahu, dengan muka kelat, menjadi tukang susun juadah. Meja dah penuh. Dihidangkan juga di atas lantai yang sudah berbentangkan tikar. Dah macam dalam iklan TN dah rasa.
"Aku nak duk atas kerusi! Lutut aku sakit duk bersila!" Aryan memulakan dulu.
Laju kepalanya dipulas dek Zill.
"Bagi yang tua lah, Yen."
Aryan muncung. Geram.
"Rania?"
"Mengandung, kan? Duduk atas kerusi lah."
Eshan terus masuk di antara perbualan orang tua itu, "Saya suami dia. Saya nak jaga makan minum dia. Saya duduk sebelah dia."
Hannah mencebik, matanya menjeling Eshan. Eshan hanya beriak maha selamba. Rania hanya diam dengan tingkah suaminya.
Ruang masih riuh. Dengan para ibu yang itu, ayah yang itu, cuba memujuk untuk anak-anak mereka menjamu selera.
YOU ARE READING
Raya Special
Short StoryNisaHaiqal from Siapa Sangka? ➀✔ ZillAaliya from Your Boss Your Husband ➁✔ EshanRania from Esperance ➂✔ As the cover instate, Suasana Raya for all those threes. Happy Eid-ul Fitr as the title state, The final cover for all those stories. Ⓒ APERSON30...