'Relaxlah. Dia pasti tidak apa-apa kat rumah..'kata Jimin menenangkan Jungkook yang berada di sebelahnya semasa fanmeeting.
'Tapikan hyung.. Macam mana kalau dia pergi lagi..'risau Jungkook.
'Takkanlah dia nak pergi macam tu saja tanpa berterima kasih dengan kita kot.'kata V.
'Okeylah..'muka sedih.
'Janganlah sedih sangat.Kitaorang tahulah sekarang ni kau tu ada hati dengannya dia sampaikan kau masih lagi pakai rantai dia ni.'kata Suga yang melihat rantai di leher Jungkook.
'Dia Cuma peminat Jungkook lah. Takkan lah Jungkook tidak boleh nak ambil berat dengan peminat Jungkook.'tanya Jungkook yang tidak pasti dengan perasaannya sendiri.
'Janganlah nak tipu dengan kitaoranglah.. Macamlah kitaorang baru kenal kau semalam. Kami tahu yang Jungkook ni ada perasaan dengan dia lebih daripada seorang peminat.'kata Jin hyung lalu memegang kedua-dua bahu Jungkook.
'Jungkook pun tidak pasti dengan perasaan Jungkook sendiri.'jawab Jungkook dengan jujur kerana dia tidak dapat menipu dengan mereka.
BINABASA MO ANG
Love or Future (COMPLETE)
Fiksi Penggemarmengesahkan antara percintaan ataupun masa depan mereka sendiri. dapatkah mereka menjalani kehidupan ini? dapatkah Lisa dan jungkook bersatu kembali?