EPISODE 9 : KEPERGIAN AYAH YANG DICINTAI

122 12 0
                                    

'mana appa??'teresak-esak Lisa bercakap dengan Jessica.

'Dalam tu..'Jessica tidak ada reaksi pun dengan ayah tirinya manakala Puan Jiso hanya duduk tenang di situ.

Lisa masuk ke dalam wad ayahnya dengan sebak. Lisa mendekati ayahnya yang terbaring di atas katil.

'Appa..Lisa ni..Appa..Jangan tinggalkan Lisa..Lisa taknak appa tinggalkan Lisa..Nanti Lisa tidak ada sesiapa lagi kalau appa tinggalkan Lisa. Appa..Bangunlah..'kata Lisa sambil memegang tangan appanya dengan erat. Dia tidak berhenti nangis sejak dari tadi.

Ayahnya dengar Lisa dan dia berusaha juga untuk membuka matanya untuk melihat anaknya buat kali yang terakhir sebelum pergi.

'Anak kesayangan ayah ni..Janganlah nangis..Appa jadi sedih kalau anak appa ni nangis macam ni..nanti appa tidak aman dekat sana..'dengan suara yang perlahan.

'Appa jangan cakap macam tu..Lisa masih lagi perlukan appa dekat sini..'semakin deras air mata Lisa keluar dari tubir matanya.

Ayahnya menyapu air mata Lisa.

'Lisa..appa nak Lisa janji dengan appa yang Lisa akan tunaikan hajat appa yang terakhir nanti.Kalau appa pergi appa taknak Lisa nangis macam ni..'ayahnya pulak sebak dengan nasib anaknya tu kerana masanya sudah tiba. Lisa hanya mampu menangis.

Selepas beberapa jam,Lisa terjaga dari mimpinya..Dia terus melihat appanya yang masih lagi baring di atas katil. Lisa mengejutkan appanya tapi appanya tidak memberi sebarang respon pun. Lisa rasa cemas dan air matanya terus mengalir.

'Appa..'kata Lisa tapi tidak ada sahutan daripada ayahnya.

Lisa terus menekan butang kecemasan.

'Appa!!Appa!!'jerit Lisa dan dia memegang erat tangan ayahnya sambil menangis.. dia memeluk ayahnya sekuat-kuatnya kerana dia tidak mahu melepaskan ayahnya.

'Kami minta maaf..Encik Min ho meninggal dunia tepat pada pukul 11:30 malam.'kata doktor.

'Tidak mungkin..Appa!!Appa!! Jangan tinggalkan Lisa..Appa!!'Kata Lisa lalu mengoncang badan ayahnya. Nurse menahannya daripada terus memberontak. Nurse itu memeluk Lisa supaya Lisa menenangkan dirinya tapi tiba-tiba Lisa jatuh pengsan.

Sementara itu, Jungkook tiba-tiba terbangun daripada mimpi buruknya apabila dia bermimpikan Lisa tengah bersedih.

'Lisa..Apa yang jadi kat Lisa??'tersedar daripada mimpinya.

'Kenapa ni??'kata Jimin hyung yang masih lagi belum tidur kerana dia masih lagi baca komik.

'Aku mimpi Lisa. Dia panggil aku..Tapi aku tak tahu kenapa?? Pasti ada sesuatu dah jadi kat Lisa.'risau Jungkook.

'Gigau kau je tu..Dahlah..Dia tidak apa-apa tu..Jangan risau sangatlah..'kata Jimin tenangkan Jungkook.

Love or Future (COMPLETE)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon