EPISODE 21 : LAIN PULAK YANG JADI.

137 13 0
                                        

'Hebat permainan aku kan..'jawab Kai sambil menepuk tangannya dan berjalan kearah Jungkook.

'Apa yang kau buat ni Kai.. Bila kau sampai..Tapi kenapa perlu kau buat macam ni kat aku? Pleaselah lepaskan Lisa..' rayu Jungkook kerana dia cintakan Lisa.

'Hahahahaaa.. Kau memang kelakarlah Jungkook.. Kau ingat sesenang ni ke aku nak lepaskan Lisa daripada genggaman aku. Aku buat ni sebab aku nak balas dendam dengan kau dan kawan-kawan kau. Kau akan terima akibatnya. Eihh..bukan kau tapi Lisa. Perempuan yang amat kau cintai.. Aku tak sangka kau boleh jatuh cinta dengan dia tu.. Dia tu tak layak untuk kau tapi dia layak untuk mati.' Kata Kai lalu ketawa.

Mereka yang lain juga mendengar apa yang Kai katakan.

'Ini bukan salah satu daripada plan kita..' tanya Jin kepada V,RAP MONSTER,JIMIN,SUGA dan J-hope. Mereka semua terkejut.

'Ini jadi masalah besar lagi ni..Macam mana kalau Kai betul-betul nak Lisa mati macam mana..?'tanya Jimin.

'Eishh... kau ni..Kita kena buat plan baru.. Kita kena bawa keluar Lisa daripada bilik tu sebelum Kai cuba nak bunuh Lisa.'kata Rap monster.

'Bagus idea hyung tapi di sana pun ada pengawal jugak.. Kai letak pengawalnya di situ.. Kalau aku tahu tak mahu aku nak bersepakat dengannya. Ini dah jadi lain..Aku ingat dia tu betul-betul dah berubah tapi..'tanya J-hope.

'Kau tak perlu salahkan diri kau tu.. Yang penting sekarang ni.. Kita kena selamatkan mereka berdua tu..'kata Jin hyung.

'Jimin dan v pergi ke bilik yang menempatkan Lisa. Korang buatlah apa-apa kat sana tapi yang pasti tak kantoi..bagitahulah yang Lisa mesti dibawa ke tempat lain.'Plan baru kena dibuat.

'Rap monster dan Suga hyung kena jaga luar.. Supaya kita dapat keluar dengan selamat. Aku dengan J-hope kena berjaga-jaga di bawah..Kami akan perhatikan keadaan Jungkook dan Kai..Selepas tu..Aku akan bagi arahan sekiranya tepat pada masanya.. Aku harap plan kita kali ni berjalan dengan lancar.' Tanya Jin hyung yang banyak plan dapat otaknya.

'Baiklah..Semoga plan kita ni berjaya..'

'Jungkook..Jungkook..Kau dan kawan kau memang bodoh.. Kawan kau pun boleh percayakan aku untuk sertai operasi ni..'kata Kai dengan senyuman sinis.

'Apa maksud kau? Kawan-kawan aku pun terlibat dalam hal ini ke?'tanya Jungkook yang masih lagi tidak percayakan apa yang Kai bagitahu.

'Kau tak percaya.. Kalau kau nak tahu.. Kawan kau punya idealah nak satukan korang tapi kau ingat aku nak sangat ke satukan korang berdua. Aku ikut je lah tapi aku ada agenda lain. Aku nak dia mati depan mata kau. Oiii..Korang dengar kan..'kata Kai.

'Bodoh punya orang..Jahat betullah si Kai ni dengan kita..Aku ingatkan dia betul-betul nak tolong kita tapi ada agenda sendiri rupanya..'kata Jin kepada Jhope.

'Tulah.. Maafkan aku..hyung..Aku tak tahu pun dia macam tu.'kata Jhope yang masih lagi rasa bersalah.

'Kau tak perlu rasa bersalah..Bukan salah kau tapi dia tu..Dia tu memang tidak puas hati dengan popularity kita. Dia sanggup buat apa saja asalkan dia dapat apa yang dia nak.'kata Jin hyung yang tahu perangai orang macam Kai tu.

'Tapi sekarang ni apa langkah seterusnya.'Kata Jhope.

'tu..Kau nampak kan..'tunjuk Jin hyung di poket belakang Kai ada pistol.

'Ya..Dia betul-betul nekad nak lakukan benda tu lah..Apa yang kita kena buat.'tanya Jhope.

'Kita akan menyelinap dari belakang. Kita akan serang dari belakang. Lepas tu, kita suruh Jungkook pergi selamatkan Lisa selepas V dan Jimin sudah selesaikan mereka di atas. Sekarang ni kita kena tunggu isyarat daripada mereka. Selepas line clear baru kita bertindak.'kata Jin hyung.

'Baiklah hyung..'

'Lepaskan Lisa..Aku lebih rela gantikan tempat dia..'kata Jungkook yang buntu.

'Wow..Kau dah mengalah ke? Kau ingat aku bodoh ke? Lebih baik aku bunuh orang yang paling kau sayang daripada diri kau. Aku nak tengok kau sengsara di dunia ni.'jawab Kai dengan tidak ada berasa kasihan dengan Jungkook.

'Apa yang kau nak daripada aku?'tanya Jungkook.

'Aku tak nak apa-apa daripada kau tapi aku cuma nak hidup kau menderita.. tu je..'jawab Kai.

'Line clear..'kata V dan Jimin.

'Kita bertindak sekarang..'kata Jin hyung.

Mereka berdua pergi ke arah Kai dari belakang di tempat yang berasingan. Jungkook dapat melihat mereka berdua dan Jin hyung membuat isyarat senyap dan terus suruh Jungkook bercakap dengan Kai.

Jin hyung memukul leher Kai dari belakang. Kemudian, Kai jatuh pengsan.

'Kitaorang minta maaf tapi sekarang ni bukan masa untuk kita berdrama..Kau kena selamatkan Lisa. Dia berada di tingkat atas. V dan Jimin dah selesaikan mereka dan sekarang ni kau pulak selamatkan Lisa. Bawa Lisa keluar dari bilik tu. Ini..Kalau ada apa-apa terus bagitahu kami..'kata Jin hyung lalu bagi twinkle kepada Jungkook.

'Terima kasih hyung..'kata Jungkook lalu pergi ke tingkat atas selamatkan Lisa.

Apabila sampai di tingkat atas, Jungkook melihat pengawal di sana telah terbaring selepas dibelasah oleh V dan Jimin.

Jungkook masuk ke dalam bilik tu dan dia mendapati Lisa yang diikat di sebuah kerusi dan matanya ditutup.

(tergamak betul Kai buat awak macam ni..Pasti awak sakit kan?Saya akan pastikan awak selamat. Saya taknak tinggalkan awak lagi.. Saya cintakan awak.) jungkook mononlog.

Jungkook datang dekat dan dia melepaskan ikatan yang ada. Dalam masa yang sama, Lisa separuh sedar.

'Jungkook..'kata Lisa.

'Saya ni..Jungkook..Saya akan selamatkan awak..Awak jangan bimbang..'kata Jungkook dengan perlahan.

'Saya takut..'kata Lisa yang menangis.

'Awak jangan nangis..Kita dah selamat..Saya kena bawa awak keluar dari sini.' Kata Jungkook selepas ikatan berjaya dilepaskan daripada Lisa.

Lisa terus memeluk Jungkook. Dia menangis dalam pelukan Jungkook. Jungkook membalas pelukan Lisa. Bertapa rindunya mereka antara satu sama lain.

'Korang kena keluar dari situ sekarang.' Kata Jin hyung melalui twinkle winkle.

'Okey.Kami akan keluar'jawab Jungkook.

Love or Future (COMPLETE)Mga kuwentong kahuhumalingan mo. Tumuklas ngayon