EPISODE 22 : TEMBAKAN

136 13 0
                                        

Jin hyung,V dan Jimin sudah berada di dalam sebuah kereta manakala Rap monster, Suga dan jhope menanti Jungkook dan Lisa di sebuah kereta lagi yang sudah disediakan di luar gudang tu. Apabila Jungkook dan Lisa berjaya keluar, tiba-tiba satu tembakan telah dilepaskan dan terkena di bahagian bahu kanan Lisa. Lisa terjatuh dan banyak darah yang mengalir. Dalam masa yang sama juga, satu tembakan juga berlaku dimana pihak polis menembak Kai. Kai terjatuh tersungkur kerana terkena di bahagian jantungnya. Kai mati ditembak oleh pihak polis.

'Lisa..Lisa..Jangan tinggalkan saya..'sedih Jungkook lalu mengangkat Lisa masuk ke dalam kereta. Mereka terus pergi ke hospital yang berdekatan. Lisa masih lagi tidak sedarkan diri selepas tembakan tu terkena kepadanya.

'Kau kena kuat.. Lisa pasti tidak apa-apa..'Jimin tenangkan Jungkook yang duduk di tempat duduk di luar bilik ICU.

'Jungkook takut kehilangan Lisa lagi..Dah cukuplah Lisa pergi dari hidup Jungkook beberapa tahun..tapi bukan kali ini juga Lisa nak tinggalkan Jungkook.'Jungkook menangis lalu meraup mukanya.

'Kami tahu kami salah.sepatutnya kami tidak buat perkara macam tu. Kami pun tidak sangka yang perkara macam ni boleh berlaku.Maafkan kami.'Kata Rap monster.

'Jungkook tidak salah hyung-hyung..Jungkook dah lama maafkan. Cuma sekarang ni Jungkook amat risaukan Lisa yang masih berada di ICU.' Kata Jungkook yang faham dengan hyung-hyungnya yang nak satukan mereka berdua tapi lain pulak yang jadi.

.....

Selepas beberapa jam. Doktor Minho keluar dari bilik ICU.

'Siapa ahli keluarga cik Lisa?' tanya Doktor Minho.

'Kami.. Macam mana dengan keadaan Lisa sekarang ni doktor?'tanya Jungkook.

'Dia dalam keadaan yang stabil sekarang ni.Cuma dia perlukan banyak berehat. Kami akan pindahkan wadnya. Dan barulah kamu semua menjenguknya. Okeylah.. saya pergi dulu..'kata Doktor Minho.

'Terima kasih doktor.'kata Jin hyung.

'Sama-sama.'jawab doktor Minho.

'Sekarang ni bolehlah kita balik dulu..Lepas tu datang balik..Terutamanya Jungkook-ah..'kata Rap monster.

'Tapi kenapa? Jungkook nak dekat sini..Nak jagakan Lisa.'kata Jungkook.

'Kau dah gila ke? Tengok diri kau tu dulu. Lebih baik kau mandi..bersihkan diri tu..Banyak darah yang ada kat baju kau tu..Kami boleh tengok-tengokkan Lisa untuk kau.. Kau balik lah dulu.. Jangan bawa sangat sikap terburu-buru kau tu..'kata Suga hyung yang tengok keadaan Jungkook macam tidak tentu arah.

'betul kata Suga-hyung tu..Kita balik dulu.. Kau kena tenangkan diri kau tu..Takkan kau tidak kasihankan Lisa bila dia sudah sedarkan diri nanti. Pasti dia tidak mahu Jungkook macam ni..'rayu Jimin.

Love or Future (COMPLETE)Mga kuwentong kahuhumalingan mo. Tumuklas ngayon