🪐 : 003

722 199 123
                                    

ATLAS melepaskan apronnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ATLAS melepaskan apronnya. Kopi yang masih lagi panas dicicip, menghilangkan kantuknya. Matanya tidak berkelip melihat lukisannya yang baru saja dia selesaikan.

“She looks lovely and lonely at the same time,” dia menyentuh kanvas itu. Wajah Azalea yang tergambar indah itu dipandang tanpa lepas. Entah kenapa, Atlas merasakan ada kesedihan di balik senyuman dan mata indah gadis itu.

“Is there anything I can do for you?” Soalnya sendiri. Mungkin kedengaran agak aneh tapi naluri Atlas mengatakan bahawa mereka berdua merupakan kekasih di kehidupan lalu. Walau tidak ada bukti kukuh, namun ada cebisan memori yang selalu muncul di fikirannya.

Tentang Noah dan Inara.

“I finally met you, yet I don’t know what to do now. Nafasnya dihela. Sejak malam dia menghantar Azalea ke hospital tempoh hari, dia sudah tidak mendengar apa-apa khabar darinya. Nak stalk dekat media sosial, tak tahu apa-apa maklumat pasal Azalea pula. Oh, hari tu beria tuduh Azalea stalker, alih-alih dia yang nak stalk cik doktor kita.

“Let alone the social media, I don’t even know her name yet.” Kepalanya digelengkan perlahan. Atlas mangalihkan pandangannya ke luar tingkap, melihat hujan yang turun lebat di tengah pekatnya malam. Seketika dia menutup matanya, menikmati suara hujan. Damai.

Wajah Azalea terbayang di benaknya, wajah yang sentiasa tersenyum manis namun di balik kemanisan itu, tersembunyi suatu rahsia yang tiada siapa tahu.

“I wanna know more about you,” bisik Atlas perlahan. Dia kembali membuka matanya, mengelus perlahan lukisan sang gadis misteri. Lama dia melayan perasaan sebelum perutnya berbunyi minta diisi.

“Ah kau ni, potonglah!” Atlas memarahi perutnya sendiri. Dia mengerling sekilas jam di dinding. Waktu menunjukkan pukul 11 malam. Langkahnya dibawa ke bilik mandi, membasuh tangannya yang dikotori kesan pensil dan arang. Bajunya diganti dengan pakaian yang lebih bersih sebelum dia mencapai kunci keretanya yang tergantung rapi.

Seperti biasa, jika sudah larut malam begini, Atlas akan memilih untuk makan di kedai mamak tidak jauh dari rumahnya. Hujan yang lebat membuatkan dia tiba di destinasi agak lama dari kebiasaannya.

“Bos, macam biasa!” Atlas memanggil pelayan di kaunter sambil melabuhkan duduk. Pelayan itu menunjukkan simbol ‘OK’ padanya. Regular customer thingy.

Sambil menunggu pesanannya tiba, Atlas membuang masa dengan bermain telefon pintarnya. Aplikasi X menjadi pilihannya. Dia membaca komen yang diberikan pada postingannya, mengatakan lukisannya indah. Atlas menggunakan nama samaran ‘Alastor’ di semua platform sosial medianya, dan nama samarannya itu dikenali sebagai pelukis misteri.

Pelukis yang sentiasa mencarik lukisannya setelah ianya selesai lalu menampalnya semula dengan pembalut luka.

Together Once More Where stories live. Discover now