“NARA...” Gemersik dia berbisik di telinga isterinya. Noah mengeratkan pelukannya pada pinggang ramping isterinya. Kepala Inara yang sedang melentok di atas dadanya dikucup sekejap.
“Hm?” Sahut Inara mendongakkan kepalanya, memandang Noah. Seketika matanya dialihkan kembali pada gugusan bintang yang sedang menghiasi indah langit malam.
“Kalau abang pergi dulu—” belum sempat Noah menyudahkan ayatnya, Inara pantas memotong.
“Abang!” Tangannya laju menepuk dada Noah sedikit kuat.
“Dengar dulu sayang apa abang nak cakap...” Noah senyum segaris cuba menenangkan Inara yang jelas kurang senang. Tahu benar betapa isterinya itu bencikan topik mati, enggan menerima kenyataan yang ajal akan menjemputnya tidak lama lagi.
Inara menghela nafas perlahan sebelum memberikan sepenuh perhatian pada Noah. Wajah Noah yang kelihatan cengkung itu dipandang sayang. Allah, jangan ambil dia dulu, aku masih belum sedia berpisah dengannya. Bisiknya sendiri dalam hati.
“Kalau ditakdirkan Allah jemput abang dulu dari Nara, boleh tak kalau abang nak request something dari sayang?” Senyumnya masih lagi setia menghiasi bibirnya yang pucat. Melihat wanita itu menganggukkan kepalanya, Noah mengucup lagi dahi Inara.
“Promise me you will wait for me in our next life?” Matanya mengunci mata Inara. Ada harapan yang terpancar melalui anak matanya.
Inara ketawa kecil.
“Kelahiran semula tak wujudlah, abang. Kita ni lepas mati kehidupan kita cuma di akhirat,” dia menyudahkan tawanya. Inilah padah terlalu banyak menonton k-drama, yang tidak-tidak saja difikirnya. Agama Islam menolak kepercayaan tentang kelahiran semula kerana selepas mati, tempat kita adalah di akhirat.
“I know, but still...” Noah memuncungkan sedikit mulutnya. Dia tahu perkata itu agak tidak masuk akal tapi—kuasa tuhan tiada apa yang mustahil. Jika Dia berkehendak, maka jadilah ia.
Senyum memekar di wajah Inara. Tangannya mengusap lembut pipi Noah. Benar, kelahiran semula itu tidak wujud, hanya mereka yang bodoh saja yang percaya. Dan mungkin, dia adalah salah satu mereka yang bodoh kerana berharap perkara yang sama.
“I’ve told you before that I will wait you even it takes another life, remember?” Lembut suaranya berkata. Cinta untuk Noah adalah infiniti. Tidak kira berapa banyak kelahiran, kasih Inara akan kekal untuk Noah.
“Walaupun muka abang dah tak handsome macam sekarang?” Keningnya diangkat tinggi, mengundang tawa Inara. Haih Noah ni, sempat lagi puji diri sendiri. Alah biarlah, kalau bukan kita yang puji diri sendiri, nak harapkan siapa puji?
“Tak kira la rupa abang macam mana nanti, you will always be my Noah Hayden.” Inara menyengih menayangkan giginya sambil mengalungkan tangannya pada leher Noah.
“Promise me you will find me, don’t let me waiting for so long.” Lembut dia meminta. Sungguh dia cintakan lelaki ini namun sayang, cinta mereka terhalang masa. Dia tidak punya pilihan lain selain kehilangan seorang Noah Hayden pada akhirnya. Walau sekuat mana dia menolak, Inara tahu, dalam masa terdekat ini perpisahan tetap akan menjadi titik noktah kisah mereka.
Noah mengucup hangat dahi Inara agak lama. Dalam kehidupan yang seterusnya, tidak makhluk mahupun takdir dapat memisahkan mereka. Walau seluruh alam membantah, Noah dan Inara akan tetap bersama.
“I promise you, sayang.”
edited.
YOU ARE READING
Together Once More
RomanceAntara azan yang berkumandang dan loceng yang berdentang. In shadows deep where secrets lie, Two hearts entwined yet bound to sigh, Lost in love's bittersweet embrace, Silent battles mark their place, A hidden thorn that only they know. Also known a...