Bab 3

211 9 0
                                    

Ketika ibu kota riuh sesaknya dengan anak muda, dipinggir kota terkontang kanting sendiri gadis kampung tiada hala tuju. Melarikan diri daripada kampung sehingga ke kota ini. Demi menyelamatkan diri.

Angin begitu dingin membuatkan Hasha merekot kesejukan, tidur di kaki lima menjadi tempat penginapan Hasha setelah datang ke Kuala Lumpur. Disebabkan wang hanya cukup unutuk membeli makanan, Hasha membuat keputusan tidak tidur dimana mana rumah penginapan kerana risau akan hari yang mendatang. Wang yang ada cukup untuk dia makan minum untuk beberapa hari. Wang tabungnya habis digunakan untuk membeli tiket datang ke sini.

"Allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya, warhamhumma kama robbayani soghiro ,Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil, Amin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya, warhamhumma kama robbayani soghiro ,
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil, Amin. Moga Ayah ibu tenang disana, Hasha tak pernah lupa kirim doa dekat ayah ibu." Sayu kedengaran suara Hasha sebelum melelapkan mata.

"Terima kasih untuk hari ni, tutur Deena, tangannya ligat membuka seat belt

Lama dah Rafiq tak bawak Deena keluar, Rafiq mintak maaf sejak dua menjak ni Rafiq busy sampaikan Rafiq abaikan Deena. "

Tersenyum Deena mendengar penjelasan Syed Rafiq, bukan dia taktahu sikap tunangnya yang workholic dalam kerja. Sejak zaman universiti lagi mereka menyulam kasih . Sikap Deena yang pemalu dan lemah lembut menambat hati Syed Rafiq, walaupun pada mulanya Deena melayan Syed Rafiq acuh tak acuh . Ini kerana perangai Syed Rafiq yang kaki perempuan sudah diketahui satu Universiti.
Walaupun Deena tidak melayannya, Syed Rafiq terus mencuba dan mencuba. Lama kelamaan Deena mula jatuh hati terhadap Syed Rafiq, kesungguhan Syed Rafiq dalam memikat Deena ternyata berbaloi sehinggakan mereka mengikat tali pertunangan 4 bulan yang lepas. Setelah berjaya dalam karier masing-masing kedua mereka membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan. Sudah 4 tahun lamanya mereka menyulam kasih tambahan pula, ibu bapa mereka menjalankan perniagaan bersama membuatkan keduanya lebih senang dalam merapatkan hubungan antara dua keluarga.

Bukan tidak mahu membina mahligai bersama lelaki yang disayanginya, kerjayanya sebagai model muslimah membatas kan segalanya. Deena tidak bersedia lagi untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Kerjaya nya baru saja mencanak naik. Tawaran tidak putus putus datang.

"Rafiq," Deena terdiam, berat mulutnya untuk menyuarakan.

"Ada apa apa yang Deena nak bagitahu?." Syed Rafiq bertanya, dia perasan riak wajah tunangnya ingin menyatakan sesuatu.

"Deena dapat tawaran jadi model muslimah dekat London," Syed Rafiq diam menunggu bicara Deena yang seterusnya. "Deena dapat jadi model tetap dekat sana, Deena dah sain kontrak, selama 3 tahun Deena kena stay sana. Bulan depan Deena kena fly ke sana dah. Perkahwinan kita tangguhkan dulu boleh ? Rafiq boleh tunggu Deena?."

Bagaikan batu menghempap dadanya, . "Rafiq ikut yang mana terbaik untuk Deena. Pejam celik kejap je berlalu 3 tahun tu. Rafiq akan tunggu Deena." Ujarnya senyuman diukir, ingin saja mulutnya berkata tidak setuju. Apakan daya memang itu cita cita bakal isterinya






Lek lek dulu okay? Heheh goodnight uolls 💕

ANDAI JODOH️ [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now