DERINGAN telefon meminta untuk dijawab. Dilihat dikaca skrin 'Mama' ini mesti nak membebel Rafiq tersenyum
"Waalaikumusalam, iya nanti Rafiq balik la sana. Rafiq tengah sibuk sekarang ni. Ada masa Rafiq datang jenguk mama okay," Rafiq memujuk ibunya, dia sudah masak dengan perangai ibu nya yang tidak boleh berjauhan dengan anak-anak.
"yaa mama, nanti Rafiq bawak Deena okay? Yaa Rafiq ingat, waalaikumusalam."
Rafiq meyambung kerjanya yang terbengkalai.
Sharifah Yusra mengeluh perlahan, Anak Sulungnya itu umur sudah 30, bukan semakin menurun malahan semakin meningkat, bila dibangkit kan tentang perkahwinan pasti ada saja jawapannya. Tak bersedia lagi lah, nak tumpu kan pada kerja dulu la, walhal bukan dia tidak tahu Tunang anaknya itu yang menyebabkan perkahwinan ini tertunda.
Jika boleh dia ingin secepatnya Syed Rafiq mendirikan rumah tangga. Jika mahu mengharapkan puteri bongsu nya memang kempunan lah nasibnya mahu menimbang cucu. Sharifah Mimie, umur saja matang tapi perangai mengalahkan budak budak.
Dia sudah memaklum kan pada Rafiq supaya membawa Deena makan malam bersama nanti. Bukan mahu menyibuk perihal anaknya tapi dia juga bekeinginan menimbang cucu. Semoga dibukakan pintu hati bakal menantu nya itu untuk mempercepatkan perkahwinan.
HASHA sendirian di rumah, hari minggu begini tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Tiba tiba fikirannya teringatkan lelaki itu. "Syed Rafiq." Meluncur nama lelaki itu dibibirnya . Hasha tersenyum sendiri, tiba tiba saja diri nya teringatkan lelaki itu. Sudah 3 hari dia tidak mendengar khabar berita lelaki itu. Semenjak hari dia merempuh masuk tempoh hari, Hasha tidak lagi bertemu dengannya.
Ditunggu juga jikalau berjumpa di office, tetapi hampa, bayangnya pun tidak dilihat. Hanya Pakleh menjadi orang tengah antara mereka. Pakleh yang membeli barang barang keperluan dan dihantar ke penthouse itu.
Malas mahu memikirkannya Hasha berlalu ke dapur untuk mengisi perut yang kosong.
SEMENTARA itu di Restauran ditengah bandar Kuala Lumpur pasangan kekasih sedang enak menjamu selera. "Mama ajak makan malam dekat rumah malam ni." Syed Rafiq tiba tiba teringat akan pesan ibunya.
Deena tahu bakal mertuanya itu pasti akan membahaskan hal yang sama. "Malam ni Deena ada hal la Rafiq," Deena memberi alasan seboleh nya buat masa sekarang dia tidak mahu berjumpa wanita itu. "Datang la, nanti apa pulak mama cakap. Deena pun dah lama tak datang." Rafiq memujuk tunangnya, dia tidak mahu Sharifah Yusra terasa hati nanti.
"Nanti Rafiq ambil Deena okay." Deena membalas dengan senyuman tetapi hakikatnya hatinya meraung tidak mahu.RIUH banglo Syed Rahman malam ini dengan kehadiran anak dan bakal menantunya. Tidak tekecuali anaknya yang bongsu. "Rafiq dengan Deena bila lagi nak ke peringkat seterusnya, umur pun makin meningkat tak kan tak teringin lagi nak berumah tangga? Orang lain dah beranak pinak, anak bederet kamu bedua bayang perkahwinan pun tak nampak lagi." Sharifah Yusra bersuara. Deena hanya menunduk kan muka, tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan. Itu belum lagi bakal mertuanya tahu yang dia bakal pergi ke London.
"Masing masing nak tumpukan kerja dulu mama, nanti dah stabil baru fikir pasal ni." Syed Rafiq menjawab pertanyaan ibunya, kasihan dia melihat tunangnya yang diam ditanya begitu . "Lama mana lagi nak tunggu Rafiq? Mama dengan papa pun teringin nak timbang cucu sendiri. Kamu pun bukan makin muda." Sharifah Yusra tidak mahu bertangguh lagi hasratnya. Syed Rahman hanya berdiam diri, begitu juga Sharifah Mimie. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
"Makcik, sebenarnya Deena dapat kerja dekat London, 3 tahun kontrak dengan diorang. Deena dah sain kontrak. Rafiq pun izinkan Deena pergi jadi buat masa sekarang memang takda lagi perancangan nak berkahwin." Deena tidak mahu berselindung lebih baik dia berterus terang, dia tidak mahu memberi harapan kepada bakal mertuanya itu. "Mama tak setuju, Deena kamu tahu tak Rafiq ni memang nak sangat kahwin kamu tak kesian ke asyik tanguh tanguh je? Kalau kamu tak boleh teruskan hubungan ni biar makcik cari orang lain je yang sudi kahwin dengan Rafiq" Sharifah Yusra berang. Panas telinganya mendengar pekara itu. "Mama." Syed Rafiq bersuara, kata kata ibunya pasti menyakiti hati Deena
"Yus sudahla depan rezeki ni." Syed Rahman cuba menenangkan isterinya, jarang isterinya marah begini. Sharifah Yusra bangkit meninggalkan mereka.
"Papa kami balik dulu," Syed Rafiq meminta diri.
Sepi , hanya kedengaran lagu lagu di radio. Syed Rafiq memandang sekilas tunangnya. Tidak ceria seprti selalu. "Deena jangan ambil hati apa yang mama cakap, dia tak maksud kan apa yang dia cakap." Sebolehnya dia cuba memujuk gadis kesayangannya.
"Mungkin apa yang mama cakap betul, memang salah saya. Saya tak ambil hati pun. Dah lewat ni saya masuk dulu." Pintu kereta dibuka Deena berlalu masuk tanpa memandang Rafiq. Syed Rafiq mengeluh. Fikiranya buntu. Tidak tahu apa yang hendak dilakukan dia tersepit antara dua wanita yang dia sayangi.
Bagi dekat sis jela Syed Rafiq tu. Kahwin free pun okay jers 😜 maaf kalau hambar . Sis sedih sangat tadi dah taip siap tetiba hilang, terpaksa karang balik 😢 rajin rajin la tekan butang 🌟
YOU ARE READING
ANDAI JODOH️ [SLOW UPDATE]
RomancePeristiwa hitam malam itu, membuatkan Hasha Medina lari membawa diri ke Kuala Lumpur. Perjumpaan tidak sengaja antara Syed Rafiq dan Hasha Medina telah mengubah hidupnya Tatkala rumahtangga yang dibina semakin menemui kebahagian, Deena Azhar kembal...