Bab6

177 13 5
                                    

HARI ini merupakan hari pertama aku disini, walaupun hanya sebagai tukang cuci aku tidak kisah. Asalkan dapat menyara diri sepanjang berada di bandar Kuala Lumpur ini. Aku ditugaskan untuk membersihkan stor-stor bilik mesyuarat dan lain lain. Segalanya berjalan dengan lancar.

"Hasha, Kak Bibah balik dulu no, laki akak dah mai, satg bebai pulak dia duk tunggu lama kat bawah ," suara serak Kak Bibah menyapa gegendang telinga. "Okay kak." Balas aku sambil mengangkat tangan membuat isyarat okay, hari pertama bekerja disini aku sudah mendapat kawan. Walaupun ramai pencuci lain aku lebih selesa bersama Kak Bibah, mungkin kerana perangainya ramah beceloteh membuatkan aku selesa. Kak Bibah asalnya dari Perlis. Boleh tahan pekat jugak utara dia,

haa Kak Bibah duk belah beseri dulu, lepas khawin teruih ikut laki mai
sini. duk rumah taktau nak buat apa tu yang kak cari kerja, boleh la dari duk nganga saja"

Kadang kadang aku pun tak faham apa yang dicakapnya. aku hanya mengangguk faham hahaha

Jam menunjukan 5.15 petang, waktu bekerja telah habis. Aku mengemas barang sebelum begerak pulang. Mujurlah pondok bas dekat. Bolehla aku menahan teksi atau bas yang lalu lalang disitu.

Baru saja melabuh kan punggung sebuah kereta berhenti dihadapanku, seorang lelaki separuh abad turun dari pihak pemandu.

"Cik, tuan Rafiq suruh Pakleh jemput cik untuk dihantar pulang ke rumah."

Hasha segan sebenarnya, kalau boleh dia tidak mahu menyusah kan lelaki itu lagi.

Pagi tadi semasa dia turun ke bawah, dia melihat penuh beg beg pakaian di tinggalkan di ruang tamu.  Ditinggalkan sekeping nota

pakaian untuk kau nanti datang office, pukul 9 pagi driver datang ambik kau.

"tak payah lah Pakleh saya boleh tunggu teksi." Hasha melemparkan senyuman kepada lelaki tua itu.

"Nanti tuan marah saya cik, naiklah. waktu sekarang susah nak dapat bas ataupun teksi. lagi pun langit gelap taklama lagi mesti hujan" Pelawa Pakleh, arahan majikannya harus dia jalankan.

hasha akur, lantas memboloskan diri didalam kereta

Tanpa dia sedari ada mata yang memerhati dari jauh,

" Pakleh, nanti bawak dia pergi beli barang dapur, bagi kad dekat dia" Diputuskan talian. Entah mengapa hatinya mudah sekali membantu gadis itu walaupun tidak sampai seminggu gadis itu dikenali.

aneh bukan?



Mintak maaf laa kalah typo banyak. Nanti sis belek lain okay! Selamat malam semua 😘

ANDAI JODOH️ [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now