Genap sebulan Hasha bekerja disini, selalu juga dia bertembung dengan Syed Rafiq . setiap kali bertembung mata dengan syed rafiq entah mengapa hati hasha bedebar . tidak pernah hatinya bedebar sepeti ini
Entah mengapa sejak lelaki itu membantunya. Fikiran Hasha sentiasa mengenangkan lelaki itu. mungkin kerana terhutang budi pada syed rafiq? atau pun cinta? mustahil lah.... tak kan aku dah jatuh cinta dekat dia kot
dalam hasha sedang mengalamun terdengar percakapan dua orang manusia
" Tak pernah lagi aku tengok boss nak mengamuk macam tu sepanjang aku kerja kat sini. Kesian Tini tak pasal pasal kena hambur."
Hasha memasang telinga mendengar bicara dua orang gadis di pantri.
"Dia ada masalah la tu. Tapi kalini teruk jugak dia mengamuk. Nasib la aku tak kena kalau tak, mahu tekencing aku kat situ" Kata gadis itu sambil menyisip air.
Tidak sempat dicerna apa yang didengari. terdengar namanya dipanggil
"Hasha, hang tolong Kak Bibah sat, tolong ganti kak Bibah kemaih bilik boss, Kak Bibah tak tahan nak membuang dah ni." Kata Kak Bibah, dia menekan nekan perutnya. Barangkali sakit perut nak tercirit
"Pretttss!" Kak Bibah pantas berlari ke tandas untuk melepaskan hajat.
Hasha menggeleng kepala senyuman terukir di bibir "haih, Kak Bibah ni sehari tak buat lawak tak sah." Pantas tangannya mengambil peralatan untuk mengemas.
SYED RAFIQ , mulutnya membaca nama yang tertera di muka pintu itu.
"tok tok tok" Tangannya mengetuk pintu.
"come in" suara dingin itu membuatkan Hasha menelan air liur. Bismillah dibaca sebelum membuka pintu. Dilihat penuh kertas dan fail fail beterabur di lantai.
"Saya diarahkan untuk mengemas bilik tuan. sepi tiada balasan.
"Buat kerja kau" Kata Syed Rafiq tanpa menoleh.
"Baik tuan."
Hasha mengemas satu persatu barang barang yang diteraburkan oleh Syed Rafiq . Tangannya ligat mengumpulkan kertas kertas yang bertaburan. Diangkat bingkai gambar yang sudah pecah itu. Hasha sempat mengerling gambar itu. Kelihatan gambar Syed Rafiq bersama seorang gadis.
'Cantik'
Selesai disusun dikemas semua Hasha meminta diri untuk keluar.
Hatinya sedikit terusik melihat gambar tadi. "Hish apa hal aku ni, biarla siapa pun. Aku takda hak nak ambil tahu." Hasha menampar halus pipinya. Sedar atas ketelanjurannya mengambil tahu hal peribadi lelaki itu.
Ditatap gambar gadis kesayangnya, hancur hatinya bila mengimbas apa yang terjadi . pesanan whattaps yang dihantar dari wanita kesayangannya membuatkan hatinya hancur.
Flashback.
DeenaAzhar.
*Asalamualaikum, Deena harap Rafiq maafkan Deena diatas apa yang Deena nak katakan. Rafiq harap Rafiq dapat teruskan hidup tanpa Deena. Deena rasa kita dah tak boleh teruskan hubungan ni lagi. Deena taknak bagi harapan dekat rafiq. Biarlah Deena dengan kerjaya Deena sekarang. Deena tak bersedia lagi nak jadi isteri . Deena harap rafiq dapat cari penganti. Buat masa sekarang memang Deena tak boleh berkahwin lagi dengan rafiq. Sebab itu Deena ambil keputusan ini. Deena harap rafiq dapat terima. Buat masa sekarng kerjaya Deena lagi penting dari segala galanya. Dah lama Deena impikan semua ini. Takkan mudah mudah Deena nak lepaskan. Deena minta maaf kalau kata kata Deena menguris perasaan rafiq . Deena dah buat keputusan masak masak, kita buat haluan masing masing. Deena minta maaf. Asalamualaikum.Membulat mata Rafiq membaca pesanan Deena. Tanganya pantas mendail nombor gadis itu tetapi hampa, deena menolak . berulang kali syed rafiq mencuba tapi gagal
DEENA termenung melihat ke luar sayap kapal terbang. Taklama dia bakal tiba di bumi London. Dia sudah membuat keputusan untuk meninggalkan Syed Rafiq.
dia tidak mahu lelaki itu terus menunggu . Kerjayanya masih panjang. Panggilan dan whatapps yang masuk semua tidak diendahkan.
Teringat whatapps rafiq yang diterimanya sebelum menaiki kapal terbang.
Future ❤️
What wrong with you deena azhar? Nak biarkan hubungan ni berakhir macam tu? Kenapa dengan awak? benda boleh bawak bincang kan? Jangan buat saya macam ni deena. Awak ingat senang saya nak lupakan apa yang dah kita lalui selama ni? ✅Future ❤️
Sayang please! Pickup the phone. Jangan buat Rafiq macam ni. ✅Me :
Maafkan Deena, tolong teruskan hidup tanpa Deena.Future ❤️
Typing....Tanpa sempat melihat apa yang Syed Rafiq kirimkan Deena pantas menekan. 'Block'
Deena memejam mata. Ingin memulakan hari baru dibumi London.
Dont forget to 🌟
YOU ARE READING
ANDAI JODOH️ [SLOW UPDATE]
RomancePeristiwa hitam malam itu, membuatkan Hasha Medina lari membawa diri ke Kuala Lumpur. Perjumpaan tidak sengaja antara Syed Rafiq dan Hasha Medina telah mengubah hidupnya Tatkala rumahtangga yang dibina semakin menemui kebahagian, Deena Azhar kembal...