Bab5

174 9 0
                                    

Cahaya mentari menusuk mata. Hasha masih berada di atas katil . Lama kelamaan dia terbangun sendiri. Dilihat jam sudah pukul 9, "ya Allah terlepas subuh harini." Hasha meraup rambut yang hampir menutup muka Hasha pantas berlalu pergi menuju ke bilik air .

Haru ini hari pertama dia berada di penthouse lelaki ini. Besar dan amat mewah baginya. Hasha mengenakan tshirt hitam berlengan pendek dan seluar track suit  kepunyaan lelaki itu. Puas dia memujuk lelaki itu untuk mengambil pakainnya di tempat tidurnya sebelum ini . Lelaki itu tidak menghiraukan sebalik lelaki itu menyuruh Hasha memakai bajunya yang ada dirumah itu. Tak ke gila? Hasha hanya diam. Menurut apa yang dikata, sudah diberikan tempat tinggal pun dia sudah bersyukur.

Disebabkan tiada sesiapa dirumah ini selain dia, Hasha tidak mengena kan tudung. Dilawat rumah itu sendirian. Kagum melihat perabot yang disusun, kemas dan cantik. "Mesti mahal barang barang ni, kalau terjatuh matilah aku nak bayar, kerja pun tak lagi" omel Hasha sambil bekelip mata memandang pasu bunga itu , baru saja tangan nya hendak menyentuh pasu itu, terdengar pintu dibuka. Hasha kaget!

Melihat gadis yang ditemuinya semalam tidak mengenakan apa apa dikepala membuatkan Syed Rafiq terkaku. Hasha yang menyedari ketibaan lelaki itu pantas berlaki kebilik. Dikunci pintu bilik ,disentuh dada, jantungnya berdetak laju.

Syed Rafiq masih berdiri dihadapan pintu. Dirasai aneh dirinya. Disentuh dadanya. Apa yang dia rasakan? Dia sendiri tidak tahu . Pantas dia berlalu meletak kan barang barang yang dibelinya di dapur . Dia tahu pasti tiada makanan untuk gadis ini mengisi perut. Silap dia juga masuk tanpa mengetuk. Walaupun dia mempunyai kunci kedua tetapi dia tidak harus berbuat demikian.

Anak tangga dinaiki perlahan , matanya terarah pada bilik gadis itu, dia pasti gadis berada dibilik ini kerana semalam dia sudah berpesan padanya untuk mengguna kan bilik yang terletaknya disebelah kiri . Syed Rafiq mengaru pelipisnya. Tidak tahu harus memulakan dengan bagaimana.

"Nak ketuk ke tak? " Syed Rafiq berfikir sejenak baru saja tangannya hendak mengetuk pintu dibuka dari dalam . Terpacul muka gadis itu dari dalam dengan kepalanya dilitupi tudung. "Aku minta maaf, aku tak sepatutnya buat macam tu, barang basah ada dekat bawah. Kau makan je la apa yang ada dekat bawah tu. Nanti aku suruh anak buah aku hantar baju-baju dekat kau, faham?" Terang Syed Rafiq panjang lebar, baru saja kakinya hendak melangkah pergi terdengar suara gadis itu bersuara.

"Er tuan, boleh saya tahu nama tuan?" Takut takut Hasha bertanya, walaupun dia takut tetapi dia kuatkan diri untuk bertanya lelaki dihadapan nya ini.

"Syed Rafiq." Pantas kakinya menuju ke bawah

Hasha hanya menganguk diam. Tidak berani memandang muka lelaki itu. "Terima kasih Syed Rafiq!" Ujar Hasha perlahan. Senyuman tidak lekang dari wajahnya.




Sis mintak maaf kalau jalan cerita hambar, sis baru nak menulis 😂 samaa baca tu vote laaa sekali 👉🏼👈🏼 yang atas tu sis bagi bayangan ruang tamu rumah Syed Rafiq 😋

ANDAI JODOH️ [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now