TERASA dahaga, Syed Rafiq memberhentikan keretanya di 7elevan, selesai membeli minuman Syed Rafiq berjalan menuju ke porshey nyaa . Baru saja hendak melabuhkan seat belt, terasa kasar pintu kereta di belakang dibuka. Terkedu Syed Rafiq pabila seorang gadis merempuh masuk kedalam keretanya "Kau sapa? Kau buat apa dalam kereta aku? keluar! tegas Syed Rafiq
"Maafkan saya encik! Tolong selamatkan saya, tolonglah." Rayu Hasha . Sungguh, keadaan sekarang membuatkan dia memerlukan bantuan lelaki ini.
Melihatkan dua orang lelaki berlari ke arah keretanya. Syed Rafiq pantas memboloskan keretanya. 1001 soalan bermain difikirannya sepanjang perjalanan.
Sepi antara dua manusia didalam kereta. Hasha bermain jari dihujung baju. Sesungguhnya dia berasa sungguh kerdil saat ini. Dilihat di cermin hadapan, pandangan tajam lelaki itu membuatkan Hasha menelan air liur, takut dan risau menjadi sebati.
Suara Syed Rafiq memecah kesunyian. "Any explaine? Tegas suaranya . Hasha tidak tahu harus memulakan ceritakan dari mana. Teringatkan apa yang terjadi membuatkan Hasha sebak. Matanya berair, air matanya laju menurun.
Aku tanya kan?, kenapa nak nangis? Aku perlukan penjelasan kau kenapa tiba tiba kau masuk dalam kereta aku. Atau pun kau sebenarnya nak rompak aku? Sebab tu kau kata lelaki tu kejar kau? Tuduh Syed Rafiq. Geram bila ditanya gadis itu diam seribu bahasa.
"Tak bukan macam tu encik," Dikesat air mata. Bila masa air mata nya mengalir pun Hasha tidak sedar. Perut Hasha terasa lapar . Sejak tengahari tadi perutnya tidak disi. Gara gara mencari makanan dilorong membuatkan Hasha disekat oleh dua orang lelaki tadi. Katanya mereka mahu menjual Hanaina . Kata mereka ayam kampung sepertinya tengah hangat dipasaran. Disebabkan itu Hasha melarikan diri sehingga dia terlihat kelibat lelaki ini menuju ke kereta. Sepantas kilat Hasha menempah tiket di tempat belakang. Janji dia selamat dari dua orang lelaki itu.
Kreks kreks... kedengaran perutnya berbunyi. Syed Rafiq melihat wajah Hasha yang kemerahan menahan malu.
Signal diberi, Syed Rafiq memberhentikan keretanya di disisi jalan. Dituju saja mana mana kedai berhampiran. "Turun." Arah Syed Rafiq sambil mematikan enjin kereta
Terpinga Hasha, " sebelum awak nak tinggalkan saya kat sini. Awak tolong dengar penjelasan saya dulu. Sumpah saya takda niat nak rompak awak, saya pun tak kenal diorang," Jelas getar suaranya menahan sebak.
Syed Rafiq dapat merasa ketakutan yang dialami oleh gadis ini. "Come, keluar dulu isi perut kau and lepastu baru kau cerita."
Terdiam Syed Rafiq melihat gadis dihadapnnya itu, lapar sangat ke . Sekali boleh hadap 3 pinggan nasi. Tak padan dengan kecik. Gumam Syed Rafiq, tangan nya mencapai air. Matanya tak lepas memandang gadis dihadapanya ini 'cantik' desis hatinya.
Tersedar mata lelaki dihadapannya ini asyik memerhatikannya Hasha memberhenti kan suapan nya yang terakhir. Disorong pinggan tanda sudah selesai. Dihirup perlahan air supaya tidak tercekik baki makanan yang dimakannya tadi. Tidak mahunya dia arwah dekat sini.
"Saya mintak maaf, saya tahu saya dah menyusahkan awak. Saya betul betul terdesak. Saya takda niat nak serbu kereta awak." Teketar ketar Hasha menceritakan kisah yang terjadi tadi. Takutnya makin bertambah apabila lelaki dihadapannya ini tidak memberikan tindak balas. "saya betul betul mintak maaf." Terasa tubir matanya panas . Perasaan takut mula bermain di fikiranya.
Setelah berdiam diri, Syed Rafiq membuka bicara. "Macam mana kalau aku kata aku tak percaya? Macam mana kalau aku kata kau saja reka cerita?" Duga Syed Rafiq dia saja mahu menduga gadis itu. Walaupun dia tahu kemungkinan gadis dihadapanya ini berkata benar. Dari pandangan mata membuktikan gadis ini benar benar ketakutan.
Hasha sudah tidak senang duduk, bagaimana harus dilakukan agar lelaki ini percaya kepadanya sungguh pun dia jujur tetapi dia tiada bukti untuk ditunjukkan. Tubir matanya terasa panas. Esakkan mula kedengaran
Syed Rafiq terkejut dengan reaksi gadis itu. Tidak disangka dia akan menangis disitu . Risau dengan pandangan pelanggan disitu "okay, aku percaya . Aku minta maaf." Terasa kasihan melihat gadis itu . "Boleh aku tanya?" Syed Rafiq bertanya.
Hanya anggukan dibalas gadis itu. "Keluarga kau takda ke? kenapa kau sorang sorang dekat sini. Bahaya."
Dihela nafas, entah kenapa mudah saja Hasha berkongsi cerita dengan lelaki yang baru dikenali nya tadi. Nama pun dia tidak tahu.
Sekali lagi getaran suara Hasha Didengari sebak. Selesai menceritakan, Hasha diam tidak berkutik. Mungkin memikirkan apa yang akan terjadi selepas ini.Sungguh tidak disangka begini perjalan hidup gadis dihadapan nya. Timbul rasa simpati dihati Syed Rafiq. "Kau sekarang tinggal mana? Kau kerja ke tak?" Soal Syed Rafiq sambil mengeluarkan rokok . Kepulan asap mulai keluar melalui rongga mulutnya.
"Saya takda tempat tinggal, saya duduk je dekat mana mana tempat yang boleh berteduh. Kerja takde lagi, saya belum biasa dekat sini tak tahu mana nak pergi. Terbatuk Hanaina apabila terhidu asap rokok.
Melihat gadis dihadapanya tidak selesa Syed Rafiq menghabiskan dalam sedutan terakhir, dipijak baki rokoknya tadi.
"Okay macam ni, kau duduk rumah sewa aku dekat damansara tu dulu. Pasal kerja, nanti kau boleh datang office aku. Dekat sana ada banyak kerja kosong. Terangnya cuba untuk membantu
" Betul ke?," Besinar mata Hasha mendengar kata kata lelaki itu "Pasal tempat tinggal tak apa , saya boleh tidur kat mana mana. Tentang kerja Inshallah nanti saya pergi mintak dekat office awak."
"Kau nak kena kejar macam tadi? Nasib baik tadi kau terlepas. Kalau tidak kau dah jadi perempuan lorong sekarang ni." Sedikit sebanyak kata kata Syed Rafiq membuatkan Hanaina Terasa Hati. Gelengan diberi. "Saya dah dapat kerja pun saya dah bersyukur, terima kasih atas tawaran rumah tu. Senyuman ikhlas dipamerkan.
Terkedu Syed Rafiq melihat senyuman gadis. Manis sekali. "Aku ikhlas tolong kau. Aku harap kau tak tolak. Aku tolong atas dasar simpati sesama manusia. Kau tinggal je situ." Ujar Syed Rafiq sambil tangan nya memangil pelayan . Hasha menghabiskan minuman sebelum mereka berangkat ke rumah barunya.
Kereta Syed Rafiq membolos dalam kepekatan malam menuju ke destinasi.
Syed Rafiq ni garang . Tapi sis suka hahahahahah bye goodnight alls . Penat type harini ❤️💕
YOU ARE READING
ANDAI JODOH️ [SLOW UPDATE]
RomancePeristiwa hitam malam itu, membuatkan Hasha Medina lari membawa diri ke Kuala Lumpur. Perjumpaan tidak sengaja antara Syed Rafiq dan Hasha Medina telah mengubah hidupnya Tatkala rumahtangga yang dibina semakin menemui kebahagian, Deena Azhar kembal...