Thirty ; fact

12.5K 1.4K 703
                                    

"Kau pergi mana?! Kau tau tak kau dah menyusahkan aku untuk cancel kan semua meeting, semua appointment dengan client. Lepas tu nak kena jawab pula wassap Eva yang spamming dekat aku tanya kau mana, dia call kau tak angkat. Dengan mummy kau pergi terjah pejabat cari aku tanya kau mana, projek semua terkendala sebabkan kau. Kau nak kerja ke kau taknak kerja ni?!"

Jungkook menguap mendengar bebelan Taehyung di hujung talian. Wafa yang sedang makan rambutan di sebelah dilihatnya.

"Abang nak?" Jungkook sekadar menganggukkan saja dengan pertanyaan Wafa. Lalu rambutan yang telah Wafa kopek disuakan ke mulut Jungkook.

"Hm, manis macam isteri abang."

"WOI! AKU TENGAH BERCAKAP DENGAN KAU NI!" Wafa tertawa kecil apabila suara Taehyung yang sudah menjerit di dalam talian telefon bergema sehingga dia dapat mendengarnya.

"Apa kau nak?" Tanya Jungkook malas sambil biji rambutan dibuangkan ke plastik yang Wafa telah sediakan.

"Kau tanya apa aku nak? Aku membebel dekat sini, kau buat tak tahu je!"

"Yelah, aku dengar! Aku masuk pejabat petang esok ok? Puas? Aku tak angkat telefon sebab aku off, aku nak tenangkan fikiran. Kalau mummy aku tanya, cakap je aku balik kampung dengan Wafa. Senangkan?"

"Amboi amboi amboi! Habis Ev—"

"Cakap dekat dia aku busy ke apa ke, lantak kau lah. Jangan kacau aku." Setelah itu talian terus dimatikan dengan rengusan kasar.

Jungkook terus mematikan telefonya. Dia tidak mahu kalau ada sesiapa yang mengacaunya saat ini. Telefonya diletakkan ke tepi. Wafa pula sudah mengopek lagi rambutan yang dikait Jungkook tadi, kain niqabnya diangkat sedikit lalu disuakan ke mulutnya.

"Abang, nanti kalau kita dah balik... Wafa nak mula kerja dekat butik muslimah tu boleh tak? Kan aritu Wafa dah pergi interview." Tanya Wafa tiba-tiba. Jungkook mengangkat keningnya.

"Sure. Tapi abang akan upah driver."

"Alah... abang ni—"

"Kalau tak, Wafa tak boleh pergi. Abang tak izinkan." Wafa mencebik di dalam kain niqabnya.

Lama-lama Wafa menjawab ok juga sambil menunduk, tidak mahu membantah. Baru je Wafa ingat mahu naik saja teksi. Tak pun minta Jungkook untuk beli kereta saja dan membiarkan dia memandu sendiri, tak perlulah nak upah driver sekali; memandangkan memang Jungkook akan belikan sebuah kereta juga kerana di rumah hanya ada sebuah.

"By the way... pandai sayang melukis. Abang dah tengok dah lukisan Wafa. Cantik!" Puji Jungkook lalu Wafa mengerutkan dahinya pelik.

Terus Jungkook mencapai buku sketch yang berada di belakangnya lalu ditunjukkan pada Wafa. Wafa membelalakkan matanya. Macam mana boleh ada dekat tangan suami dia pula ni? Pantas saja Wafa mahu merampasnya semula namun Jungkook mengangkat tinggi buku itu agar Wafa tidak dapat mengambilnya.

"Abang amik dekat mana?" Tanya Wafa geram. Sekali dia ingin mengambilnya namun Jungkook terus memegang pergelangan tangan Wafa.

"Bilik Wafa lah. Ada banyak dalam almari masa abang selongkar pagi tadi."

"Abang selongkar almari perempuan?"

"Pembetulan, almari isteri abang sendiri." Jawab Jungkook dengan senyuman nakalnya. Wafa merengus kasar lalu dia membetulkan duduknya kembali, mengalah mungkin.

"Abang pun pandai melukis lah, ingat abang tak pandai melukis? Kalau tak, abang tak kerja buat plan bangunan tu." Wafa menggulingkan biji matanya menyampah. Tak riak tak boleh ke?

[√] Suami dari Neraka ° jjk Where stories live. Discover now