TwoOne ; Secret

13.5K 1.3K 316
                                    


"Seriusly, Wafa! Saya suka sangat rekaan awak ni! Cantik-cantik!" Naik teruja Nurin melihat semua rekaan baju Wafa.

Sampai perkatan 'Wafa' dalam tulisan berangkai; sebagai tandatangan di bawah lukisan itu juga dipujinya Nurin. Wafa sekadar tertawa kecil, malu dipuji-puji sehingga begitu sekali.

"Kalau macam ni lah Wafa, tak payah interview, Wafa dah diterima. Tengok Datin Fatimah tadi gembira betul dengan rekaan Wafa ni."

"Betul ke Nurin? Saya diterima?" Nurin mengangguk yakin. Buku sketch Wafa ditutup dan diletakkan ke tepi. Resume Wafa diberikan semula pada Wafa.

"Soal gaji, Wafa tak perlu risau. Yang sekarang saya nak tahu, bila yang Wafa boleh mula bekerja dengan saya? Wafa cuma perlu buat rekaan yang cantik-cantik lagi macam ni dan datang untuk layan customer tempah baju bila perlu sahaja. Buku sketch ni, saya simpan dulu."

Wafa sudah melepaskan nafas lega. Dalam hatinya tidak henti melafazkan 'alhamdullilah'. Inilah kerja impiannya selama ini. Akhirnya tercapai juga, dari balik kain niqab Wafa tidak henti tersenyum.

"Boleh Cik Nurin bagi saya masa? Saya kena berbincang dengan suami saya."

"Oh, Jungkook? I mean... Taufiq?" Wafa mengerutkan dahinya apabila Nurin mengenali suaminya, siap jeling mata lagi apabila menyebut nama Taufiq. Hati Wafa mula tertanya-tanya.

"Cik Nurin kenal dengan Taufiq?"

"Yeah, ofcourse. Auntie Aisyah dengan Uncle Adam rapat dengan keluarga saya, kami selalu juga bertemu. Beberapa kali jugalah saya jumpa Taufiq. Dia... ok ke layan Wafa?"

Lama Wafa berdiam mendengar soalan Nurin. Lama-lama matanya membentuk eyes smile.

"Taufiq baik orangnya. Dia selalu layan saya dengan baik." Jawab Wafa lambat-lambat.

Nurin sekadar menganggukkan saja walaupun dia tahu pasti Wafa menipu. Selama Nurin bertemu dengan Jungkook, selama itulah dia tidak senang dengan lelaki itu. Angkuh, sombong, bongkak. Tiga perkataan yang boleh diterangkan Nurin.

Nurin terus mencari kad kerja di dalam laci meja pejabatnya itu. Lalu dihulurkan pada Wafa tanpa sebarang bunyi. Dengan pantas kad itu bertukar tangan.

"Ini kad saya, bila-bila masa Wafa dah sedia nak kerja dekat sini, Wafa boleh telefon saya."

"Baik. Terima kasih Cik Nurin. Kalau takde apa-apa, saya pergi dulu? Ni dah nak pukul 3, saya belum solat zohor."

"Ha boleh boleh, jaga diri awak elok-elok ya Wafa. Kirim salam sekali dekat Taufiq." Ayat yang terakhir ditekankan Nurin seakan memerli. Kaca matanya dibetulkan.

Wafa sekadar mengangguk lalu terus bangun dari kerusi. Langkah Wafa diaturkan keluar dari pejabat Nurin yang berada di tingkat 3.

Terus Wafa turun ke tingkat bawah sekali dengan menggunakan lift, di situlah mula-mula dia melihat Datin Fatimah bersama Waheeda. Waheeda yang sedang bersembang bersama rakan sekerjanya, Farisha, menunduk sedikit dan tersenyum pada Wafa sebelum Wafa hilang keluar dari Butik Fashion Muslimah itu.

"Siapa tu?" Tanya Farisha pada Waheeda dengan bibir yang dimuncungkan. Waheeda mengangkat keningnya.

"Bakal pekerja kesayangan Cik Boss."

•••

Mia meraup wajahnya kasar setelah dia masuk ke dalam kereta. Perbualannya dengan Israk kembali menerawang ke dalam mindanya. Perlahan dia mendongak memandang klinik Israk; memandangkan Mia memarkingkan kereta betul-betul di hadapan klinik itu. Air matanya yang masih mengalir di pipi disekanya kasar sebelum cepat-cepat memandu meninggalkan kawasan klinik tersebut.

[√] Suami dari Neraka ° jjk Where stories live. Discover now