Wafa membuka matanya perlahan apabila pintu diketuk. Lalu dia terus bangun dari katilnya dan melihat ke arah pintu. Takkan Jungkook? Sejak Jungkook balik dan cuba memujuknya semalam, dia langsung tidak keluar dari bilik. Malah makan pun tidak, tak lalu. Jungkook pula seakan sudah putus asa sejak dia tidak melayan lelaki itu semalam. Perlahan dia menganbil telefonnya untuk melihat jam.10:03 a.m.
"Wafa... ni mummy. Boleh tak mummy nak masuk sekejap? Mummy sorang je ni." Katanya sambil mengetuk lagi pintu bilik itu.
Dengan pantas Wafa menapak ke pintu bilik. Memandangkan Aisyah kata dia seorang diri, Wafa tidak pula sibuk-sibuk nak mencari tudung. Tombol pintu dipulas dan wajah Aisyah yang tersenyum lemah muncul di muka pintu. Pantas saja Wafa mencapai tangan Aisyah untuk mengucupnya lama.
"Mummy rindu Wafa." Ucap Aisyah dengan getaran suaranya yang ingin menangis.
Tubuh Wafa ditarik ke pelukannya. Rambut Wafa diusap lembut. Wafa pula membalas pelukan ibu mertuanya seerat mungkin. Perlahan Aisyah melepaskan pelukannya dan menghadiahkan ciuman di dahi Wafa.
"Maafkan mummy, disebabkan mummy, Wafa jadi macam ni."
"Ini takdir Allah, mummy. Wafa redha." Jawab Wafa lembut dan tersenyum lebar.
Malangnya, senyuman itu adalh senyuman yang dibuat-buat. Senyuman terpaksa. Senyuman yang menyimpan seribu kesakitan.
"Mummy nak cakap sesuatu dengan Wafa..."
Sementara itu, Adam berada di ruang tamu bawah bersama Jungkook dan Alya. Adam menggeleng kecil melihat keadaan Jungkook yang tidak terurus. Dengan mata sembab, rambut kusut masai. Perlahan paha Jungkook ditepuknya membuatkan lamunan Jungkook mati.
"Maafkan ayah..." Ucap Adam senada. Jungkook sekadar menundukkan saja kepalanya tidak memandang Adam.
"Kalaulah... ayah tak jodohkan Taufiq dengan Wafa, mesti ni semua-"
"Tak. Terima kasih." Pandangan Adam yang dari tadi memandang Alya yang sibuk bermain tab miliknya, terus mengalihkan pandangannya ke arah Jungkook yang memotong ayatnya.
"Terima kasih sebab dah benarkan Taufiq mengawini Wafa Nur Zara. Wafa adalah hadiah paling berharga yang tak pernah Taufiq dapat. Tanpa isteri Taufiq, Taufiq takkan jadi seperti sekarang. Cantik betul takdir Allah. Taufiq tertanya-tanya, apa yang akan terjadi selepas ni."
"Taufiq..." Panggil Adam cuba memintas ayat Jungkook yang ingin diluahkan lagi. Dia tidak sanggup untuk mendengar setiap bait-bait kata Jungkook. Perlahan Adam menunduk rasa serba salah.
"Ayah minta maaf tapi... ayah minta Taufiq kahwin dengan Eva."
Jungkook terus membesarkan matanya memandang ke arah Adam. Dia tertawa kecil lalu menggeleng-geleng. Adam sudah menarik nafasnya dalam, cuba mengaturkan ayat yang sesuai.
"Eva mengandung dan dia nak dakwa Taufiq di mahkamah kalau Taufiq tak mahu berkahwin dengan dia."
"Tapi itu bukan anak Taufiq-"
"Dah buat ujian DNA."
Taufiq tergamam. Lidahnya kelu. Hatinya terus remuk seremuknya. Apa lagi yang Allah nak tunjukkan padanya? Kenapa mesti dia? Kenapa bukan orang lain?
"Tak... tak. Sampai ke tali gantung sekali pun, Taufiq takkan kahwin dengan dia. Taufiq nak lari dari sini, lari dengan Wafa. Jauh dari sini supaya tiada siapa lagi boleh kacau rumah tangga Taufiq."
"Taufiq! Tunggu!"
Jungkook sudah berlari anak naik tangga untuk ke bilik tidurnya bersama Wafa. Panggilan dari Adam langsung tidak diendahkannya.
Pintu bilik tidur dirempuh Jungkook tanpa mengetuk mahupun memberi salam. Wafa yang sedang mengemaskan baju masuk ke dalam luggage dipandangnya bersilih ganti dengan Aisyah yang duduk di atas katil.
Aisyah memandang Jungkook sayu. Wafa pula langsung tidak mengendahkan Jungkook, dia sudah bersiap bertudung dan berniqab, tinggal memasukkan segala baju ke dalam luggage dan meninggalkan rumah ini. Itu saja niatnya kini.
"Sayang... sayang nak pergi mana ni?" Tanya Jungkook lembut namun Wafa tidak menjawab.
Pertanyaan itu seakan menyakitkan hatinya. Pertanyaan yang seakan dibuat-buat tidak tahu tentang apa yang sedang berlaku. Tangan Wafa masih ligat memasukkan baju-baju ke dalam beg bagasi tersebut.
"Wafa.. abang tanya ni." Kali ini Jungkook mendekati Wafa lalu tangan Wafa diraih lembut.
Aisyah yang menjadi pemerhati dibiarkan saja. Dengan pantas Wafa menepis tangan Jungkook sedikit kasad, lalu dia memandang Jungkook dengan pandangan mata yang dingin.
"Saya nak balik rumah mak." Jawab Wafa tanpa apa-apa nada.
Cepat-cepat dia zipkan luggage-nya dan melangkahkan kaki untuk keluar. Jungkook yang terkaku seketika terus mengejar Wafa. Lengan Wafa dipegangnya untuk menahan Wafa. Wafa terus memandang ke arah lain tidak mahu memandang Jungkook.
"Mummy bagitau Wafa semuanya?" Wafa diam tidak menjawab. Perlahan Jungkook menunduk dan tertawa kecil, masih cuba berlagak setenang yang boleh. Namun hatinya yang bercelaru, Allah sahaja yang tahu.
"Wafa... percayalah yang abang-"
"Apalah sangat dimadukan..." Wafa memotong ayat Jungkook. Lalu pandangan dingin diberikan pada Jungkook semula.
"Apalah sangat dapat tahu perempuan lain mengandungkan anak suami saya sendiri... kan?"
Jungkook tergamam dengan kata-kata Wafa yang seakan memerli. Mulutnya terkunci tidak dapat membalas setiap ayat Wafa.
"Saya bukan malaikat Taufiq, saya hanya manusia. Saya juga macam isteri yang lain, siapa terima suami dia kahwin lain kan? Saya tak rela awak kahwin lain, tapi saya kesiankan dia yang dah mengandungkan anak awak. Takpe lah, awak jaga lah dia. Dia lebih memerlukan awak sebab dia sedang mengandung. Saya dah takde apa-apa nak diberi pada awak. Kalau awak sayangkan saya... saya minta awak-"
Ayat Wafa tergantung apabila Jungkook memeluknya erat. Wafa berdiri kaku, sedikit pun pelukan itu tidak dibalasnya. Namun pelukan itulah yang dirindukan Wafa. Jungkook menggeleng-geleng.
"Don't said that word. Please." Rayu Jungkook semahu boleh seakan tahu apa yang ingin diungkapkan oleh Wafa.
"Abang benarkan Wafa pergi. Tapi jangan putuskan cinta kita. Tolong... abang merayu."
Wafa menarik nafasnya sedalam mungkin. Perlahan dia menolak Jungkook dari memeluknya. Wajahnya ditundukkan tidak mahu memandang Jungkook.
"Kalau awak taknak kahwin dengan Eva sekali pun, Kalau Allah dah tulis itulah takdir awak, awak tak boleh menidakkannya, Taufiq." Wafa mengangkat wajahnya lalu tersenyum lemah.
"Saya tak sanggup tapi saya redha dengan ketentuanNya. Terima kasih Taufiq, terima kasih sebab dah beri saya pinjam cinta awak. Saya minta izin awak, untuk benarkan saya pergi. Tolong, redhakan pemergian saya. Kalau awak tak mahu ceraikan saya, awak benarkan lah saya bawa diri sementara waktu."
Jungkook memejamkan matanya sekejap. Dalam hati sudah berdoa kepada Allah, agar Allah menjaga Wafa buatnya. Perlahan Jungkook membuka matanya kembali. Kepala Wafa ditarik lalu ciuman hangat melekat di dahi isterinya.
Lalu Wafa menarik tangan Jungkook untuk disalamnya. Wajah Jungkook dipandang buat kali terakhir. Takut itu akan menjadi betul-betul yang terakhir kalinya. Takut Allah tidak memberi kesempatan untuk melihat wajah suaminya lagi.
Wafa menarik nafasnya sedalam mungkin dan terus berlalu pergi meninggalkan Jungkook. Jungkook tidak menoleh memandang Wafa. Dia takut dia lemah dan sekaligus menukar fikiran. Wafa juga begitu, tidak menoleh lagi. Mata Jungkook dipejam rapat.
Ya Allah, kau jagakan dia untuk aku.
•••
YOU ARE READING
[√] Suami dari Neraka ° jjk
Fanfiction"Aku terima nikahnya Wafa Nur Zara Binti Abdul Malik dengan mas kahwin RM250 tunai." -Taufiq Danial Jeon ••• - Islamic Fanfiction Malay - Cover by @_bunnyeon | B100 Graphic Shop ♥ Cerita ini mempunyai unsur-unsur k...