1

73 5 0
                                    


" Awak, saya dah tak boleh terima awak. Awak dah mess up our relationship. " Kata seorang gadis bertudung bawal berbaju ala ala seorang hipster sambil memerhatikan lelaki  berkaca mata yang mula matanya berkaca dengan air. Tangis seorang wanita itu biasa tapi tangisan seorang lelaki itu amat luar biasa. Keadaan sekeliling hanya ditemani angin sepoi sepoi bahasa dan bunyi bunyi cengkerik yang menghiasi suasana malam itu.

" But, setiap manusia ada peluang kedua kan ? " Cuba lelaki berkaca mata sambil mengusap rambutnya yang semakin serabut ditambah pula keadaan mukanya yang tidak shaved. Penuh dengan jambang acah acah seperti Wak Doyok. 

" For others Yes. But not for you. Once it's broken, You cannot fix it. Selamat Tinggal. " Ucap gadis bertudung bawal sambil meletakkan kembali hadiah yang diberi oleh lelaki tersebut dan meninggalkan lelaki itu keseorangan sepi tiada siapa menemani hati lelaki tersebut.

Samsul atau nama singkatannya Sam hanya dapat melihat langkah keluar gadis itu yang semakin jauh meninggalkannya. Sam sedar akan kesilapannya dan dia cuba memohon untuk memperbaiki cerita cintanya bersama gadis tersebut namun bagi gadis tersebut, cerita cinta mereka sudah jumpa jalan mati. Tiada apa yang dapat diselamatkan dalam cerita cinta mereka.

Namun bagi Sam, setiap manusia perlu diberi peluang kedua untuk memperbaiki kesalahan yang dilakukannya dahulu. Seperti jalan raya yang rosak boleh dibaiki dan diturap sebegitu juga harapannya dalam percintaannya. 

Gadis tersebut yang bernama Yuhanis atau dipanggil oleh rakan rakannya Hanis sudah meninggalkan Sam. Kisah percintaan mereka sudah tamat. Atas satu kesilapan yang dilakukan Sam, mereka yang sebelum ni seperti pinang dibelah dua dan didoa doakan hingga ke jinjang pelamin oleh rakan rakan mereka tidak dapat bersatu kerana kesilapan Sam.

Percintaan mereka tumpas kerana mulut manusia yang tidak boleh dipercayai selagi mereka belum bergelar sahabat atau kawan baik. Silapnya si Sam kerana mempercayai individu yang dia sendiri tidak begitu kenal dan percaya. Dia menceritakan kekurangan dan kelemahan Hanis kepada individu tersebut dan seperti dijangka individu tersebut mencanang habis Hanis kepada khalayak umum. 

Sam mengetus dalam hati dan sangat menyesal akan kesalahannya itu. Jika ada time machine sudah pasti Sam akan gunakannya untuk travel kembali ke masa lampau dan mungkin menampar mulut individu berkenaan. Namun itu hanyalah angan angan sahaja

Yang berlaku telah berlaku dan takkan mungkin untuk tidak akan berlaku. Sam mengambil rokok dalam poketnya. Hanya rokok menemani hatinya yang koyak rabak. 

Mungkin bagi orang lain biasalah putus cinta ini. Banyak lagi wanita yang bagus tapi Sam bukanlah seperti lelaki yang mudah untuk move on kepada orang lain. Sam sendiri akui betapa susah dan sukarnya dia untuk jatuh hati kepada wanita yang benar - benar menepati citarasanya. Bila dah jumpa, dia screw things up. 

" Adakah bahagia aku akan tamat ? " Bermain persoalan demi persoalan dalam pemikiran Sam. 

Sam mengambil telefonnya dan menghantar WhatApps kepada kawan baiknya Eric. 

" Bro, aku koyak . "  

Beberapa minit kemudian Eric membalas What Appsnya. 

" Kau kat mana ? Aku datang sekarang. "

Sam menghantar locationnya dan terus menghabiskan rokoknya. Sam seperti tidak tahu apa yang perlu dilakukannya untuk move on. 


DELWhere stories live. Discover now