3

47 4 0
                                    


Setiap permulaan pasti ada perakhiran, setiap yang hidup pasti akan mati. Peganglah perkara ini dan cuba kita maju ke hadapan. Demikian kata kata seorang penceramah motivasi pagi di siaran tv pada pagi yang dingin, tenang dan santai. Sam menekan butang tutup pada remote control tv nya. Sam masih kesepian. 

Baru - baru ini dia ada menghantar pesanan WhatApps pada Hanis bahawa dia masih merindui Hanis dan ingin memulakan kehidupan yang baru malah juga meminta Hanis untuk memaafkannya. 

Namun, Sam hanya mendapat balasan voice note WhatApps yang berbunyi

" Fuck Off "

Beberapa ketika kemudian, Sam telah diblock daripada berhubung dengan Hanis.

" Fuckkkk " Sam memaki sambil memegang bahagian kepalanya yang menyesal akan perbuatannya dahulu.

Sam kembali mengemas segala peralatan melukisnya untuk dibawa ke kawasan untuk dia mencari rezeki. Sam tahu dan sedar kehidupannya sebagai pelukis ini tidaklah memberi rezeki yang banyak berbilion bilion namun dia senang untuk mencurahkan segala minatnya dalam melukis. Seperti kata orang tua- tua , jika buat apa yang minat murah atau mahal perkara itu bukan perkara penting yang penting keseronokan. 

Sewaktu Sam tengah mengemas, pintu rumahnya diketuk dan diketuk seperti kecemasan yang menakutkan sekiranya mendengar bunyi ketukan tersebut. Sam terus pergi ke pintu rumahnya dan membuka pintu rumahnya. 

BUKKK. Satu tumbukan di bahagian mukanya dan satu lagi tumbukan ditujukan pada perutnya. Menggelupur Sam di hadapan pintunya. Sam melihat seorang lelaki berbadan sasa memakai cermin mata Ray Ban acah acah seperti seorang bodyguard. 

Kemudian seorang lelaki bersut yang kemas seperti CEO Syarikat muncul di belakang bodyguard terbabit sambil bercakap 

" Dah tumbang dah. Lemah. Aku nak tinggalkan sedikit pesanan kat kau, jangan ganggu Hanis. Hanis itu aku punya. Kalau aku tahu kau dekati dia lagi siap kau ! " Pesanan dan amaran CEO Syarikat sambil melepaskan satu tumbukan lagi ke muka Sam.  

Gelak ketawa mengiringi lelaki berkenan sambil dia mengeluarkan kad dan membaling kepada Sam sambil berkata 

" Aku tak nak perkenal diri aku kepada kau tapi kau bacalah kad tu. Kau takkan boleh sentuh aku " Sekali lagi amaran daripada lelaki berkenan lalu mereka berundur keluar dari rumah Sam. 

Pada ketika itu Sam seperti sedar tak sedar pergi ke sisi pintu rumahnya bersandar sambil melihat kad yang dicampak oleh lelaki berkenaan.

Dato Hazmi, Pengerusi Pertubuhan NGO Malaysia dan Ketua Bahagian Parti Terkemuka dan Parti yang memerintah Kerajaan kini. 

Sam memandang kad berkenan dan seperti bersetuju akan amaran terakhir oleh Dato Hazmi iaitu tentang takkan boleh sentuh dia. Politician ruling all the law. Sam seperti tidak dapat melihat dengan jelas dan makin lama penglihatannya makin malap dan terpadam.


................................................................................................................................................................


" Weh bangun weh. dah pukul 10 dah. " gerak Liz sambil menggoncang badan Del. Tidur mati Del selepas hidup dalam disko yang riuh rendah dengan pekikan dan tarian anak muda. 

Del membuka mata yang seperti tidak mahu membangun. Hari ini dia offday. Ambil cuti untuk menyelesaikan passport yang ingin dibuatnya untuk pergi bercuti oversea. Del menggosok matanya dan melihat Liz tengah membelek telefon bimbitnya sambil tergelak gelak seorang diri. 

" Apasal kau gelak Liz ? " tanya Del. 

" Kau try tengok Dato Hazmi ni dah nak kahwin dengan anak dara mana ntah. Kalau that girl know kelakuan sebenar Dato Hazmi ni mesti takkan mahu punya. " jelas Liz sambil tergelak gelak. 

Dato Hazmi. Hampir separuh wanita di ibu kota ini mengenali beliau. Dato Hazmi seorang kaki perempuan, kaki mabuk, kaki judi dan seterusnya yang akan mengeluarkan wang ringgit untuk kepuasan hatinya. Del dan Liz kenal beliau adalah kerana disko yang dikunjungi mereka adalah kawasan rasmi untuk Dato Hazmi berhibur. Beberapa kali Dato Hazmi nak try Del namun Del bijak menolaknya. 

" Kesiannya that girl. Dah la tengok muka nampak baik " Kata Del kepada Liz sambil menggelengkan kepalanya. 

DELWhere stories live. Discover now