4

44 5 0
                                    


" Sam, bangun . Kau dah kenapa muka berlebam begini. Kau kena rompak ke apa ? " Tanya Eric yang baru sahaja membuka pintu masuk rumah Sam. Eric yang mempunyai kunci rumah Sam kelihatan terkejut dengan apa yang terjadi pada Sam. Eric yang dahulunya bekas housemate Sam yang mengunjungi Sam kerana tahu akan keadaaan emosi Sam masih belum stabil memeriksa kawasan sekeliling rumah Sam. 

" Rumah tak bersepah, barang macam tiada apa yang hilang . Ni bukan kerja perompak. Ke kau ada hutang dengan Ah Long ni ? " Eric terus membuat spekulasi dan menekan untuk Sam menjawab soalan Eric. 

" Kejap la aku cerita. Bak rokok aku atas meja tu " Pinta Sam sambil memegang muka yang mula lebam dan ada sedikit berdarah. 

Eric membaling santai rokok Sam dan duduk di hadapan Sam untuk mendengar penjelasan oleh Sam. Sam memberi Eric kad nama Dato Hazmi dan menyalakan rokoknya untuk memulakan perceritaannya tentang apa yang berlaku.

" Dato Hazmi ? Ni bukan ahli politik tu ke ? " Tanya Eric

Sam mengangguk dan menerangkan apa yang terjadi dan amaran tumbukan yang diterima oleh Sam kepada Eric. Eric mengangguk simpati dan mengajak Sam untuk ke Klinik bagi mencuci luka yang diterima oleh Sam. 

Sam hanya diam dan bersetuju dengan ajakan Eric.


................................................................................................................................................................


Del memeriksa telefonnya sambil merokok menunggu pemandu Grab untuk datang pickup Del untuk ke UTC Pudu. Sejak perkenalan Grab ini menyebabkan segala urusan yang perlu diselesaikan dapat dipermudahkan dengan tidak menggunakan kenderaan sendiri . Murah , Jimat dan Tidak menyusahkan. 

Del mendapat notification daripada Dato Hazmi 

" You, I just nak beritahu yang i dah nak kahwin dah. But you don't worry because you still in my mind. You jadi my second wife ok nanti "

Bodoh Miang Jantan ni. Del memilih untuk tidak membalas notification daripada Dato Hazmi . Notification yang telah merosakkan mood Del pepagi ni. 

Pemandu Grab datang pickup dan mereka bergerak menuju ke UTC Pudu. 


................................................................................................................................................................


" Sam, aku nak kena gerak dulu bro, ada emergency sikit. Kau balik sendiri eh. " Eric tergesa gesa seperti ada kecemasan yang tersangat cemas dihadapinya. 

Sam hanya mengangguk dan keluar daripada klinik Ros yang terletak dalam UTC Pudu. Menurut doktor yang memeriksa Sam, tiada apa yang membahayakan Sam cuma luka yang Sam dapat telah dicuci oleh jururawat. 

Setelah selesai proses berkenaan, Sam terus keluar dan ingin merokok sebelum pulang ke rumahnya. Pada hari ini rezeki Sam adalah beberapa tumbukan yang menyakitkan dan bukannya hasil jualan lukisannya. 

Sam telah tiba di kawasan khas untuk perokok sepertinya. Sam ingin menikmati waktu keseronokan ini dengan tenangnya. Sam menyalakan rokoknya dan menghembus asap berkepul kepul. 

Semasa Sam sedang merokok, ada seorang wanita menegurnya dari belakang untuk meminjam lighter. 

Dan ketika saat Sam mengalih untuk melihat wajah wanita yang menegurnya Sam seperti telah kecundang ke dalam lembah kecairan seperti kecundang dalam cairnya cinta. Ya Cinta Pandang Pertama. Wanita yang berkaca mata dan berambut paras bahu sedang memerhatinya dengan aneh. 

Sam terkaku.......


DELWhere stories live. Discover now