6

52 4 1
                                    


Dengan tergesa - gesa Del terus pergi ke ruang merokok di mana situlah tempat terakhir Del berada sebelum mengambil passport. Setibanya Del di situ, telefon I Phone X milik beliau telah hilang dan lelaki yang merokok bersama dengannya juga tiada di situ.

" Tak guna punya lelaki, pencuri " Getus Del dalam hati.

Del terus keluar dari ruang merokok dan cuba mencari lelaki berkenaan di sekitar kawasan UTC Pudu. 

Sementara itu, Sam telah keluar ke ruang di luar UTC Pudu kerana pada hematnya kemungkinan wanita berkenaan berada di kawasan tersebut. Dia cuba untuk membuka telefon I Phone X milik wanita tersebut namun gagal kerana ada passcode.

" WOIIIIIII PENCUURIII !! " Cukup kuat jeritan seorang wanita yang berjaya mengejutkan semua orang di sekitar itu. Sam terkejut dan melihat kepada jeritan tersebut. Rupa rupanya jeritan daripada wanita itu.

" Kau takde duit sangat ke nak mencuri ? " Marah Del kepada Sam yang menarik perhatian lelaki lelaki yang acah acah mahu menjadi penyelamat gadis gadis.

" Kau mencuri ehh? " Soal lelaki asing yang tiba tiba memegang Sam.

" Wait... ini salah faham. Awak yang tinggal telefon ni lepas tu tuduh saya. Cibs. " Sam cuba untuk membela nasib diri. Berlaku sedikit pertengkaran antara Sam dan lelaki asing yang masih mahu menuduhnya. Del terdiam malu dan cuba menamatkan pertengkaran antara kedua lelaki terbabit. 

" Oh ok aku dah dapat phone . Terima kasih abang ya. Kita kira setel la " Del terus cuba beredar diri dan lelaki asing tu menunjukkan tanda jari tengah kepada Sam sebelum meninggalkan kawasan tersebut. 

Sam seperti malas untuk mencari masalah lagi. Dia terus pergi ke arah tempat menunggu bas dan ingin menunggu di situ sahaja. 

Sewaktu Sam berada di tempat menunggu bas, kelihatan sebuah kereta Axia menghampirinya dan cermin penumpang belakang diturunkan dan rupa rupanya Del di situ. 

" Nak tumpang tak ? " cuba Del untuk memberi bantuan. Kemungkinan perasaan rasa bersalah kepada Sam tinggi dan cuba merendahkannya dengan mengajak Sam menumpangnya untuk pergi ke lokasi masing masing. 

" Sini bas lambat nak datang. Jom ah. " Ajak Del. Sam hanya menuruti sahaja. Memang benar kata Del kerana kawasan ini pengangkutan awam masih di tahap yang rendah dan menghinakan. 

Sam memberitahu pemandu Grab dan sistem offline bayaran diadakan untuk memuaskan hati pihak pemandu dan penumpangnya. 

" Aku Del, Nama kau apa ? " tanya Del.

" Aku Sam. " Del mengangguk dan terus meminta maaf atas kejadian tadi. Baginya sikap terburu burunya menjatuh hukum adalah tidak wajar pada Sam. Selepas itu, mulalah mereka berbual bual untuk menghilangkan bosan sewaktu dalam kereta. 

" Kau tinggal sini ? " tanya Del. Sam mengangguk sahaja dan bertanya kenapa kepada Del. 

" Funny things is aku stay sebelah block kau. " Mereka berdua turun bersama sama diiringi dengan gelak ketawa kerana tidak sedar bahawa mereka berdua rupanya berjiran block. 

" Ok Sam. Jumpa lagi. " Del menjabat tangan dengan Sam sambil mengeluarkan pen di dalam poketnya dan menulis nombor telefonnya di tangan Sam. 

Sam hanya mendiamkan diri sewaktu itu.,

" Call me when you free. " Del terus beredar untuk menuju ke arah blocknya manakala Sam membaca nombor telefon Del dan mula tersenyum seorang diri. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 02, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DELWhere stories live. Discover now