2

54 5 0
                                    


" Takkan kau nak hidup macam ini ? Move on la bro " Ungkapan Eric yang masih terngiang ngiang dalam minda Sam. Masuk hari ini sudah seminggu perpisahan antara Sam dan Hanis. Sam masih teringat akan Hanis. Dia menipu jika sudah melupakan bibit bibit percintaan antara mereka berdua. 

Sam merupakan seorang pelukis. Pelukis jalanan di kawasan - kawasan tarikan pelancong di ibu kota. Sebagai seorang yang menceburi dalam bidang seni ini, sudah semestinya Sam akan melukis gambar Hanis. Banyak lukisan yang dilukis dengan penuh rasa bahagia dan cinta oleh Sam terhasil. Kira - kira 10 lukisan tapi itu semua kenangan sahaja buat Sam. 

Sam mencapai lighter dan membakar lukisan lukisan memori beliau dan Hanis sebagai simbolik kepada semangat Sam untuk move on. Sewaktu lukisan itu dibakar mata Sam mula berair masih belum dapat untuk move on. Dengan tindakan reflectnya, Sam memadam kembali api yang menjilat lukisan tersebut.

" FUUCKKKKK " Pedih tangan Sam kerana cuba memadam api yang menjilat lukisan. Sam sedar akan kebodohannya membakar lukisan itu kerana menyebabkan tangannya pedih pilu seperti hatinya sekarang. 

" Apa yang perlu aku lakukan sekarang ? " kata Sam dalam hati.


................................................................................................................................................................


" Wehh, gerakkan aku kul 10 jap lagi " Pinta Del kepada rakan serumahnya yang sedang leka bermain instastory yang penuh dengan emoji emoji yang diinspirasi oleh Snapchat. Cilok mencilok je kerja pembikin pembikin media sosial ini. 

Rakan serumahnya, Liz hanya mengangguk dan terus bermain dengan lekanya instastory. Del, seorang wanita yang memakai kaca mata yang hipster. Ini kerana Del bukanlah seorang yang rabun namun menurut beliau dengan memakai kaca mata dapat memberi tanggapan yang baik kepada bos syarikat yang beliau berkerja. Mungkin kerana kaca mata dapat menunjukkan kehebatan seseorang melakukan pekerjaan.

Del yang keletihan kerana semalam Del telah berpesta berdisko dengan ligatnya demi untuk menghargai zaman mudanya yang baginya masih belum puas dengan keindahan dunia. Sengal sengal badannya menari bersama sama lelaki lelaki yang langsung tidak dikenalinya menyebabkan Del kehausan tenaga dan letih sewaktu sampai di rumah.

Ya. Del seorang kaki disko, kaki merokok tapi Del masih tidak menjeremuskan dirinya menjadi seorang yang kaki seks seperti random sex or one night stand. Del tidak percaya akan istilah istilah tersebut. Baginya itu adalah tiket untuk menghalalkan kesalahan dan nafsu seorang manusia. Del juga tidak mengambil sebarang minuman arak berjenama negara negara eropah. So, Del hanyalah berdisko dan merokok untuk menghilangkan tekanan hidup sewaktu berkerja dan bernafas. 

Del melihat telefon bimbitnya untuk melihat media sosialnya. Del ternampak Ex nya yang sudah bahagia dengan kekasih barunya. Del teringat akan kenangan bengongnya bersama Exnya. Exnya bernama Dali. Lelaki berkerjaya kolar putih yang nampak normal. Punca utama mereka berpisah kerana si Dali ini lebih mahu memuaskan nafsu jika bersama. 

Del semestinya menolak kerana Del mahukan peristiwa sebegini menjadi kenangan yang paling terindah dan teristimewa dalam hidupnya. And they broke up for the goods. 

" Mesti dah kena dah la minah ni " Getus Del dalam hatinya.

Del terlelap sambil telefon bimbitnya masih berada di tangannya.....

DELWhere stories live. Discover now