" Cik kena tunggu dalam 20 minit lagi ya untuk passport siap " Terang petugas jabatan imigresen di UTC Pudu. Del hanya tersenyum sinis. Mungkin penat menunggu giliran untuk proses seperti ini. Del menunggu dari pukul 12 sehingga 2 untuk tiba gilirannya.
Kemungkinan rakyat Malaysia mempunyai wang ringgit yang banyak untuk pergi melancong ke luar negara. Del malas untuk kembali menunggu di kawasan menunggu yang disediakan oleh Pihak Jabatan Imigresen. Del bercadang untuk membuang masa dengan merokok.
Del bergerak keluar dan pergi ke ruang merokok di UTC Pudu. Del mengambil rokok dalam poketnya dan mencari lighter dalam poketnya juga.
" Oh shit " ucap Del dalam hati. Del memandang sekeliling dan hanya ada seorang sahaja yang berada di dalam ruang merokok. Merokok sambil memerhatikan dinding. Apa pasal tu ?
Del terus pergi menepuk belakang dengan perlahan lelaki tersebut dan tujuannya adalah untuk meminjam lighter. Lelaki tersebut mengalih badannya untuk melihat dan secara tiba tiba lelaki tersebut kaku. Hampir 30 saat lelaki tersebut kaku, Del melambai lambai tangannya sambil berkata
" Hello. Are you there ? " Lelaki berkenan kembali daripada kaku menjadi normal. Lelaki tersebut memberikan lighter kepadanya.
Del menyalakan rokoknya dan lighter dikembalikan kepada lelaki tersebut dan mengucapkan terima kasih kerana menyumbang sedikit peratus kepadanya untuk mati cepat.
Mereka berdua merokok dalam keadaan yang diam dan tenang. Hanya asap asap sahaja yang berkumandang di kawasan merokok tersebut.
Del melihat jam tangan dan kelihatan Del sudah kelewatan untuk mengambil passportnya. Dia terus memadamkan rokoknya dan terus bergegas . Dia kedengaran ada suara yang seperti memanggilnya tapi dia tidak mengendahkannya. Dia terus pergi ke Jabatan Imigresen.
.............................................................................................................................................................
" Hello. Are you there ? " Sam kembali daripada kaku dan terus memberikan lighternya kepada wanita terbabit. Mereka berdua merokok dengan tenang. Sambil mereka merokok, Sam memerhatikan tingkah laku wanita berkenaan yang pada masa itu sedang merokok sambil membelek belek telefon pintarnya dan meletak di atas kerusi menunggu.
Sam seperti pernah melihat wajah wanita ini. Akan tetapi dia belum ingat bila dan di mana dia melihat wajah wanita tersebut. Mungkin fikirannya sahaja yang ingin cepat cepat move on kepada wanita yang baru.
Wanita berkenaan melihat jam tangan dan dengan secara tiba tiba dia terus bergegas keluar. Wanita tersebut tertinggal telefon pintarnya di atas kerusi. Sam memanggil wanita berkenaan namun ia sia sia kerana wanita tersebut telah jauh meninggalkan kawasan merokok.
" Telefon I Phone X senang senang je ditinggalkan. Kaya betul awek ni " Kata Sam dalam hatinya. Sam memadamkan rokoknya dan mengambil telefon I Phone X tersebut dan cuba mencari pemiliknya.
................................................................................................................................................................
" Ok ni passport cik, Terima Kasih ya cik. Selamat melancong " Mesra petugas jabatan imigresen bertugas pada kali ini. Del hanya tersenyum dan hanya mahu pulang ke rumah untuk menyambung tidurnya sebelum kembali hidup di waktu malam.
Del terlupa yang dia belum mengorder Grab untuk pulang ke rumah. Dia memeriksa poketnya dan secara tiba tiba dia menggelabah.
" Mana phone aku ! ! "......................
YOU ARE READING
DEL
RomanceSeorang lelaki yang ingin move on dari cinta yang lalu . Dia bertemu seorang gadis yang mengajarnya segala erti dalam kehidupan