Chap 4

18.7K 791 1
                                    

Kedai Buku Dinamik

"Achoo!" Irwina terbersin saat dia menyapu rak buku. Dian mengemas di rak sebelah.

"Jadi apalah yang kau nak buat sekarang? Kerja pun tak dapat." Kata Dian.

"Itu yang aku tak faham. Kau tahu tak betapa semangatnya aku buat interview, tunjuk how desperate aku nak kerja tu tapi last-last tak dapat. Kalau kau tengok gaya interviewer tu memang dah macam nak bagi aku kerja. Sekali...huh habuk pun tak ada. Hampeh aku tak dapat kerja." Irwina membebel.

"Apa yang awak membebel pagi-pagi hari ni Irwin?" soal Kak Julia, pemilik kedai buku itu. Dian dan Irwina tersengih.

"Ni hah si Irwin ni. Dia fail interview lagi." kata Dian. Kak Julia melihat Irwin. Irwin mengangguk.

"Haah. Yang saya geramnya kalau macam tak nak bagi kerja, janganlah bagi harapan yang tinggi. Kesian tau tak untuk orang yang macam saya ni. waahhh kak kalau akak ada kat sana, memang akak rasa macam akak dapat kerja. Interviewer tu punya respon waaahhh memang no joke. Diorang cakap, saya baguslah apalah. Eiii geramnya saya!" Irwina membebel lagi. Dia tidak sedar ada seseorang yang baru masuk ke kedai buku itu dan kini berdiri di belakangnya.

Kak Julia hanya senyum. Dia memandang ke belakang dan bertemu mata dengan seseorang yang berada di belakang Irwina. Dia membuat isyarat supaya seseorang itu tunggu sebentar. Cerita Irwina masih belum habis.

"Kat syarikat mana awak pergi interview?" soal Kak Julia.

"Key Company." Jawab Irwina. Kak Julia terbatuk kecil. Kemudian dia menahan tawa.

"Siapa interviewer awak tu?" soal Kak Julia.

"Saya." Satu suara lelaki berbunyi menyebabkan Irwina berpusing dan melihat lelaki itu.

"Hah dia nilah. Dia ni yang beri harapan palsu....eeikkkk!!!!!" Menyedari dengan siapa dia bercakap terus dia berlari belakang Dian.

Julia mendapatkan Kim.

"Jadi awaklah ya yang tak terima permohonan Irwina?" soal Julia pada Kim. Julia bercekak pinggang. Kim mengangguk. dia pandang Irwina pula.

"Cik Irwina, I'm sorry that I reject your application." Kata Kim. Laju Irwina datang ke hadapan Kim.

"Eh no no. Encik Kim tak patut minta maaf dengan saya. Memang saya tak layak untuk jawatan itu. Saya minta maaf. Saya cuma geram aje tadi." Irwina pula yang rasa bersalah.

"I'm sorry I can't get that job for you Irwin. This guy is just too picky." Kata Julia sambil menyiku lengan Kim.

"Now you put the blame on me?" Kim menjawab.

"Well yeah. You're the boss. You have power to hire your worker." Julia masih rancak menyalahkan Kim.

"Erm... Kak Julia, Encik Kim...saya rasa awkward pula bila encik Kim dan Kak Julia gaduh sebab saya tak dapat kerja." Irwina menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sebenarnya yang beritahu kekosongan jawatan di pejabat Kim adalah Julia.

Kim dan Julia senyum.

"Mungkin kali ini bukan rezeki saya. Maybe next interview saya dapat kerja siapa tahu kan? So Encik Kim dan Kak Julia bolehlah keluar makan sekarang. Isu saya dah habis." Kata Irwina.

"Okay. Please take care of the shop for me." kata Julia sambil mencapai tas tangannya.

"Okay boss!" jawab Irwina dan Dian serentak. Mereka melihat Kim dan Julia sehinggalah mereka berdua hilang dari pandangan.

"Aku rasa tulah boyfriend Kak Julia." Kata Dian.

"Yelah kot. Nama pun sama." Sambung Irwina. Selama hari ini diorang hanya tahu nama boyfriend Kak Julia tu Kim. Hari ini lah baru bertemu empat mata dengan Kim.

"Punyalah handsome si Kim tu." Dian masih belum berhenti bercakap soal Kim.

"Padanlah dengan Kak Julia. Dia tu pun macam model." Irwina menyambung kerjanya. Dian mengangguk.

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now