Chap 47

12.6K 484 27
                                    

Unit 305, King's Apartment

Irwina duduk di meja makan, sambil melihat skrin telefonnyayang gelap. Sesekali dia melepas nafas berat.

Kasar sangat ke ayat aku semalam? Desis Irwina.

Tapi aku ada hak untuk marah. Dia tu buat keputusan sesuka hati. Padan dengan muka dia. Irwina cuba merasionalkan tindakannya semalam. Irwina mengangguk kecil.

Tapi tapi tapi dia dah banyak tolong aku. Boleh je aku slow talk kan? Ugh apa yang patut aku buat ni? Sejujurnya Irwina dihimpit rasa bersalah pada Afif kerana kes semalam.

Wajah sedih Afif yang terakhir kali dilihat ssering bermain di fikirannya membuatkan dia makin rasa bersalah pada Afif.

"Aih kenapa kamu tak makan lagi?" soalan Puan Irma mematikan lamunan Irwina.

"Oh nak makan lah ni." terus Irwina mencapai sudu dan menyuap nasi goreng dari tadi berada di depan matanya. Puan Irma mengambil tempat di depan Irwina.

"Ayah mana ibu?" soal Irwina.

"Keluar. Katanya nak merasa jogging kat tempat orang kaya." Jawab Puan Irma selamba. Irwina ketawa.

"Kamu rasa bersalah kan?" soal Puan Irma. Suapan Irwina terhenti.

"Huh?"

"Semalam. Ibu terdengar apa yang kamu berdua bualkan di luar." Kata Puan Irma. Irwina meletakkan sudunya dan wajahnya berubah. Irwina hanya diam.

Puan Irma melihat Irwina yang mendiamkan diri.

"Kamu belum dengar cerita sebenarnya lagi." sambung Puan Irma. Irwina mengangkat wajahnya.

"Maksud ibu?"

***

The Westin Chosun Seoul Hotel, Seoul, South Korea

Afif berbaring di katil, melihat ke siling biliknya. Sesekali dia mengeluh sendiri. Kemudian dia berpusing ke kiri. Kemudian ke kanan. Semuanya serba tak kena.

"Yang kau resah sangat, tak senang duduk ni dah kenapa?" soal Kim sebaik dia selesai mandi. Tadi sebelum dia masuk bilik air, Afif asyik dengan telefon. Kini setelah dia selesai mandi, Afif seperti orang tak tentu arah pula.

Afif duduk di katil. Dia melihat Kim yang sedang menyarung tshirt. Mereka ingin keluar makan malam kemudian jalan-jalan di sekitar bandar Seoul sebentar lagi.

Afif mengeluh lagi.

"Kami bergaduh." Kata Afif.

"Siapa? Kau dengan Irwina?" soal Kim sambil mengelap rambutnya. Tiada riak terkejut di wajahnya.

"Haah. Macam mana ni Kim? Kalau dia tak nak terima aku dah macam mana?" Afif buat muka sedih.

"Aku tak rasa Irwina macam tu. Korang akan berbaik semula. Percayalah." Kim kini duduk di kerusi bersama telefon di tangannya.

"Kenapa kau tak terkejut bila aku cakap kami bergaduh?" soal Afif.

"Huh? Oh...erm sebab pada aku, kalau satu pasangan tu bergaduh, maknanya itu adalah peluang untuk mereka saling mengenali. It's a good sign if both of you learn from mistake and change yourself. Tapi kalau bergaduh banyak kali dan masing-masing degil tak nak berubah, tak guna juga. So the point here is, learn from that mistake." Kata Kim. Dia tersenyum segarit.

"Bukan kalau tak bergaduh tu lagi bagus ke?" Afif menanti jawapan Kim.

"Then you will never know her. Woman is complicated." Jawab Kim.

Perlahan Afif mengangguk.

Telefon berdering dan Kim tersenyum lebar.

"My beloved wife call. So kau pergi bersiap. Later kita keluar makan." Kata Kim kemudian terus dia berjalan keluar dari bilik itu.

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now