Apartment Afif
Afif berbaring di sofa di ruang tamu. Perutnya yang sudah menyanyi lagu keroncong tu dia tidak pedulikan. Dia masih memandang ke arah kad jemputan kahwin yang berada di atas meja kopi di depan sofa tempat dia berbaring.
Tak boleh brain aku. Kenapa dia mesti bagi kad jemputan kahwin dia kat aku? Ke dia nak menunjuk yang dia dah kahwin dengan orang kaya? That b!
*flashback beberapa hari lepas*
Afif sedang menunggu makanan sampai di Restoran Nando's bila tiba-tiba Lisa datang menegurnya.
"Afif Ryan kan?" tegur Lisa. Di sebelahnya ada seorang lelaki yang segak bergaya. Afif teka itu mesti tunangnya, waris 7S Group.
Afif mengangguk. Tak akanlah dia nak menipu lagi. Bukannya 10 tahun mereka tak berjumpa. Setahun je pun.
"Siapa ni?" soal lelaki itu.
"Oh ni kawan universiti saya dulu." Kata Lisa bersama senyuman.
Huh kawan? Go die lah! Kutuk Afif di dalam hati.
Afif memaksa dirinya senyum.
"Oh hi. Saya Ehsan." Ehsan menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Afif. Afif menyambut.
"Afif Ryan." kata Afif. Saat ini mahu sahaja dia cancel ordernya dan balik ke rumahnya. Tak sanggup dia berhadapan dengan mereka berdua lagi-lagi Lisa. Sakit hati tahu tak!
"Bagilah kad jemputan tu. Kita ada lagi kan baki? Alang-alang jumpa ni." kata Ehsan. Lisa menganggauk dan tanpa teragak-agak dia menghulurkan jemputan kad kahwinnya pada Afif.
Dia ni tak sensitive atau memang tak cerdik? Wei aku ni BEKAS BOYFRIEND KAU TAHU TAK?!
Afif menyambut dengan cuba mengawal riak wajahnya.
"Jemputlah datang kalau ada masa. Kot-kotlah busy kerja kan." kata Lisa. Kemudian mereka berdua pergi.
Afif dah memanas. Ayat terakhir Lisa tu ibarat dia ni masih dia yang dulu - kerja siang malam cari duit.
Wei aku ni lagi kaya dari bakal laki kau lah!
Eh sekarang belum lagi. Tapi akan datang.
*end flashback*
Afif mengeluh. Punca dia sakit ni pun sebab Lisa.
"ARGH!!!" Afif membuang semua benda yang di atas meja kopi itu ke lantai. Dia sakit hati. Dia rasa nak marah.
Marah pada dirinya sebab masih tak dapat nak lupakan Lisa. Dia marah pada dirinya sebab jadi sebegini lemah.
Dia berbaring semula di sofa. Segala dokumen yang Irwina bawa tadi habis berterabur di lantai bersama dengan kad kahwin Lisa.
"Kenapa aku...."
***
Kedai Buku Dinamik
Irwina duduk melepak di kedai buku itu menemani Dian di kedai. Dia balik dari kerja untuk hari itu dan rasa malas nak balik ke rumah lagi. Hayati pula outstation. Kerja dia di pejabat tidak banyak sangat. Sudah hampir 2 hari Afif tidak masuk kerja.
Makin teruk ke dia sakit?
Irwina mengeluh. Dia nak menelefon Afif, dia takut Afif marah dia lagi. Tapi dia risau.
"Woi mengelamun!" cuit Dian. Irwina memandang Dian sekilas kemudian kembali meletakkan kepalanya di meja.
"Kau kenapa macam ni?" soal Dian.
"Afif dah dua hari tak masuk kerja. The last time aku jumpa dia, dia sakit."
"Kau nak cakap kau risau kan dia?" potong Dian. Perlahan Irwina mengangguk.
"Alah dia tu dah besarlah Irwin. Pandailah dia urus diri dia sendiri." kata Dian.
"Tahu tapi kau tahukan Afif tu macam mana. Dia tu kalau sakit, mana nak makan ubat apa semua. Makan pun belum tentu tau. Lagi pula dia duduk sorang-sorang macam tu." Irwina tahulah perangai Afif tu serba sedikit macam mana. Dia kan perbah crush gila-gila kat Afif tu.
"Kau ni...jangan cakap kau suka dia!" tebak Dian. Irwina terkejut.
"Hoi kau jangan. Tak adalah. Aku kan PA dia. Tu antara kerja aku apa. Menjaga kebajikan majikan aku." Kata Irwina.
Aku tak mungkin suka dia lagi. Kan?
"Hmm yelah Irwin. Aku tak nak nanti kau menangis lagi macam tahun lepas." Kata Dian kemudian dia berjalan ke kaunter depan untuk mengunci mesin wang dan mula berkemas untuk tutup kedai.
Irwina memandang ke luar tingkap, ke dalam kegelapan malam itu. Setitik dua titik hujan mulai turun.
Aduh hujanlah pula macam mana aku nak balik dengan skuter aku ni. Huhu.
Irwina melihat titisan hujan saat matanya tertangkap sesusuk tubuh berjalan dalam hujan.
Apahal mamat tu berjalan dalam hujan? Dahlah hujan lebat. Orang gila kot.
Irwina masih memerhati lelaki pelik itu. Lelaki itu berjalan di seberang jalan, berhadapan dengan kedai buku ini. Lama dia perhati lelaki itu. Ada sesuatu yang buat dia rasa familiar tentang lelaki itu. Tiba-tiba lelaki itu rebah.
Irwina terkejut dan terus dia berlari keluar dari kedai buku, menuju ke arah lelaki itu.
"Encik, encik okay ke?" soal Irwina. Dian turut berlari mendapatkan Irwina yang sudah duduk di samping lelaki asing tadi bersama payung.
Irwina memusingkan wajah lelaki dan mereka berdua terkejut.
"AFIF?!"
***
Apartment Afif
"Cik, semua dah selesai." Kata pak guard di apartment Afif sebaik dia keluar dari bilik Afif.
Afif yang pengsan di tepi jalan tadi, di bawa balik ke apartmentnya. Oleh kerana Irwina dan Dian tak larat nak bawa Afif naik, mereka meminta tolong pak guard untuk bawa naik Afif. Nak bawa pergi hospital atau klinik, semuanya dah tutup. Irwina minta tolong supaya pak guard tu tukarkan baju Afif yang basah itu juga. Tak akanlah nak biar dia rehat dengan baju basah macam tu.
"Terima kasih pakcik." Ucap Irwina. Dian turut senyum. Pak guard itu mengangguk dan dia keluar dari rumah Afif.
"Jomlah Irwin kita balik. Aku kesejukan ni." kata Dian.
"Sekejap. Aku nak masuk tengok Afif jap." Irwina masuk ke dalam bilik Afif dengan Dian berada di pintu.
Irwina mencari tuala kering untuk mengelap rambut Afif yang basah.
Kenapa kau jadi macam ni Afif.
Irwina ingin tahu namun siapa dia untuk mengambil tahu tentang hidup Afif.
Afif kerut dahi. Kepalanya sakit. Irwina mencapai gelas air di tepi meja di sebelah katil Afif dan menuang air kedalamnya. Kebetulan dalam begnya ada Panadol. Dikeluarkan Panadol dua biji dan dia mengejut Afif.
"Afif, bangun. Ni makan ubat dulu lepas tu boleh rest." perlahan Irwina mengejut Afif.
Afif yang separuh sedar itu bangun dan dia mencapai Panadol serta segelas air yang dihulur oleh Irwina. Selepas Afif menelan ubat, Afif baring semula dan memejam matanya kembali.
Beberapa minit Irwina di sisi katil Afif, dia kemudian menyelimuti Afif kemudian barulah dia keluar dan menutup pintu bilik Afif. Dian yang memandang dirinya semacam dia buat tidak endah.
Kalau betul firasat aku ni, Irwina masih ada perasaan pada Afif. Dan aku rasa tak sedap hati tentang ni. Tebak Dian.
YOU ARE READING
My Crazy Boss ✅
RomanceAfif Ryan - A guy who is unable to love Irwina - A girl who ONCE have feelings for Afif. Setahun kemudian, mereka dipertemukan lagi sebagai boss dan PA. Macam-macam berlaku sampailah satu tahap Irwina buat kenyataan: "Mula dari hari ini, the only re...