MONX Holdings
Irwina meletakkan beg tangannya di bawah meja sebaik dia sampai ke mejanya. Sempat dia menjeling sekilas ke bilik Afif.
Tak sampai lagi?
Irwina melihat jam tangannya. Sudah jam 8.15 am. Biasanya sebelum jam 8 pagi lagi, Afif sudah terpacak dalam bilik pejabatnya. Hardworking sungguh mamat tu.
Tapi hari ini Afif lambat. Ini pelik. Irwina menghidupkan komputernya dan mula menyiapkan kerja-kerjanya.
Sekitar jam 9 pagi, barulah nampak batang hidung Afif berjalan masuk ke bilik pejabatnya. Melihat Afif sudah duduk, Irwina mengetuk pintu bilik Afif.
"Masuk." Arah Afif.
Irwina masuk dan melihat ada sekotak tisu di atas meja Afif. Afif pula sedang mengesat hidungnya. Hidungnya nampak merah.
Selsema?
"Tengah hari ini sampai petang bos tiada jadual. Cuma petang nanti bos ada majlis makan malam sempena perasmian Hotel Hamilton. Cik Emily minta supaya saya ingatkan untuk bos datang petang ni." kata Irwina.
"Esok ada jadual?" Afif bersandar pada kerusinya. Matanya dipejam. Dia memicit kepalanya.
"Untuk esok, pagi tu bos ada meeting dengan syarikat CK Media berkenaan promotional video untuk resort yang akan dibuka dua bulan akan datang." Irwina membelek planner di tangannya.
"Oh ada satu lagi. Tadi wakil syarikat HoneyBee call saya berkenaan dengan proposal kita untuk melabur dalam R&D mereka. Dan mereka ingin adakan satu meeting dengan bos kalau boleh. Untuk bincang dengan lebih lanjut tentang itu." terang Irwina. Dia memandang Afif.
Afif tidak memberi respon. Matanya terpejam rapat.
Tak akanlah dia tidur?
Perlahan Irwina merapati Afif. Dia melambai tangannya di depan Afif, namun masih tiada respon.
Dia tidur waktu aku tengah bercakap? Huh!
Ke dia tak sihat? Sebab semalam ke?
"Bos." Irwina mencuit bahu Afif dengan pen yang berada di tangannya.
Afif terkejut dan dia terus duduk di kerusinya.
"Sorry. I fell asleep. Ugh..." Afif memicit kepalanya.
"Bos nak saya ambil Panadol?" soal Irwina.
"No need. Saya dah makan ubat pagi tadi. Mungkin ni side effect dia." Kata Afif dengan nada suara yang lemah.
Sah dia sakit. Desis Irwina.
"Bos balik jelah rehat. Dan kalau bos masih tak sihat sampai esok, saya akan batalkan jadual bos esok dan saya aturkan appointment lain dengan mereka. Untuk petang ni pun, saya akan maklumkan pada Cik Emily."
"No need. Saya rest kat sini je. Dah awak boleh dismissed."
Irwina mengangguk dan keluar.
Kalau dah namanya Afif, mana tahu nak dengar cakap orang! Degil!
YOU ARE READING
My Crazy Boss ✅
RomanceAfif Ryan - A guy who is unable to love Irwina - A girl who ONCE have feelings for Afif. Setahun kemudian, mereka dipertemukan lagi sebagai boss dan PA. Macam-macam berlaku sampailah satu tahap Irwina buat kenyataan: "Mula dari hari ini, the only re...