MONX Holdings
Irwina sampai ke pejabat pagi itu namun pejabat Afif masih kosong. Kalau ikutkan jadual, Afif tiada meeting pagi ini. Kalau ada mestilah dia pun ikut sekali dengan Afif.
Pelik. Ini kali kedua Afif lambat. Minggu lepas pun dia lambat. Ke dia sakit lagi?
Irwina duduk di mejanya. Telefon bimbitnya berdering. Segera dia angkat bila nama Afif tertera di skrin telefonnya.
"Hello bos." Sapa Irwina.
"Hello. Aku cuma nak inform *hachoo* hari ni aku tak masuk pejabat. Kalau sesiapa cari aku, cakap aku on leave. Oh lagi satu, nanti waktu rehat ke bila-bila tolong hantar dokumen atas meja aku tu ke apartment aku. Hantar kat pak guard bawah tu pun tak apa. Nanti aku ambil. Faham?" kata Afif. Dari suaranya yang lemah tu, Irwina yakin Afif sakit lagi.
Kali ni sebab apa pula...
"Faham bos." Jawab Irwina. Kemudian terus Afif mematikan talian.
Cepat benor tutup telefonnya. Belum sempat aku tanya apa-apa.
Tapi teruk ke dia sakit?
Ada rasa risau di hatinya. Dia masuk ke bilik pejabat Afif dan mencapai dokumen yang dimaksudnya.
Haih workaholic betul mamat ni. Sakit-sakit pun masih nak kerja.
Irwina hanya mampu menggeleng. Dia kenal Afif namun ada masanya dia seperti tidak kenal Afif. Afif banyak berubah. Dulu Afif boleh dikatakan kaki layan perempuan. Bukan dia tak tahu Afif sudah ada awek sewaktu dia cuba memikat Afif. Cuma apa orang kata, tak cuba tak tahu. Mana tahu kot-kot Afif boleh sangkut pada dia. Namun dia silap. Afif setia orangnya.
Huh I'm a fool for liking him in the first place.
Tapi Afif yang sekarang seperti terlalu dingin. Ada aura yang buat dia ragu-ragu untuk lebih rapat dengan Afif.
Apa yang buat dia berubah ya...
"Cik, kita dah sampai." Kata pemandu Grab sekaligus mematikan ingatannya pada Afif.
"Oh thanks." Irwina turun dari Grab. Dia guna GrabPay je senang.
Ya Allah, bolehnya aku terpikir pasal dia... oh malunya
***
Apartment Afif
"Tumpang tanya, ada resident nama Afif Ryan di sini? Boleh saya tahu dia tinggal di unit mana? Saya PA dia by the way." Terang Irwina pada receptionist di lobby apartment itu.
"Encik Afif tinggal di tingkat 7 unit 4." Kata receptionist itu.
"Thanks." Irwina menekan butang lif. Pintu lif terbuka dan Irwina masuk. Pintu lif tertutup bila dia nampak ada seorang lelaki cuba mengejar pintu lif yang hampir tertutup. Irwina menekan butang menahan pintu lif dari tertutup. Lelaki itu sempat masuk ke dalam lif. Dia senyum.
"Thank you." Irwina mengangguk dan menekan butang ke tingkat 7. Lelaki itu menekan butang ke tingkat 8.
"You baru duduk sini ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni." tegur lelaki berbangsa Cina itu.
"Taklah. My boss yang duduk sini. Saya datang hantar dokumen ni je." Kata Irwina. Dia segan nak terus pandang lelaki ni sebenarnya. Punyalah handsome lelaki ni. Tengok dari gaya jersi dan seluar pendek bersama kasut sukan, rasanya dia mungkin baru balik dari jogging. Tebak Irwina.
Lelaki itu mengangguk.
Ting!
Pintu lif terbuka di tingkat 7 dan Irwina melangkah keluar. Dia mencari rumah nombor 4. Selepas menjumpai rumah itu, dia menelefon Afif.
Panggilan diangkat selepas deringan ketiga.
"Hello." Suara Afif lemah.
"Bos, saya kat luar rumah bos ni. Buka pintu." Kata Irwina.
"Kan aku dah cakap hantar kat bawah je..."
"Saya dah kat depan ni. Buka je lah pintu ni." kata Irwina. Afif merengus sebelum dia mematikan talian.
Tidak lama kemudian, pintu dibuka. Dari celah pintu Afif mengintai ke luar.
"Bagi sini dokumen tu. Dan kau boleh balik." Kata Afif. Irwina dapat melihat rambut Afif yang serabai dengan muka pucat dia tu.
Sah sakit teruk budak ni.
"Bos dah makan ubat belum? Sarapan. Bos dah sarapan?" soal Irwina. Afif mengeluh.
"Banyak cakaplah kau ni. Bagi sini dokumen tu dan balik." Dia tak nak Irwina tengok keadaan dia yang lemah ini.
"Bos..."
"IRWINA STOP!" suara Afif meninggi. Irwina terdiam. Kepala dia tengah sakit dan Irwina pula nak banyak soal.
"I don't need your lecture and stuff. Just hands me that document and go!" tegas Afif berkata. Irwina menghulur dokumen itu pada Afif kemudian Afif menghempas pintu membuatkan Irwina terkejut.
You're going overboard Irwin. That's why he's mad.
Irwina memujuk dirinya supaya tidak menangis. Dia lebih kepada terkejut sebenarnya.
Dia menekan butang lif. Pintu lif terbuka. Dia masuk dengan kepalanya menunduk ke lantai.
"Why you look so sad? Your boss marah you ke?" soalan dari lelaki cina yang tadi dia jumpa buat Irwina terkejut. Tak sangka lelaki ini ingat dia. Irwina sengih.
"Biasalah. Dah buat kerja salah. Memang kena marahlah jawabnya. Hehe." Kata Irwina. Lelaki itu mengangguk. Lelaki itu sudah menukar pakaian kepada kemeja dan slack. Rambutnya disisir kemas.
"Dalam hari ni je dua kali kita jumpa. Macam berjodoh pula." Kata lelaki itu lagi. Irwina ketawa.
"Banyaklah awak ni." bercakap dengan stranger ini sedikit sebanyak menghilangkan rasa terkejut dia dengan Afif tadi.
"Jun Wei.'' Kata lelaki itu tiba-tiba.
"Huh?"
"Nama I, Koh Jun Wei. Mana tahu kita jumpa lagi lepas ni. Boleh kita tegur-tegur." Jun senyum menampakkan eye smile miliknya.
"Irwina. Nama saya Irwina." Jawab Irwina. Teruja juga dia. Jarang dia jumpa Chinese guy yang sebegini peramah.
Lif sampai di tingkat bawah dan mereka berdua keluar.
"Hope we meet again." Kata Jun bersama senyuman sebelum dia melangkah masuk ke dalam sebuah kereta BMW yang sedia menanti di luar lobi.
Sah anak orang kaya!
YOU ARE READING
My Crazy Boss ✅
RomanceAfif Ryan - A guy who is unable to love Irwina - A girl who ONCE have feelings for Afif. Setahun kemudian, mereka dipertemukan lagi sebagai boss dan PA. Macam-macam berlaku sampailah satu tahap Irwina buat kenyataan: "Mula dari hari ini, the only re...