Chap 49

12.7K 504 16
                                    

Satu hari sebelum

Lisa mengekori pergerakan Afif dari jauh.

Kenapa Afif sendiri? Mana perempuan tu? Diorang gaduh ke?

Selepas dia selesai mengurus penceraiannya dengan Ehsan, inilah kerja dia. Mengekori gerak Afif dari jauh a.k.a stalking.

Oh dia masuk cafe.

Laju Lisa mengekori bila tiba-tiba ada orang tarik tangan dia.

"Lepaslah!" kata Lisa sambil matanya tidak lepas dari mengekori bayang Afif yang semakin hilang di antara manusia yang lalu lalang.

"Lisa, ini ke sebab kau minta berpisah?" soal satu suara yang cukup dikenali.

Lisa rasa meluat. Dia pusing menghadap Ehsan dengan muka menyampah.

"Kau nak apa lagi? Kita dah pisah kan. Buatlah hal masing-masing. Tak payah nak masuk campur urusan orang lain."

"Siapa jantan tu?" soal Ehsan.

"Kau tak payah tahulah. Tak ada kaitan dengan hidup kau. Now please excuse me. I'm busy." Kata Lisa.

"Busy stalking orang. Huh. He don't even know you and won't accept you. Kenapalah kau nak buat kerja sia-sia ni." kata-kata Ehsan buat Lisa berpusing.

"He know me and he will accept me. You know nothing about him and us. Kalau kau dah habis bercakap apa yang kau nak cakap, sila pergi. I don't want to see you anymore."

"Apa yang dia ada sampai kau jadi macam ni?" soalan Ehsan buat Lisa ketawa.

"He have everything you don't. And he can give me everything you can't give me. He's a thousand time better than you. And for your information, he is my ex-boyfriend. Puas hati?"

"Oh kiranya kau nak get back dengan ex-boyfriend kau after all this year with me?" soal Ehsan.

"Ya." tanpa berfikir, laju Lisa menjawab soalan Ehsan.

"So please. Jangan muncul depan aku lagi." kemudian terus Lisa pergi meninggalkan Ehsan di situ sendiri.

***

Esoknya, depan D'Book Cafe

Ehsan berjalan tanpa tujuan. Tadi dia ke pejabat Afif, katanya Afif keluar dan dia tidak boleh jumpa dengan Afif melainkan ada appointment.

Shit. Kalau aku jumpa jantan tu, separuh mati aku kerjakan dia. Kalau dia tak muncul, mesti aku dengan Lisa tak berakhir macam ni.

Ehsan mengangkat wajahnya dan melihat Afif berada di seberang jalan. Laju dia melintas jalan untuk mendapatkan Afif.

"AFIF RYAN!!" panggil Ehsan kuat. Afif berhenti dan berpusing. Melihat wajah Afif buat darahnya menyirap.

"Kat sini rupanya kau. DASAR LELAKI TAK GUNA!" Terus satu penumbuk dilayangkan tepat di muka Afif.

Afif hampir jatuh di situ namun tangannya laju menghalang. Dia mengelap bibrnya yang terasa pedih dan melihat darah.

What the hell is happening?! Desis Afif.

"Apa ni bro? Tiba-tiba je." Kata Afif mengawal dirinya. Dia berdiri semula dan memandang Ehsan.

"Tiba-tiba?!" Ehsan menarik kolar baju Afif kuat dan menyebabkan nafas Afif sedikit tersekat.

"Kau kacau bini aku kenapa?! Kau tahu kan dia dah ada suami. Yang kau masih goda dia kenapa?!" soal Ehsan menahan marahnya yang makin membuak selepas melihat wajah Afif yang tidak bersalah.

"Siapa? Lisa?" Afif ketawa kecil.

"Kau pasti aku yang goda bini kau? Not the other way around?" kata Afif dengan senyuman sinis.

My Crazy Boss ✅Where stories live. Discover now