•~•Ivy's Point of View•~•
Hari pertama sekolah untuk tahun ni tiba lagi dan aku masih tak puas hati.
Kenapa cepat sangat cuti pergi eh? Masa cuti aku nak sekolah, masa dekat nak sekolah pulak aku nak cuti. Haihh.
•~•~•~•~•
"Bai mak. Nanti akak hantar surat tau." Kataku sambil peluk mak yang dah tak sabar tengok aku pergi. Mestilah tak sabar, apa je aku buat dekat rumah masa cuti.
"Yelah, dah pergi naik cepat. Nanti tak ada tempat duduk." Ujar mak sambil tersenyum.
Tengah sibuk aku cari gerabak kosong, ada pula orang campak benda dekat aku dari belakang.
"Adoi!" Aku dengan pantas pandang belakang.
"Yo Ivy."
"La, kau ke. Baru ingat nak campak balik benda ni." Kataku sambil ambil benda yang terjatuh tadi. Aku hulurkan benda yang tak diketahui ke arah Hazel, budak Gryffindor macam aku.
"Apa benda ni? Tak pernah aku nampak." Tanyaku kepada Hazel.
"Oh, ni stress ball." Katanya sambil mengambil 'stress ball' tu dari tangan aku.
"Perlu ke baling dekat aku? Boleh je kan kalau panggil aku." Aku ber-facepalm. Dia pulak hanya tersenyum macam kerang busuk.
"Ehem." Suatu suara yang tak diketahui datang dari belakang Hazel.
Aku kenal sangat siapa dia tu. Daniel, year 5, Slytherin yang bajet hebat. Kawan dia, kalau kau boleh panggil dua orang budak kat sebelah dia tu kawanlah, asyik ikut je dia pergi mana. Entah-entah dia pergi jamban pun dua ekor tu nak ikut. Eh, apa aku ni. Aku ni prefect, mana boleh fikir macam ni.
"Boleh jalan tak? Jangan buat mesyuarat tingkap dekat sini. Menghalang jalan tau. Kalau nak catch-up pun janganlah dekat tengah-tengah alam." Tengking Daniel kat kitorang sambil smirking.
Boleh tak aku sepak budak ni? Dari tahun lepas dia cari pasal dengan aku. Apa masalah kau hah?
"Semua budak Gryffindor memang tak ada adab langsungkan korang?" Daniel mengherdik dan dia punya smirk makin melebar lepas nampak muka Hazel yang dah merah dengan attempt nak tahan kemarahan.
"Oh, sori. Tak perasan pulak, betul tak Hazel?" Aku mengajuk cara Daniel bercakap sambil menjeling ke arah dia.
"Tch." Dengan tu, Daniel dengan dua orang pengikutnya beredar tapi tak sebelum dia langgar bahu aku dengan sengaja.
"Ish! Bencilah dia tu! Nak je aku tumbuk dia dekat sini." Hazel meluahkan isi hati yang telah disimpan sepanjang pertemuan dengan Daniel.
"Haih, nak buat macam mana. Perangai dia memang macam tu. Aku pun sakit hati jugak." Aku bersetuju dengan outburst Hazel. "Jomlah cari tempat duduk kosong."
•~•~•~•~•
•~•Hazel's Point Of View•~•
Akhirnya, kitorang terserempak dengan kawan kitorang yang lain iaitu Rossell dan Ethan. Walaupun Rossell ni Hufflepuff dan kitorang tiga orang ni Gryffindor, dia tetap nak kawan dengan kitorang.
Masa lapang kitorang dihabiskan dengan mendengar cerita pasal cuti masing-masing. Macam Rossell, dia kerja part time dekat satu kedai kek ni. Aku pulak sibuk berlatih quidditch sebab perlawan dah nak dekat. Padahal ada lagi 3 bulan. Yang lain tu apa lagi, belajar je la kerja diorang.
YOU ARE READING
Troublemakers
FanfictionDISCONTINUE _Harry Potter Fanfiction_ Sekumpulan pelajar Hogwarts yang berlainan rumah dan year bersepakat untuk meneroka istana Hogwarts untuk menyiasat perkara-perkara aneh yang berlaku sejak kebelakangan ni. Dapatkah diorang menjejak siapa dalang...