Lepas turun dari kereta api, pelajar-pelajar Hogwarts disambut dengan mesra oleh Hagrid, penjaga luar Hogwarts.
"Pelajar year 1 dan pelajar pertukaran sila ikut saya!" Jerit Hagrid kepada pelajar-pelajar yang baru turun dari kereta api.
•~•~•~•~•
•~•Andrew's Point Of View•~•
Wahhh! Besarnya sekolah ni! Hampir sama besar dengan Ilvermorny punya. Tak sabarnya nak check bahagian dalam!
"Wei Aiden! Mesti diorang punya pelajar baik-baik kan?" Aku tanya dekat kembar aku yang tengah duduk kat sebelah aku dalam sampan yang bergerak sendiri.
"Hmm. Kau ni senang sangat percaya diorang. Kau tau tak tadi masa keretapi breakdown kat tengah jambatan tu aku dah risau? Lagi kau suka eh." Kata Aiden. Budak ni sirius sangat la. Nak main-main pun tak boleh.
Tapi betullah masa keretapi breakdown aku pun dah gelabah macam budak lain. Dah lah sejukk!
Anyway, kitorang ni pelajar pertukaran dari Ilvermorny yang kena pindah ke Hogwarts atas sebab-sebab yang tertentu. Sebenarnya Aiden tak nak pindah sebab dia tak suka kena cari kawan baru. Masa dekat sana aku jelah kawan yang dia ada. Tapi disebabkan rumah kitorang lain, dia terpaksa jugak cari kawan.
Untuk menceriakan suasana dalam sampan yang dah hening ni, budak year 1 yang sesampan(ayat ke ni?) dengan kitorang membisu ni pun tak membantu, aku pun berkata.
"Dengar cerita The Boy Who Lived tengah belajar dekat sini! Year 3 kalau tak silap aku. Apa nama budak tu, Larry? Jerry? Aishh, masa nilah otak nak buat hal..." Kataku sambil menggaru kepala yang jelas-jelas tak gatal.
Aiden ketawa sambil menutup mulut. Eleh, nak cover-cover pulak! Puih! "Harry lah. Dari mana kau dapat nama Larry ni Andrew oi?" Katanya lalu memukul dahi aku dengan perlahan. Nasib baik perlahan kalau tak, siap budak ni!
Suara orang yang menunjukkan arah berkata, "Kita hampir sampai! Pastikan tak ada apa-apa yang hilang!"
Tak sabarnya nak belajar dekat sini! Mesti banyak benda menarik akan berlaku.
•~•Rossell's Point Of View•~•
Dah ramai orang tiba dekat dining hall masa aku, Hazel dan Ethan masuk. Baju aku basah lencun sebab terkena hujan tadi. Haihh, kena jemur semalamlah jawapnya.
Kitorang berpisah dan duduk di meja rumah masing-masing sementara year 1 dengan transfer student tiba dan adakan majlis Sorting Hat.
Sambil aku borak dengan kawan Hufflepuff aku, ada pulak orang baling sesuatu dekat aku dari belakang.
Bila aku pandang belakang semua orang macam tak perasan. Siapa cari pasal dengan aku ni?
"Wei, ada orang baling sesuatu dekat aku lah. Kau nampak tak siapa?" Aku tanya budak depan aku. Aku duduk mendepankan tingkap. Jadi aku tak nampak siapa yang baling.
"Eh?" Budak perempuan depan aku ni pun menjenguk-jenguk pandang pelajar dekat belakang aku. "Tak nampak pun. Semua macam tengah sibuk buat kerja sendiri." Katanya sambil memandang ke arah aku dengan hairan.
Meh, biar jelah. Mungkin cuma budak yang memang suka cari pasal.
•~•~•~•~•
YOU ARE READING
Troublemakers
FanficDISCONTINUE _Harry Potter Fanfiction_ Sekumpulan pelajar Hogwarts yang berlainan rumah dan year bersepakat untuk meneroka istana Hogwarts untuk menyiasat perkara-perkara aneh yang berlaku sejak kebelakangan ni. Dapatkah diorang menjejak siapa dalang...