•~•Rossell's Point Of View•~•
Lepas dah habis feast, kitorang di-escort ke common room rumah masing-masing. Pelajar selain year 1 dan transfer student dah gerak dulu sebab nak kemas barang bagai.
•~•~•~•~•
Habis je kemas, kitorang kena ambik jadual kelas dari Professor Sprout.
Masa aku tengah berbual kosong dengan kawan Hufflepuff aku yang lain, tiba-tiba pelajar year 1 dan transfer student masuk ke common room sambil diiringi oleh professor baru. Kalau tak silap aku nama dia Frye kan? Professor Frye.
Dalam kalangan pelajar yang baru tiba, aku dapat nampak seseorang yang membuatkan aku interest untuk berkenalan dengan dia, Andrew Hawkins. Dia tengah berbual dengan seorang pelajar transfer yang ditempatkan di Hufflepuff.
Dia jugaklah yang kedua tinggi dalam kalangan pelajar selepas pelajar transfer yang lagi satu.
"Baiklah pelajar, kamu boleh pergi berjumpa dengan Professor Sprout dan ambil jadual kelas masing-masing. Dan ingat! Jangan keluar dari common room lepas jam 10 malam." Professor Frye mengingatkan semula pelajar-pelajar yang berada di common room Hufflepuff.
"Okay!" Sahut pelajar-pelajar sebelum pergi ke arah Professor Sprout untuk mengambil jadual.
Aku dan kawan yang lain bebual-bual kosong sambil duduk berdekatan dengan pendiang api.
Rasa macam sakit perut lak sebab makan banyak sangat tadi. Peringatan: jangan makan 16 kepak ayam.
"Aku pergi tidur dulu lah." Kataku sambil mengatur langkah menuju ke bahagian dorm perempuan.
•~•~•~•~•
_Esoknya_•~•Aidrew's Point Of View•~•
Aku tak sabar nak teroka istana ni! So excited!! Aku bangun awal semata-mata nak pergi explore tempat ni je.
"Aye lad. Macam mana tidur malam tadi?" Tanya Edward, pelajar year 6 yang sebilik dengan aku.
"Meh, aku tak boleh tidur lena sangat. Dalam pukul 3 pagi baru aku boleh tidur." Aku bersiap untuk ke dining hall sambil memasukkan baju kotor ke dalam bakul yang terletak di sebelah katil aku.
"Aye, aku rasa kau kena bertenang. Dah ada eyebag bawah mata kau." Kata Edward yang masih lagi baring atas katil dia. Dia ni orang Welsh, sebab tu cara cakap dia macam ada loghat. "Nanti mesti tak ada perempuan nak kan dekat kau. Single selamanya lah jawapnya."
"Yelah Edward, whatever you say."
Aku berjalan menuju ke arah pintu bilik tapi terhalang akibat Edward mencampakkan bantal dia kat belakang aku.
"Oi! Pahal kau ni hah?!" Tanyaku dalam nada marah sambil mencampakkan balik bantal dia Edward. Nasib baik dia tengah berdiri hadap aku, kalau tak mesti dah kena dia.
"Tunggulah aku."
•~•~•~•~•
"Lambatnya kau mandi! Buat bilik air ke apa kau ni?"
"Aye, diamlah lad. Kau patut bersyukur aku dah dikira awal tau." Kata Edward yang tengah sikat rambut depan cermin yang tergantung dekat dinding bilik.
"Kau kata 45 minit tu awal?! What the hell is wrong with you??" Dengan muka yang confuse, aku mula berjalan keluar dari bilik dorm.
Pelajar yang sebilik dengan kitorang semuanya masih tidur. Kan dah pukul 7:58, macam mana diorang boleh tidur lagi? Kalau aku dekat rumah ni mesti dah kena carut dengan mak.
"Oi, oi! Wait for me lad!"
•~•~•~•~•
•~•Aiden's Point Of View•~•
Koridor lengang yang hanya mempunyai beberapa orang pelajar lain aku lalui.
Korang nak tau apa aku buat 'pagi-pagi buta' ni? Mestilah tak.
Tapi sebab aku rasa baik hati pulak pagi ni, aku akan bagitau korang. Sebenarnya aku nak larikan diri daripada budak-bud sebilik aku. Kenapa? Diorang tu berlagak pandai sangat, tu je.
"Kalau kau nak tau, Harry Potter lah yang lawan dengan cikgu DADA masa year 1 tau!"
"Hebat gile! I'm impressed."
Macam kenal je suara kedua tu.
"Eh, AIDEN!!"
Yup.
Aku berhenti untuk bagi Andrew catch-up dengan jarak aku. Sekejap je dia dah ada dekat sebelah aku. Kawan dia lagi sorang menjerit-jerit suruh dia tunggu.
"Apa kau buat kat sini sengsorang??" Tanya Andrew. Bila aku pandang muka dia aku nampak sikit emosi... risau? Pahal dia risau lak ni?
"Saje je nak ronda-ronda. Aku bosan." Jawap aku dengan ringkas.
Andrew macam tak percaya dengan aku mula-mula tapi lepaskan.
"Alang-alang kau meroda, kitorang pun nak ikut!" Kata Andrew sambil berjalan seiringan dengan aku. "Lagipun, Edward boleh tunjukkan tempat-tempat. Nanti tak adalah sesat jalan bagai."
"Aye there."
"Kalau tak menyusahkan kan lah." Aku memandang ke arah Edward sambil menunggu jawapan dari dia.
"Its okay mate. Aku pun tak ada benda nak buat sekarang." Edward grinned.
"Then it is confirmed! Edward akan join kita!" Seronok Andrew dibuatnya.
Aku tersenyum sendirian. Baguslah dia dah ada kawan.
Bukan macam aku.
•_•_•_•_•_•
'764 words'
Ayeeee! Kawan Andrew yang baru tu datang dari Nasau, Bahamas. Kalau korang nak tau, aku dapat idea Edward ni dari game 'Assassins Creed Black Flag'. Dia tu lawak sangat sampai aku kena letak dia dalam cerita ni.•_________•
YOU ARE READING
Troublemakers
FanfictionDISCONTINUE _Harry Potter Fanfiction_ Sekumpulan pelajar Hogwarts yang berlainan rumah dan year bersepakat untuk meneroka istana Hogwarts untuk menyiasat perkara-perkara aneh yang berlaku sejak kebelakangan ni. Dapatkah diorang menjejak siapa dalang...