"So what happened, sir ?" Suara Doktor Suraya.
"Everything was fine. But suddenly she started to see things and shouting aloud like she wasn't being herself. I think she was in an illusion or something might possessing her," Kali ini suara Daryl pula kedengaran.
"Her mental is still unstable and she need a lot of time to recover. It is very likely that these kinds of things will be happen again in the future. So you need to restrain her before she started to hurt herself again," Suara Doktor Suraya kedengaran sedikit tegas bercampur risau.
"Is there any other way for me to make her feel more comfortable with her situation right now ? I know she needs a lot of support and I tried to give it to her," Kali ini suara lelaki itu membalas. Macam serius je perbualan mereka. Apa yang mereka cakapkan ? Sudahlah speaking habis.
"You need to make her trust you but trust won't build up overnight. Sooner or later, she will understand that she needs you. Because you are the only one she has right now,"
Aku cuba mengangkat kelopak mata mahu melihat apa yang berlaku tapi gagal. Macam ada batu sepuluh kilogram menahan kelopak mata aku daripada celik.
Kedengaran bunyi pintu dikuak.
"Doctor. Your car has come to get you," Suara Isaac muncul.
"I understand. Do not worry, sir. I have stop the blood and treat her injury as best as I can. She just need a lot of rest and she will come around pretty soon. See you later, Mr. Daryl," Kedengaran bunyi barang diangkat diikuti oleh bunyi tapak kaki.
"Yes. Thank you, doc,"
"I will see you out,"ujar Isaac. Bunyi tapak kaki berjalan keluar dan pintu ditutup kembali.
Suasana menjadi senyap. Tapi aku tahu lelaki itu masih di situ. Di sebelah tubuhku yang terbaring di atas katil. Aku cuba untuk celik lagi tetapi kelopak mata masih tiada tenaga untuk celik. Sekujur tubuh berasa berat dan sakit bagai ada sesuatu yang menghempap aku. Tiba-tiba aku merasakan sentuhan lembut mengenai kepalaku yang ditutupi sehelai tudung. Kemudian, tangan itu membelai kepalaku dengan perlahan-lahan dan berhati-hati seperti membelai anak kucing yang baru kehilangan ibu. Sentuhan itu diikuti satu bisikan manis.
"Please wake up soon, my lady,"
Suara yang hinggap ke cuping kedengaran begitu lembut sekali. Sejuk sehingga ke dasar hati. Hilang terus semua rasa berat yang menghempap aku. Aku terbuai bersama kesedaranku yang kian menghilang. Dunia menjadi gelap semula.
AKU celik. Arrgghh! Badan terasa amat sakit macam ditumbuk berpuluh kali terutamanya dibahagian belakang badan. Kejadian semalam terlintas di fikiran. Aku merenung sekeliling. Ini bilik tidur aku. Langit luar sudah pun cerah. Jam dinding pula menunjukkan pukul lapan pagi. Lamanya aku pengsan. Sambung tidur yang terganggu semalam agaknya. Sekarang mata segar-bugar.
Tangan menyentuh kepala. Berbalut. Ini mesti kerja Doktor Suraya. Yalah semalam kepala aku berdarah sebab main kejar-kejar versi Hindustan termakan buah mahoni dekat tangga. Yang jatuh bergoleknya aku.
Aku turun daripada katil dan berjalan ke pintu. Tombol pintu dipulas. Ketat. Aik ? Pintu tak terbuka. Dipulas lagi berkali-kali tetapi tetap tidak dapat dibuka. Cis! Pintu bilik berkunci. Aku panik. Macam mana kalau lelaki tu sebenarnya seorang psiko. Dia ambil kesempatan ke atas keadaan aku dan culik aku. Sekarang dia nak kurung aku dalam rumah ini selama-lamanya. Liur ditelan. Kasar.
YOU ARE READING
Kesatria Hitamku
Mystery / ThrillerRANKING TERTINGGI #1 - plottwist (Ogos '18) #1 - psikologi (Oct '18) #2 - suspense (Julai & Sept '18) #2 - plottwist (Sept '18) #2 - psikologi (Sept & Nov '18) Genre: Romance Thriller Status: Belum Tamat Luna Esmeralda, dunia keduanya bermula denga...