Bab 24 - Kisah Bulan Dan Matahari

318 28 13
                                    

"Subhanallah," Ucapan keramat itu terlepas daripada mulutku sebaik sahaja mata aku dihidangkan dengan pemandangan dihadapan.

Langit penuh bintang pada malam ini lebih cantik daripada lukisan pada kanvas. Bulan purnama yang terang dan bintang-bintang yang membentuk buruj. Bintang yang sama menyapa orang dahulu kala dan berjuta tahun akan datang. Ini bukan malam pertama aku melihat langit penuh bintang seperti ini tetapi langit malam ini adalah langit paling cantik yang pernah aku lihat dengan bulan yang terbentuk bulat dengan sempurna.

"Here is the best place to see stars and my favourite place in the planet,"beritahu Daryl dengan segaris senyuman yang belum hilang dibibirnya.

"Saya tak pernah tahu wujudnya tempat macam ni dekat sini,"

"Tempat ini tidak berpenghuni. Tak ramai yang tahu tentang pulau kecil ini. Cuma penduduk tempatan di pulau besar sahaja yang tahu pasal tempat ini. Mungkin sebab itu kebersihan tempat ini masih terjamin sebab tak ramai yang mendaki bukit ini,"

Aku terangguk-angguk mendengar penjelasannya lalu berpaling melihat Daryl disebelah. "Awak pernah dengar satu cerita ?"soalku.

"Tentang apa ?"

"Tentang bulan dan matahari,"

Daryl mengerutkan keningnya tatkala mendengar jawapan aku. "Kenapa dengan bulan dan matahari ?"

"Suatu ketika dahulu, matahari pernah berbisik kepada bulan, 'bagaimana saya boleh buatkan awak untuk mengingati saya selama-lamanya ?' Awak tahu apa bulan balas ?"

"Apa ?"

"'Beri saya separuh daripada langit supaya saya takkan lupakan awak.' Maka, matahari terus pinjamkan cahaya dia kepada bulan pada setiap hari untuk bulan terus bercahaya pada waktu malam dan matahari pula akan bercahaya di langit pada waktu siang,"

"Tapi kalau macam itu, matahari dan bulan takkan dapat berada pada langit yang sama,"

"Sebab itu matahari minta pertolongan daripada bintang-bintang. Dia pinjamkan cahaya dia kepada bintang-bintang untuk temankan bulan pada waktu malam macam yang kita tengok sekarang. Bagi saya matahari seorang kekasih yang setia. Walaupun dia tak mampu berada bersama-sama dengan bulan, dia tetap mahu bulan terus mengingati dia dan sanggup memberikan cahaya dia kepada bulan,"

"But for me, Sun is not a true lover,"

Aku hairan. "Maksud awak ?"

"Jika betul matahari sayangkan bulan, dia akan berjuang untuk berada bersama-sama dengan kekasihnya walaupun dia terpaksa menghapuskan bintang-bintang yang berjasa kepada mereka,"jelas Daryl. Dia pun ikut terjangkit dengan mood puitis aku malam ini.

"Hrmmmm okey tapi awak sedar tak ? Matahari sendiri akan membakar dan membunuh bulan jika dia terus berada di sisi bulan. Tidakkah lebih baik jika mereka berpisah dan biarkan bulan terus hidup ?"

Daryl tak balas.

"Jika saya jadi bulan, saya rela berpisah dengan matahari sebab kalau saya mati nanti, matahari akan tinggal sendirian dan bersedih atas kehilangan saya. Setidak-tidaknya matahari masih dapat hidup bahagia dengan terus mencintai bulan daripada jauh. Begitu juga dengan bulan,"

"In other words, there is no place for love and happiness between two different people,"gumam Daryl perlahan dan bernada sayu.

Mata biru itu berpaling mencari mataku. Renungannya kelihatan lembut menyapa pandanganku. "I have questions for you, Luna. Will you answer me ?"

Aku berdehem kecil kemudian menjawab. "Okey,"

"Apa yang awak akan buat jika saya minta awak untuk tidak melupakan saya ? Adakah awak akan terus mengingati saya walaupun saya tiada dalam hati awak ?"duga Daryl sambil mata kami saling bertaut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 01, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kesatria HitamkuWhere stories live. Discover now