Bab 21 - Siapa Sebenarnya Kita

210 19 8
                                    


Aku mencelikkan mata apabila mendengar bunyi dentuman berulang kali dari arah luar. Dentuman tersebut diikuti suara mengerang dua orang lelaki. Aku segera bangun dan mengengsot kebelakang untuk memencilkan diri. Kedua-dua tangan memeluk tubuh sendiri dengan terketar-ketar. Setelah beberapa ketika, keadaan di luar mulai sunyi. Tiba-tiba pintu bilik kurungan dibuka oleh seorang lelaki.

"Si..siapa ?" Mataku berkerut cuba melihat wajah lelaki itu dengan lebih jelas.

Kelibat lelaki itu mendekat sehingga wajahnya terkena cahaya lampu mentol yang malap. Mataku membulat apabila melihat gerangan lelaki dihadapanku ketika ini. Dia adalah Hugo.

"Saya datang untuk bawa cik keluar dari sini," Biji mata Hugo teralih pada rantai besi pada pergelangan kakiku. Selepas itu, dia berlalu ke luar dan kembali semula dengan sebilah kapak. Dia menghampiri aku lagi dan melayang kapak itu tinggi ke udara.

Aku pejam mata kerana takut sehingga telinga menangkap bunyi rantai besi diketuk dengan kuat. Apabila aku membuka mata, Hugo telah memutuskan rantai besi yang merantai kakiku. Sebelah lagi rantai diputuskan dengan sekali layangan. Kapak tersebut dicampak ke tepi dan Hugo mendapatkan aku.

"Cik boleh bergerak ?"

Aku angguk.

"Kita kena cepat,"

"Awak nak bawa saya balik ke vila itu ?"tanyaku takut-takut.

"Tak. Saya nak bawa cik ke tempat baru,"

Aku mengerutkan kening.

"Ikut saya atau tinggal sini,"gesanya.

Aku terdiam seketika kemudian berusaha untuk berdiri. Keluar sahaja daripada bilik tersebut, aku terperanjat melihat dua orang lelaki yang bersama dengan Isaac malam itu sudah terbaring atas lantai. Muka mereka lebam dan mulut mereka berdarah. Dua-dua tidak sedarkan diri.

"Jangan risau. Mereka belum mati,"beritahu Hugo apabila melihat muka aku yang panik.

Aku mengikutnya naik ke ruang atas dan keluar daripada rumah kayu tersebut. Keadaan di luar gelap-gelita. Hugo menyuruh aku berpaut pada hujung bajunya supaya aku tidak kehilangan jejaknya. Sebuah kereta Lexus warna biru sudah menanti di sebatang jalan sebaik sahaja kami keluar daripada hutan tersebut. Entah hutan mana diorang bawak aku. Nyamuk banyak pulak tu. Yelah. Hutan mana takde nyamuk kan.

Pintu di tempat duduk belakang dibukakan untukku. Ini adalah kereta yang pernah dibawa oleh Hugo dahulu ketika mengejar aku yang lari dari rumah.

"Ini kereta siapa ?"

"Kereta saya. Sila masuk Cik Luna," Aku pun masuk ke dalam. Pintu ditutup dan Hugo pun memandu pergi.

Dalam perjalanan, suasana kekok seperti sebelum ini. Hugo mempunyai aura yang lebih baik daripada Isaac. Mungkin sebab dia tak benci aku macam mana Isaac benci aku. Tapi Hugo ini lebih susah untuk bergaul kerana dia jenis orang yang pendiam dan serius dengan kerja dia.

"Ermmm macam mana dengan Daryl ?"soalku cuba untuk membuka perbualan. Namun Hugo hanya mendiamkan diri.

"Dia dah mati ?"tanyaku lagi tapi tetap dibalas dengan kebisuan. Ini membuatkan perasaan aku semakin tak tenteram. Adakah Daryl betul-betul mati ? Apa akan jadi dengan aku sekarang ? Selamat ke aku ikut dia ni ?

"Lebih baik cik tidur dan berehat kerana perjalanan kita masih jauh,"kata Hugo setelah beberapa minit berlalu.

Aku hanya mengangguk dan melemparkan pandangan ke luar tingkap. Titisan hujan mulai turun ke bumi. Aku harap apabila aku bangkit nanti hujan akan berhenti dan langit yang gelap menjadi cerah.

Kesatria HitamkuWhere stories live. Discover now