Bab 19 - Ingatan 2

169 18 4
                                    

"Buka semua baju kau!"arah Mama.

Aku terstatik. Dua orang perempuan dibelakang tersenyum sinis sementara Mama masih dengan muka garangnya. Melihat aku yang masih kaku, Mama bangkit lalu mendekati aku. Pipi aku dicekup oleh jari-jemarinya yang dihiasi kuku palsu yang panjang.

"Lucutkan semua pakaian kau sekarang atau kau nak dipaksa ?"

Aku mengerling dua lelaki tadi yang berdiri di pintu dan hanya memerhati.

Mama menguatkan cengkamannya. "Buang maruah kau jauh-jauh sebab maruah kau takde guna kat tempat macam ini,"

Air mataku mulai tumpah tapi aku cuba melawan rasa. "Apa yang kau nak buat pada aku ?"

Pap! Satu tamparan menyengat pipi kiriku.

"Girls! Tolong dia!"rengus Mama seraya kembali semula ke tempat duduknya dengan muka bengang.

Senyuman dua orang perempuan dibelakang melebar. Mereka menghampiri aku yang sudah mengengsot rapat ke dinding cuba untuk melindungi diri. Namun usahaku sia-sia apabila dua lelaki itu campur tangan. Tubuh aku ditarik ke tengah ruang memudahkan dua perempuan itu menyekat pergerakanku untuk bangun. Aku masih cuba untuk melawan. Tak mungkin aku akan membiarkan tubuhku didedahkan dihadapan mereka.

"Lepaskan aku! Tolong! Jangan buat aku macam ni,"

Dua orang perempuan berhati iblis itu terus-menerus melucutkan pakaian aku satu-persatu bermula dengan tudungku. Bra dan seluar dalam turut dilucutkan sehingga akhirnya tiada cebisan kain yang menutupi kulitku. Badanku ditarik pula supaya duduk menghadap Mama yang diam meneliti setiap sudut tubuhku.

Air mata aku berjuraian jatuh. Maruah rasa dipijak tepat bawah tumit kasut tingginya yang melebihi dua inci. Tubuhku terasa dirogol oleh pandangan mata dua lelaki yang tunduk pada nafsu mata.

"Nice! Kita pakai dia,"putus Mama. Barulah dua perempuan tadi melepaskan cengkaman mereka. Aku segera merapatkan lutut ke dada dan memeluk tubuh yang menggeletar.

"Aku akan bagi kau 'kerja' awal. Kau tahu kenapa ?" Mama menyentuh daguku dengan hujung kipas yang dipegangnya. Lalu daguku ditarik ke atas supaya mendonggak. "Sebab kau cantik especially mata hijau kau. Kau akan membantu aku mendapatkan beribu keuntungan,"

"Kalau 'kerja' yang kau nak aku buat adalah maksiat, aku rela mati dikurung!"

"Shhh! Lepas kau rasa sekali, kau akan lupa kata-kata kau tu," Mama tersenyum sinis. "Lagipun kau takde hak melawan aku. Ini semua bisnes sayang. Kau faham kan ?"

"Aku bukan benda yang kau boleh guna sesuka hati,"

Pap! Lagi satu tamparan kena ke pipi yang sama. Mama berdiri dengan kepala yang ditinggikan. "Selama kau ada di sini, aku akan pastikan kau dilatih cukup-cukup sampai kau takkan berani tanya aku apa-apa soalan. Kau akan jadi patung yang aku dapat pamerkan dengan bangga like my other girls,"

Mama mengerling dua orang perempuan itu yang tersenyum semakin lebar seperti tidak berasa diri mereka dihina langsung sebaliknya dipuji tinggi. Ke mana perginya kewarasan semua orang ?

"Siapkan dia," Arahan terakhir daripada Mama sebelum dia berlalu keluar.

Aku merenung batang tubuh sendiri melalui cermin panjang. Gadis yang terpantul dalam cermin itu jauh berbeza daripada aku hingga aku sendiri tidak kenal. Sehelai dress off-shoulder warna merah burgundy tersarung elok ke tubuhku. Potongan yang kecil dan singkat paras peha menyerlahkan kelangsingan tubuh hourglass aku. Rambut panjangku dibiarkan lepas ke bawah selepas dialunkan sedikit dengan hair curler.

Kesatria HitamkuWhere stories live. Discover now