Isaac mengatur langkah ke arah pagar. Dia menjinjit sebuah beg pakaian.
"Kau dah nak pergi ?" Satu suara menegurnya sebaik sahaja dia keluar pagar. Isaac menoleh ke tepi dan melihat Hugo sudah bersandar pada pagar dengan tangan bersilang.
"Ya. Aku akan balik ke KL malam ini dan fly ke England esok pagi,"
"Perlu ke kau balik England secepat ini ?"
Isaac senyum hambar. "Aku rasa itu lebih baik,"
"Kau akan kembali lagi ?"
"Itu aku tak tahu. Mungkin lepas ini aku akan ditukar ke tempat lain. Tapi sebelum itu aku pasti aku akan kena basuh dulu oleh ayah aku. Kau kan tahu macam mana ayah aku sayang bos melebihi anak lelaki dia sendiri,"
"Tapi bukan ayah kau saja. Kau pun,"
"Sebab itu aku akan serahkan bos kepada kau. Jaga dan lindungi bos untuk aku mulai sekarang,"
"Aku takkan dapat gantikan kau dan takde sesiapa pun yang boleh gantikan tempat kau disisi bos. Kau ada dengan dia lebih lama daripada aku. Jadi aku akan tunggu kau. Bos memerlukan kau lebih dari aku,"
"Thanks Hugo. Aku akan cuba kembali secepat mungkin,"
Sebuah teksi mendekat lalu berhenti dihadapan mereka.
"Sebelum aku pergi, boleh kau tolong sampaikan sesuatu pada bos ?" Muka Isaac serius.
Aku ternganga luas. Dahi berkerut entah berapa lapis. Kemudian kepala mengeleng beberapa kali.
"Are you serious Luna ?"monolog aku sendirian. Mata merenung lagi cermin hadapan. Serta-merta kepala digeleng berkali-kali.
"Ini gila! Doktor Suraya gila. Boleh ke dia bagi aku hadiah ini ? Sheer lingerie ? Siap dengan nota bertulis tangan suruh aku pakai binatang ni malam ini," Aku mencapai sehelai nota kecil yang turut disertakan dalam kotak hadiah pemberian Doktor Suraya. Tulisan tangan yang kemas dan berangkai tertulis padanya bersama dengan nada usikan halus.
Hadiah istimewa daripada saya untuk Cik Luna. Saya tahu tiada sesiapa yang akan mengingatkan cik tentang benda-benda ini so I will play the part. After all, only girls know the secrets and tricks of first night. Malam pertama adalah malam terpenting bagi perempuan. Good luck! ( ^_< ) - Dr Suraya
Dalam kotak itu turut disertakan sebotol minyak wangi yang mahal. Aku merenung pantulan diri sendiri pada cermin dihadapan. Kemudian, aku membelek-belek diri sendiri. Sheer lingerie warna hitam yang tersarung pada tubuh aku membuatkan aku menjadi seksi. Kulit terdedah hampir disetiap bahagian tubuh aku keculi kemaluan dan buah dada.
Kalau aku pakai macam ini depan Daryl, aku rasa dia akan terkejut beruk daripada terpikat dengan tubuh aku. No Luna! Kau takkan pakai macam ini depan dia! Jangan jadi gila! Tapi.... memang perlu ke aku pakai macam ini untuk malam ini ? Kalau dia nak macam mana ? Lagipun dia dah jadi suami aku. Dah tak haram kan ? No! No! Aku tahu malu jadi aku takkan pakai. Sedang aku sibuk berdebat dengan diri sendiri, tiba-tiba pintu diketuk daripada luar.
"Alamak! Mana tuala aku tadi ? Eh mana jubah mandi aku ?" Kelam-kabut aku mencari tempat untuk bersembunyi. Akhirnya aku melompat atas katil dan membalut tubuh aku dengan comforter tebal. Seketika kemudian, pintu dibuka dari luar. Muncul Daryl yang masih memakai baju Melayu putih. Still nampak handsome! Aww!
Riak Daryl beku seketika apabila melihat aku sudah bergulung dalam selimut di atas katil. Dia menutup pintu bilik dan bergerak ke arah aku. Keningnya mula berkerut.
YOU ARE READING
Kesatria Hitamku
Misterio / SuspensoRANKING TERTINGGI #1 - plottwist (Ogos '18) #1 - psikologi (Oct '18) #2 - suspense (Julai & Sept '18) #2 - plottwist (Sept '18) #2 - psikologi (Sept & Nov '18) Genre: Romance Thriller Status: Belum Tamat Luna Esmeralda, dunia keduanya bermula denga...