Bab 14 - Keputusan Daryl

190 21 3
                                    


Ada sesuatu yang hangat dan lembut terasa menyentuh bibirku. Lama. Kekuatan terasa mengalir ke dalam diri.

"Luna!" Aku mendengar suara gemersik itu memanggil namaku. Suara itu bagaikan cahaya harapan dalam kegelapan yang menarikku semula ke realiti.

Kelopak mata bergerak lalu diangkat. Kekaburan mulai jelas. Persekitaran menjadi tajam. Kedinginan udara pula lebih terasa. Kulit bagai membeku namun aku bisa mengumpulkan sedikit kekuatan dalam otakku untuk mencerna situasi.

"Luna ? Awak dah sedar ? Boleh awak dengar saya ?" Wajah lelaki dihadapan menerpa mata. Daryl. Isaac yang berdiri dibelakangnya turut memandang aku. Dia sedang bercakap di telefon dengan muka serius.

Aku merasakan tanganku disentuh dan ditarik ke dalam dakapan lelaki itu seperti kanak-kanak.

"Everything is alright. Awak dah selamat,"

Setitis air mata mengalir turun dari hujung mata. Ada kelegaan dalam hatiku apabila mendengar kata-katanya itu. Seolah-olah kata-kata itu memberitahu aku sudah tidak akan melalui mimpi ngeri itu lagi.

Tubuhku didapati sudah diangkat keluar daripada tab mandi dan kini sedang terbaring atas lantai marmar. Ada tuala putih yang dibentangkan menutupi tubuhku yang masih basah kuyup.

"Bos, saya tak jumpa sesiapa," Hugo muncul dari sebalik pintu.

"As I thought. Isaac ?"

"Saya sudah beritahu pihak hotel. Mereka akan memaklumkan kita jika mereka menemui sesuatu dalam rakaman CCTV,"lapor Isaac.

"Make sure diorang check CCTV di luar hotel juga. Dan you guys cari any possible footage yang berfungsi berdekatan sini,"

"Baik bos,"

"Saya akan ambil kereta," Hugo berlari pergi.

Daryl menarik tuala yang terbentang atas badanku. Dia menanggalkan kotnya dan meletakkannya atas badanku. "Jom balik,"

Dia mengulas satu senyuman lalu mencempung tubuhku ke dalam dakapannya. Aku hanya membiarkan kepalaku terlentuk ke dadanya. Dia membawa aku keluar dari situ.

Isaac mengekor tetapi dia terhenti apabila melihat buku nota kecil yang disediakan di atas meja kopi telah terbuka. Dia mendekat dan mencapai buku nota tersebut. Ada tulisan nombor lima yang diconteng menggunakan marker merah. Muka Isaac berkerut. Dia mengoyakkan helaian tersebut lalu memasukkan ke dalam poket sut. Isaac pun keluar.



Sampai sahaja di vila, aku terus dibawa masuk ke dalam bilik mandi. Tubuhku segera dibaringkan dalam tab mandi.

"Damn it! Your body are freezing!" Daryl menekan punat warna merah dan air panas mengalir keluar melalui lubang-lubang pada dinding tab. Semakin lama semakin memenuhi tab tersebut. Tubuhku yang membeku bagai mulai cair dan makin selesa.

"Isaac! Panggil Dayang. Suruh dia sediakan pakaian yang bersih. And call Dr Suraya too. Luna need to be check immediately,"

"Baik, bos," Isaac yang berdiri di muka pintu segera berlalu pergi.

Daryl memandangku semula. "Feel better ?"

Aku angguk.

"Good," Riak wajah Daryl mengendur. Dia lega.

Tanganku mengepal lengan baju Daryl. "Jangan tinggalkan saya,"ucapku agak lemah.

Daryl merenungku lalu tersenyum nipis. "I won't. Saya akan stay dengan awak sampai Kak Dayang datang,"

Kesatria HitamkuWhere stories live. Discover now