"KIM JONGIN!!" Tiba tiba lampu menyala terang, Kai memandang sekelilingnya sebelum matanya terpaku pada satu susuk tubuh yang ketika itu duduk di sofa sambil berpeluk tubuh. Kalau diteliti dengan lebih dekat, Kai boleh rasakan aura hitam menyelubungi isterinya tapi tetap kelihatan cantik dimatanya.
____Kau membuat isyarat tangan supaya Kai berdiri di hadapan kau. Tetapi sebaliknya yang berlaku, manusia bernama Kai atau lebih dikenali sebagai Jongin itu berundur sehingga belakang badannya bersentuhan dengan satu permukaan yang rata. Kemudiannya lelaki itu memusingkan badan lalu melekapkan dirinya pada dinding. Berharap sangat agar tindakannya itu dapat melindungi dirinya daripada panahan mata seorang isteri yang sangat menakutkan.
"Kenapa awak lambat balik ?" Lembut saja kau bersuara, dalam masa yang sama bangun meninggalkan sofa dan berjalan perlahan menghampiri si suami yang masih lagi berusaha bersatu dengan dinding. Kau menyentuh bahunya, dengan pantas Kai terus mengubah posisi, masih melekat pada dinding tetapi kini dia berdepan dengan isterinya.
"Answer me, Kim Jongin!" Kali ini suara kau bernada tinggi. Geram melihat teletah Kai yang hanya tersengih memandang kau. Tangannya sibuk mengaru kepala, nampak sangat cuba memerah otak mencari alasan yang sesuai bagi menyelamatkan dirinya. Hanya selepas beberapa saat, barulah mulutnya terkumat kamit mengukir kata yang kurang jelas sebutannya, menambahkan rasa panas hati si isteri.
"Jangan cuba nak tipu saya. Kim! Jong! in!" Hampir gugur jantung Kai mendengar jeritan kau itu, Tergugat sedikit sifat kelelakiannya.
"Awak jangan cakap kuat sangat, nanti jiran jiran kita marah~" Kai tidak sedar dia telah membuat satu kesalahan besar. Peringatannya itu lebih memburukkan lagi situasi yang dihadapinya.
"Ada saya kesah? cakap awak pergi mana tadi!!" peduli apa kalau jiran sekeliling marah jika terdengar jeritan padu kau tu, yang penting ianya dapat memuaskan hati.
"S-saya tadi....saya ke-keluar de-d-dengan kawan" Kai tiba tiba gagap, matanya ralat memandang sekeliling rumah, selagi boleh cuba mengelak daripada bertentang mata dengan isterinya.
"Nampak sangat awak dah tak sayang saya~" tangan menekup muka dan kau mula menangis teresak esak. Menjadikan Kai yang sememangnya lurus menjadi lebih blur dari kebiasaan. Perubahan sikap kau secara mendadak menimbulkan persoalan di mindanya, tadi marah, sekarang sedih pula.
"Bila pulak saya kata saya tak sayang awak~" Kai akhirnya membuat keputusan untuk bercerai talak tiga dengan permukaan dinding tersebut dan mula menapak mendekati kau. Jari jemarinya rindu ingin menyentuh isterinya, namun pada saat ianya bersentuhan dengan bahu kau, tangannya ditepis secara kasar.
_____Egonya sebagai seorang suami tercalar sedikit, terasa hati dengan layanan kasar seorang isteri terhadapnya. Tanpa menjelaskan apa kesalahannya, kau telah melukai hatinya secara tidak sengaja. Nasib baik tahap kesabaran Kai masih menebal, mampu lagi mengawal emosi supaya tidak bertindak di luar kawalan.
"Do not touch me! Tadi saya call banyak kali tapi tak dapat, saya text tapi awak langsung tak balas, i really hate you, KIM JONGIN !!!" berdesing telinga Kai bila kau sekali lagi menjerit. Dia juga hampir menitiskan airmata saat mendengar kata benci yang baru sahaja kau luahkan. Besar sangatkah kesalahannya sehinggakan isterinya sanggup membencinya. Tapi sebagai seorang suami dan ketua keluarga, dia harus menguatkan semangat, katakan tidak pada drama queen. Dia perlu berfikiran positif, maybe 'That Time Of The Month'.
"Baby, saya.." isteri meluru masuk ke bilik, meninggalkan Kai sendirian. Definitely 'That Time Of The Month'
Kai me-rewind kembali kata kata isterinya sebelum ini, terutama akan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya. Maka dengan sepantas kilat Kai mengeluarkan telefon pintar miliknya. Alangkah terkejutnya saat mendapati gajet tersebut sudah kehabisan bateri. Memang berasaslah segala tuduhan tersebut, tapi bukan ke reaksi isterinya agak melampau. Rasanya ini bukan kali pertama Kai pulang lewat tanpa meninggalkan sebarang pesanan.