One

258 33 2
                                    

Hidung dan tekak aku rasa gatal dan sakit, disebabkan cuaca yang sejuk sekarang ini aku diserang penyakit selesema. Tanpa berlengah lagi aku capai jaket dan disarung ketubuh. Tak lupa juga snapback ku.

Aku menapak ke kedai 7eleven itu. Sesekali aku gosok kedua tapak tangan untuk menghasilkan haba agar tubuh aku tidak merasa sejuk sangat.

Sampai dihadapan kedai daun pintu aku tolak, Aku berjalan ke arah terletaknya ubat. Setelah ketemu aku ambil dan bawa ke arah kaunter pembayaran. Agak ramai jugalah yang berbaris menunggu giliran mereka untuk membayar barang yang mereka beli. Termasuk aku. Aku berdiri dihujung sekali.

Tiba tiba ada tujuh orang lelaki yang memasuki kedai itu sambil bergelak tawa dan berkejaran. Akibat perangai yang kebudakan mera itu tidak semena mena bahu aku dilanggar oleh salah seorang daripada mereka.

Tubuh aku hilang keseimbangan dan aku jatuh terduduk diatas lantai.

'" Gwaenchana? Mian saya tak sengaja "

Aku mendongak dan aku tergamam. tidak tahu mahu balas apa, mata aku terfokus dekat mata dia sahaja , sungguh mata dia terlalu cantik membuat aku terpaku seketika.

Dia menghulurkan tangan ingin membantu aku untuk berdiri. Tapi aku endahkan saja, Tanpa menjawab soalannya. aku berdiri dan meletakkan ubat itu di kaunter. lalu keluar dari kedai itu begitu sahaja.

Bukan sebab aku marah. Tapi aku tidak sanggup berlama didalam kedai itu, aku tidak sanggup menatap matanya. Hati aku berdebar dengan laju, dan aku rasakan pipi aku panas sangat masa tu. Pasal ubat ? Biarkan saja esok aku masih boleh beli. Malam ni terpaksa bertahan.

Laju sahaja kaki aku melangkah untuk pulang kerumah.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Crush || Jhs ||Where stories live. Discover now