Aku dan Dee tiba di Café De Paris seawal jam 6 petang. Jenuh aku memaksa dia untuk datang awal ke sini. Kalau ikutkan Dee, mahu sahaja dia hadir jam 8.30 malam kerana majlis bermula pada waktu itu. Tetapi dia lupa agaknya yang aku ini emcee untuk majlis Anisha, mana mungkin aku datang seperti tetamu lain. Kalau aku buat begitu, rosaklah majlis Anisha nanti. Sebaik sahaja tiba di Café De Paris, aku terlopong seketika melihat susunan dewan yang sangat cantik, tema dewan tersebut yang berwarna biru kehijauan membuatkan aku terasa seperti berada di dalam laut. Sangat menyamankan. Lampu candeliar yang megah di tengah-tengah dewan menampakkan lagi kemewahan dewan tersebut, sesuai dengan harga sewa yang ditetapkan.
Dewan mewah ini mempunyai dua tingkat. Di bahagian bawah dewan, dipenuhi dengan kerusi dan meja yang diimport khas daripada Paris. Oleh sebab itu, tempat ini dinamakan sebagai Café De Paris kerana semua perhiasan yang terdapat di dalam dewan ini datangnya daripada City of Lights itu. Di bahagian atas dewan pula terdapat bilik-bilik yang disediakan khas untuk tetamu VVIP yang ingin menempahnya. Café De Paris ini juga terkenal dikalangan warga kota London, ramai artis Hollywood pernah mengadakan majlis disini.
"Mesti mahalkan sewa tempat ni?" tanyaku kepada Dee yang sedang leka menangkap gambar dewan tersebut.
"Gila kau tak mahal! Lagipun apa yang kita nak hairan kan, Anisha tu kan memang berduit." ujarnya.
"Dia punya birthday party sahaja dah se-grand ini! Kalau kahwin nanti, aku tak tahulah macam mana. Ish besar betul lah tempat ni!" ujarku, masih lagi mengagumi suasana Café De Paris.
"Hahaha kau punya birthday pula macam mana?" perli Dee sambil mengangkat sebelah keningnya,Perasan macam Ziana Zain lah tu.
"Kau ni, janganlah macam ni.. Aku ni nak potong kek waktu birthday aku pun tak mampu tau!" ujarku.
Kami berdua ketawa.
Selama empat tahun aku berada di bumi London mungkin sekali sahaja aku pernah memotong kek semasa birthday aku. Yalah, aku hidup di sini sebagai mahasiswi yang hanya berbekalkan duit biasiswa daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Mana cukup untuk aku membeli kek. Daripada membeli kek, baik duit itu aku gunakan untuk membeli buku-buku rujukan.
Lagi bagus.
"Girls! This is your room card. Come, I'll show you the stage"
Dengan langkah laju kami membuntuti Anisha menuju ke pentas. Pentas itu diapit oleh dua tangga yang membawa kepada tingkat atas. Dua tangga yang membuatkan pentas tampak megah dan diserikan lagi dengan spotlight biru neon.
YOU ARE READING
Captain Abdul Mateen
Fanfiction"We need to get married, Hasha"- MATEEN "Hah? Why? There's a lot of other options, Mateen. But not this one. It's crazy"-HASHA "For the sake of our fans and nama baik istana" -MATEEN "Excuse me? They're your fans" -HASHA "They use to be my fans but...