Mateen berdehem lembut, “Yours, right?” tangan yang memegang brooch berbentuk rama-rama ditunjukkan kepada gadis di hadapannya. Melihat brooch rama-rama yang tersemat dibahu kiri gadis itu, membuatkan dia semakin yakin bahawa brooch itu milik gadis tersebut.
Gadis dihadapanya segera mengiyakan.
“Oh yea, that’s mine. But how did Tuanku get it?” lantas mengambil kembali brooch yang berada di tangan Mateen.“Just call me Mateen. Masa Anisha peluk you tadi brooch ni terjatuh.” terangnya.
“Oh, thanks thanks. Erm I’m sorry but I need to go right now. Thanks again, Mateen” ujar gadis itu dalam keadaan tergesa-gesa. Mungkin ada sesorang sedang menunggunya.Mateen beransur kembali ke meja. Setelah beberapa ketika, dia menjeling jam tangan Rolex yang dipakai dipergelangan tangan kanannya. Jam menunjukkan tepat 1 pagi, dia masih berada di parti hari jadi Anisha. Sudah menjadi kebiasaan baginya jika parti ulang tahun seperti ini berakhir larut malam. Oleh kerana itu, Azemah, kakaknya, jarang sekali kelihatan di majlis-majlis sebegini.
“I think I should go home right now, before my mom starts nagging.” ujar Abin sambil melihat jam di lock screen telefonnya.
“Yeah me too.” kata Mateen sambil menghabiskan baki air lemonade di dalam gelas.
“Anyway Anisha, I love your party! It’s great!” sambung Mateen.
“Thanks, Tim! And thanks for coming guys!” balas Anisha.Mateen dan Abin berjalan beriringan ke pintu keluar dewan. Mateen menikmati parti pada malam itu tetapi badannya terasa sangat letih, segala urat sendinya lenguh akibat duduk terlalu lama di dalam majlis itu.
Sudah seperti orang tua lagaknya.
“Kau drive datang sini pakai kereta apa Mateen?” Tanya Abin.
“Kereta kuda, hahaha!” seloroh Mateen sambil menjelir lidahnya ke arah Abin.
“Eh, buat lawak ke tu? Macam hambar je hahaha!” perli Abin sambil menekan punat kunci keretanya.Dia masak benar dengan perangai Mateen. Ada sahaja idea untuk membuat lawak, kadang-kadang tak menjadi pon!
“See you later, Grenadine the Great!” sambung Abin.
Mateen menekan punat kunci kereta miliknya lalu menghidupkan enjin Ferrari yang berwarna kuning itu.
“Bye, Aboon”
Sebaik sahaja tiba di perkarangan rumah agam, kelihatan susuk tubuh seseorang di tepi kolam renang. Berbekalkan lampu taman yang malap, Mateen mengecilkan sedikit mata helangnya, cuba untuk mendapatkan kepastian.
“Ahmad? Dia buat apa duduk sorang sorang dekat situ? Tak apa la, esok je lah aku tegur dia.” ujarnya di dalam hati.
Tombol pintu rumah agam dipulas, Mateen terus menaiki tangga menuju ke bilik tidurnya.
----------
Aku dan Dee tiba di rumah sewa kami tepat jam 12 tengah malam. Rumah ini tidaklah sebesar mana. Masuk sahaja, sudah kelihatan kabinet televisyen dan sofa berwarna coklat yang di sandarkan ke dinding. Rumah yang memuatkan tiga buah bilik ini sudah lebih dari cukup untuk kami berdua. Tiba sahaja di pintu masuk, aku terus berlari kearah sofa, membiarkan Dee mengunci pintu dan membuka lampu. Aku menghempaskan tubuhku di atas sofa.
YOU ARE READING
Captain Abdul Mateen
Fanfiction"We need to get married, Hasha"- MATEEN "Hah? Why? There's a lot of other options, Mateen. But not this one. It's crazy"-HASHA "For the sake of our fans and nama baik istana" -MATEEN "Excuse me? They're your fans" -HASHA "They use to be my fans but...