"Hasha, kau tahu tak aku sayangkan kau? Kau tahu tak semua tu Hasha? Kau sedar ke tak atau kau sengaja buat buat tak sedar?!" tutur Emir.
Dia meremukkan gambar-gambar di atas meja kerjanya lalu dicampak ke lantai.
"Sayang, are you okay?" soal Damia yang masuk sejurus mendengar suara Emir dari celahan pintu.
Dia mula bimbang, sejak kebelakangan ini suaminya sering bercakap sendirian. Bercakap dengan gambar. Bila diminta untuk melihat gambar tersebut, Emir mula meninggikan suaranya. Pernah juga dia mahu menaikkan tangannya kerana Damia berkeras mahu melihat foto yang sering dipegang. Malah hubungan rumah tangga mereka juga semakin goyah.
Mungkin juga jadual Damia yang semakin padat menyebabkan waktu bersama Emir semakin singkat. Mereka berdua hanya bersua muka apabila malam melabuhkan tirainya. Damia tahu seharusnya sebagai seorang isteri, makan pakai Emir perlu diutamakan, tetapi semua itu seakan-akan mustahil dilakukan atas tuntutan kerja.
Walaupun mereka berdua berkerja dibawah naungan yang sama, namun jarang sekali mereka bersua muka.
Emir memalingkan wajahnya ke arah Damia. Perkahwinan mereka adalah kesilapan yang terbesar pernah dia lakukan di dalam hidupnya. Setiap hari bayangan Hasha sering menghantui dirinya. Meninggalkan Hasha menyebabkan Emir sering dilanda rasa bersalah.
Pura-pura mencintai gadis itu sedangkan di dasar hatinya, cinta pada Damia tidak pernah wujud. Tidak pernah bersemi.
Baginya, Damia hanya lubuk emas yang tidak boleh dilepaskan. Tanpa Damia, kemewahan dirinya hari ini tidak mungkin dapat dirasai.
"Mia, please.. I want to be alone."
"Okay" balasnya sepatah.Sebelum keluar, Damia sempat mengambil sekeping gambar yang diremukkan tanpa disedari oleh suaminya. Gambar itu dimasukkan ke dalam poket baju tidurnya. Dia beransur keluar dari ruangan kerja Emir.
Damia mencari tempat yang selamat. Bilik diruangan kolam renang dipilih memandangkan Emir jarang ke tingkat atas kediaman mereka. Bilik ini sebenarnya dibina sebagai tempat khas untuk tujuan persalinan selepas mandi di kolam renang.
Damia memastikan keadaan sekelilingnya selamat, barulah dia masuk dan mengunci pintu bilik. Hatinya semakin berdebar laju.
Perlahan-lahan gambar renyuk itu dibuka...
Matanya mula berkaca. Air mata mula membasahi pipi mulusnya. Sangkaannya terhadap Emir nyata meleset. Luluh hatinya pabila rupanya gambar Hasha masih disimpan oleh suaminya.
-----
Memandangkan aku menginap di Hotel Park Hyatt pada malam ini, aku memilih Starbucks di dalam Pavilion sebagai tempat untuk bertemu dengan Emir.
Aku perlu menjelaskan segalanya kepada dia sebelum aku terbang ke Brunei esok hari. Aku harus memastikan aku tinggalkan Kuala Lumpur dalam keadaan baik baik.
"Hasha finally you nak jugak jumpa I... " tutur Emir sebaik saja aku mengambil tempat duduk berhadapan denganya.
"Dah lama kan kita tak date macam ni. I dah orderkan air favourite you. I tak pernah lupa, you suka ice chocolate kan?" balas Emir sambil menghulurkan ice chocolate ke arahku.
YOU ARE READING
Captain Abdul Mateen
Fanfiction"We need to get married, Hasha"- MATEEN "Hah? Why? There's a lot of other options, Mateen. But not this one. It's crazy"-HASHA "For the sake of our fans and nama baik istana" -MATEEN "Excuse me? They're your fans" -HASHA "They use to be my fans but...